terima kasih buat kalian semua..

Saturday, November 6, 2010

Tabung Haji perlu kaji semula kaedah pemberian tempat..


SAYA tertarik dengan pendapat yang diberikan 'Noorsyazwan Nazri' dari Padang Rengas, yang disiarkan dalam ruangan ini pada 2 November lalu.

Sebagai seorang yang turut merasai kepedihan kerana tidak terpilih menunaikan fardu haji tahun ini, saya menyokong penuh cadangan yang dikemukakan beliau, iaitu tempat untuk jemaah haji muassasah hanya dikhususkan kepada bakal haji yang menunaikan fardu haji untuk kali pertama saja

Jika terpaksa pun, tempat itu hanya diberikan atas alasan seperti pengiring mahram, manakala jemaah haji yang sudah kerap menunaikan haji ini tidak lagi layak untuk menerima apa-apa subsidi yang diberi Tabung Haji.
Walaupun ia mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah sepenuhnya, sekurang-kurangnya memberi gambaran lebih telus berhubung pemberian tempat kepada bakal haji dalam kuota haji yang amat terhad.

Cadangan ini memang ada asasnya kerana memang berlaku ada individu yang sudah beberapa kali menunaikan fardu haji masih diberi tempat melalui pemergian secara muassasah.

Saya percaya luluh hati mereka yang tidak terpilih menunaikan fardu haji apabila mengetahui rakan lain yang mendaftar lebih terkemudian daripadanya tiba-tiba diberi tempat menunaikan fardu haji pada tahun ini melalui muassasah biasa.

Dalam hal ini, Tabung Haji perlulah mengkaji semula kaedah pemberian tempat yang dilaksanakan sekarang ini agar lebih telus dan saksama.
SHAMSUDDIN SULAIMAN,
Kuala Terengganu

1 comment:

  1. Kepada Insan Muslim, mari kita muhasabah. Berilah peluang kepada rakan Muslim yang lain pula berpeluang menjadi tetamu Allah. Kita yang sudah berpeluang ni, bolehlah ke Makkah dan Madinah secara UMRAH.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...