terima kasih buat kalian semua..

Friday, December 3, 2010

Hukum mewarnakan rambut..


APAKAH hukum mewarnakan rambut bagi lelaki dan perempuan. Adakah ia boleh dibuat untuk suka-suka?

Jawapan:

Menurut keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kali ke-29 pada tahun 2000, hukum mewarna rambut dan seumpamanya hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

i. Bahan pewarna itu bersih dan suci daripada benda-benda yang diharamkan syarak.

ii. Telap air ketika wuduk dan berhadas besar.

iii. Tidak memudaratkan pengguna.

Perbuatan mewarna rambut juga hendaklah dengan tujuan yang halal seperti untuk berubat, menyenangkan suami dan sebagainya, bukan untuk tujuan yang terlarang atau taqarrub (dekat) kepada zina.

Dilakukan oleh orang yang halal melakukannya, seperti dilakukan sendiri, atau oleh wanita lain, tetapi jika dilakukan oleh lelaki yang bukan mahram, maka yang demikian itu tidak dibenarkan di sisi syarak. - UM

2 comments:

  1. kita adalah sikit rambut dan botaknya oun banyak, warna apakah yang sesuai

    ReplyDelete
  2. klau nk nyatakkan bab2 hukum ni bia sahih hukum 2..kang xpsal sbar hukum yg xjlas dan xbtul..hukum wrna rmbut bg prempuan adalah haram sama sekali selagi beliau belum berkahwin walau dengan inai skali pn..hanya wanita yang sudah berkhwin dan selepas rmbutnya beruban shaja dbnarkan syarak mwarnakan rmbut dgn syarat tujuan nya hanya untuk suami dan mngunakan bahan yg halal...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...