terima kasih buat kalian semua..

Monday, December 27, 2010

Jangan suka hati saman, tempat letak kereta tidak cukup!!!


SAYA ingin berkongsi luahan ini untuk menarik perhatian Ketua Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur. Saya adalah penduduk di kawasan Sungai Besi yang pergi ke pasar hanya seminggu sekali dan setiap kali ke pasar kena saman oleh polis.

Saya ingin juga menarik perhatian polis-polis yang baru tamat latihan dan sedang ghairah untuk memenuhi buku saman agar menggunakan pertimbangan dengan memikirkan masalah di kawasan pasar tersebut.

Saya boleh memahami kalau kereta yang disaman menghalang lalu lintas. Sekiranya kereta itu diletak elok tidak perlulah disaman. Lot-lot yang ada tidak mencukupi dengan kepadatan penduduk yang kebanyakan bertumpu di pasar itu sahaja dulu, kini dan selamanya.

Lot-lot yang ada telah digunakan oleh tuan punya kedai berkenaan dengan meletak kenderaan mereka di hadapan kedai masing-masing atau pun dengan kayu/kerusi. Pada masa yang sama ada peniaga yang berniaga membuka khemah di kawasan yang tidak boleh meletak kenderaan. Kenderaan disaman, khemah itu pula tidak disaman. Apa kata saman sekali khemah berkenaan.

Jika mahu sangat menyaman pergilah ke kawasan perumahan polis di Desa Tasik yang banyak lagi melakukan kesalahan, bawa motor tanpa topi keledar dan meletak kenderaan sesuka hati.

Kepada Ketua Balai Polis Sungai Besi sediakanlah lot-lot yang mencukupi (walaupun bukan bidang kuasa) serta kenderaan yang hendak ke pasar boleh meletakkan di kawasan dalam balai polis. Juga Balai Polis Sungai Besi menyediakan satu kaunter untuk membayar saman-saman ini dan tidak perlu susah-susah untuk mencari tempat membayar saman.

Kalau bekerja di Batu Caves hendak membayar saman di Kuala Lumpur cuba bayangkan. Hendak membayar saman, banyak kerenah.

PENGUNJUNG PASAR

Sungai Besi, Kuala Lumpur

2 comments:

  1. Saya penah kena saman dek DBKL kerana parking belakang kereta lain masa melawat "Karnival di Pusat Kraft Jalan Conlay". Kereta Merc depan saya tak kena saman pulak.

    Lepas tu tak de masa nak gi Jalan Conlay atau pameran yg tak de parking yg sempurna. Tak guna Gomen adekan pameran/karnival jika polis/DBKL/PBT cari pendapatan extra disana.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  2. Saya juga penduduk tegar kawasan Sungai Besi.. Atau lebih spesifik lagi di Jalan Suasa. Tak perlulah pihak polis nak saman sangat kereta kat kawasan ni.. Bukan orang lain pun, penduduk sekitar juga. Lain lah kalau benar2 menghalang laluan orang ramai.. orang yang tinggalkan kenderaan dan menghalang lalulintas tu lebih priority untuk disaman. Bukan menidakkan kerja pihak polis, tetapi perlulah ada rasionalnya.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...