terima kasih buat kalian semua..

Friday, December 10, 2010

Kaunter bayaran saman PDRM tak cekap?


SAYA ke Ibu Pejabat Polis Putrajaya untuk membayar saman trafik sebanyak dua kali. Kes 1: Kali pertama kedatangan saya pada waktu pagi, hanya seorang petugas sedang bertugas di kaunter semakan saman trafik.

Pada ketika itu ada tiga orang sedang duduk di kerusi menunggu. Setelah menyemak saman, beliau telah mencetak bilangan saman yang dikenakan pada saya. Saya ingin membayar terus tetapi mendapati kedua-dua kaunter bayaran kosong dan tiada petugas. Saya merujuk semula kepada petugas yang bertugas di kaunter semakan saman trafik bertanyakan ke mana petugas tersebut pergi. Dan beliau menjawab petugas tersebut pergi ke tandas.

Setelah lebih kurang 30 minit menunggu, petugas tersebut masih lagi tidak muncul di kaunter. Saya merujuk sekali lagi di kaunter semakan saman dan ingin membayar di kaunter tersebut. Beliau menjawab, bayaran hanya boleh diterima di kaunter bayaran. Setelah menunggu hampir sepuluh minit lagi, baru datang seorang petugas di kaunter bayaran tersebut dengan muka seolah-olah orang tidak bersalah langsung.

Kes 2: Kali kedua kedatangan saya pada waktu petang (di hari yang lain) dan setelah beratur panjang hampir (20 minit) bagi melunaskan baki bilangan saman trafik saya, tiba giliran saya untuk membayar saman tersebut di kaunter saman. Saya memberitahu nombor Pendaftaran Kenderaan dan nombor Kad Pengenalan untuk membayar saman. Malangnya bayaran saman tidak mahu diterima disebabkan saya tidak membawa cetakan saman saya. Beliau meminta saya untuk membawa cetakan saman tersebut atau beratur panjang sekali lagi untuk mendapatkan cetakan daripada kaunter semakan saman.

Persoalan saya bagi kedua-dua kes tersebut:

* Adakah petugas di kaunter semakan hanya tahu menyemak saman sehingga tidak dapat menggantikan rakannya yang ke tandas untuk bertugas di kaunter bayaran?

* Tiada orang lainkah yang dapat menggantikan petugas yang bertugas di kaunter bayaran kalau petugas di kaunter semakan tidak berkeupayaan bertugas di kaunter bayaran?

* Petugas kaunter bayaran ke 'tandas' hampir 40 minit? Mengapa lama sangat?

* Adakah dengan tidak membawa cetakan komputer bilangan saman atau seumpama dengannya, saya tidak boleh membayar saman?

* Adakah dengan hanya memberi nombor Pendaftaran Kenderaan dan nombor Kad Pengenalan, saya tidak boleh membayar saman?

* Adakah sistem bayaran saman yang digunapakai oleh PDRM sekarang ini tidak bijak sehinggakan tidak boleh menerima bayaran saman hanya dengan memberi nombor Pendaftaran Kenderaan dan nombor Kad Pengenalan (tanpa membawa cetakan komputer bilangan saman).

Saya kemudian terpaksa pulang dengan perasaan kecewa sambil menggenggam erat duit bayaran saman tersebut tanda marah. (bagi Kes 2)

Saya akui saya telah dikenakan saman trafik, dan ingin membayarnya tapi tidak diterima kerana sikap petugas di kaunter-kaunter tersebut.

INSAN KECEWA

B.B.B

5 comments:

  1. sabar je la...xberani komen pe2..

    ReplyDelete
  2. Memang la tak cekap, kalau cekap tentulah tidak ada jenayah sebelum jenayah itu dilakukan

    ReplyDelete
  3. i did have d same situation 3 days ago..mmg mnyakitkan hati..rasenye ramai dah kene camni..my dad pn kene, my sis, my sis' frens..nak marah org kt kaunter tu xleh, nk jmpa pihak management pn mcm bola cz dorg main passing je name n nombor fon, tulis komen pn PDRM xreply, tulis kt paper pn xkluar...haishh...

    ReplyDelete
  4. tidak semua kaunter yg tidak cekap...
    hanya sesetgh sahaja kerana kurang komitmen terhadap kerja mereka atau mereka punye masalah sendiri...
    kite patut bersyukur negara kita aman dgn adenye anggota polis dan jabatan lain yang menjalankn tugas mereka dengan cekap dan amanah..
    kita patut berterima kasih kepada mereka..

    ReplyDelete
  5. sayapun pernah kena juga situasi macam tu kat kuching sarawak. Bukan senang nak minta kebenaran ketua kita untuk keluar pejabat semata-mata nak bayar saman. Bila sampai kat kaunter nak buat pembayaran ada ke patut mereka boleh suruh kita balik bayar hari lain. sakit betul hati.
    semua orang ada kerja dan masalah but kena bijak jangan tak amanah dalam menjalankan tugas sebab Allah akan mengira setiap keja kita yang ikhlas dengan tak ikhlas tu. nanti anak2 kita makan rezeki yang tak halal.....

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...