terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, December 8, 2010

Isteri berubah saiz, suami berubah hati..


PEPATAH Melayu ada menyebut ‘dari mata turun ke hati’, jadi bukan sesuatu yang luar biasa apabila antara elemen penting ketika memilih pasangan ialah pada paras rupa dan kecantikan.

Namun kecantikan bukan segala-galanya. Banyak lagi faktor-faktor lain yang sama pentingnya dalam menyumbang kepada kebahagiaan rumah tangga.

Kasih sayang, keikhlasan dan saling mempercayai antara ramuan kepada kebahagiaan antara suami dan isteri.

Terlalu memandang kepada faktor kecantikan membuatkan ada sesetengah rumah tangga bergoncang akibat suami berubah hati apabila si isteri mula mengabaikan penampilan diri mungkin kerana terlalu selesa dengan kehidupannya.

Alasan suami, isteri sudah tidak lagi ‘sedap di pandang’, sedang di luar semakin banyak pilihan.

Ikuti berapa pendapat yang diterima berhubung tajuk ini.

Apa pendapat anda?

BAGI suami berbuah hati hanya semata-mata isteri berubah saiz bentuk badan sesuatu yang tidak patut berlaku dalam sesebuah rumah tangga.

“Jika memang ada berlaku seumpama itu saya rasa niat asal perkahwinan itu sendiri sudah tidak betul iaitu memilih pasangan hanya kerana kecantikannya.

“Saya yakin jika perkahwinan berlandaskan kasih sayang, saling mempercayai dan memilih pasangan tersebut kerana kebaikan serta keluhuran hatinya, walau apa pun yang berlaku pasti tidak mudah berubah hati.

“Pilih isteri kerana hatinya yang mulia bukan kerana kecantikan, insya-Allah itulah si isteri kita dunia akhirat.

“Begitupun, ini tidak bermakna wanita atau isteri harus memandang ringan tentang penampilan diri terutama apabila bersama suami.

“Memang ada sesetengah isteri yang selesa dengan kedudukannya, mula tidak mengambil berat dan mengabaikan soal penampilan diri sehingga membuatkan suami berasa bosan

“Tidak semestinya perlu sentiasa mengenakan solekan atau berpakaian jenama-jenama mewah, memadai sentiasa kelihatan kemas dan sedap mata memandang di pandangan suami.”

– Mashitah Ashaari, peniaga, Johor Bahru

SAYA tidak setuju sama sekali dengan pendapat bahawa ‘suami berubah hati apabila isterinya sudah tidak cantik atau menarik di pandangan mata.

“Kecantikan atau penampilan diri bukan faktor utama membawa perceraian atau keruntuhan rumah tangga.

“Ada banyak sebab lain dan selalunya bergantung kepada hati. Malah kalau kita lihat kebanyakan kes penceraian yang berlaku hari ini melibatkan isteri masing-masing masih lagi cantik dan tetap seperti anak dara tetapi mungkin sudah tiada jodoh.

‘‘Saiz badan berubah tidak seharusnya dijadikan alasan kukuh untuk suami berubah hati kerana segalanya bergantung kepada soal hati, perasaan dan kasih sayang.’’

- Zahiruddin Zakaria, 35, Eksekutif Operasi, Kuala Lumpur

MEMANG ada suami berubah hati apabila isterinya sudah tidak cantik lagi di pandangan matanya, tetapi bilangannya sedikit.

‘‘Sebenarnya, suami berubah hati ini bergantung kepada individu itu sendiri dan kalau dah sayang, saiz badan bukanlah punca kepada penceraian.

‘‘Bagaimanapun saya percaya segala-galanya terletak kepada hati seseorang itu.’’

- Che Naterah Che Ali, 39, Eksekutif Jualan, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...