terima kasih buat kalian semua..

Saturday, November 6, 2010

Surat rayuan tunai ibadat haji tidak dijawab..


SAYA mewakili ibu dan bapa saya bersetuju dengan pendapat dan pandangan 'Noorsyazwan Nazri dari Padang Rengas, Perak' yang disiarkan dalam ruangan ini pada 2 November lalu.

Sebenarnya ibu saya menerima tawaran mengerjakan haji pada tahun ini atas tiket mengiring bakal haji lanjut usia. Opah saya memerlukan seorang pengiring bagi membantunya mengerjakan ibadat haji

Malangnya, bapa saya tidak terpilih mengerjakan haji bersama-sama, walaupun beberapa surat rayuan dihantar, namun tidak dijawab oleh pihak Tabung Haji.
Hakikatnya, saya menerima ketentuan Ilahi, mungkin belum sampai seru ibu bapa saya mengerjakan haji bersama. Tambahan pula belum sampai giliran seperti ditetapkan.

Cuma ada sedikit rasa terkilan kenapa pihak Tabung Haji tidak menjawab surat rayuan itu.

Masalah tidak akan timbul jika pihak Tabung Haji membalas surat rayuan itu lebih awal menyatakan rayuan bapa saya gagal.

Kasihan saya melihat ibu yang menunggu jawapan seolah-olah menunggu buah yang tak gugur. Segala perbelanjaan sudah pun dibuat bagi persediaan untuk berangkat.
Niatnya untuk pergi bersama bapa tidak kesampaian untuk bersama-sama membantu Opah yang sudah lanjut usia mengerjakan haji.

Pada masa akan datang saya berharap Tabung Haji dan juga cawangannya akan selaras dalam memberi jawapan kepada calon yang ingin mengerjakan haji.
Saya amat berharap balaslah semua surat yang dihantar. Alasan mengatakan permohonan berjuta-juta dan tidak mampu untuk menjawab semua surat itu agak tidak logik.

Saya percaya Tabung Haji mempunyai format untuk menjawab surat yang dihantar bakal jemaah haji.

ANA JAWA.
Hutan Melintang,
Perak

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...