terima kasih buat kalian semua..

Sunday, December 12, 2010

KEBANJIRAN WARGA ASING: Betapa lemahnya penguatkuasaan kita..


ENTAH di mana silapnya, negara kita kini dipenuhi oleh begitu ramai orang asing terutamanya di Kuala Lumpur. Seperti ada yang tidak kena, di manakah penguatkuasaan di negara kita sekarang? Malaysia begitu mudah dimasuki oleh orang asing ini dan rata-rata mereka tidak takut langsung untuk bergerak dengan bebas. Malah langsung tidak takut untuk melakukan jenayah khasnya perkara yang melibatkan dadah. Sebagai warga Kuala Lumpur, saya melihat betapa seriusnya hal ini untuk diperhalusi.

Terlalu ramai orang asing khasnya yang datang dari Iran dan benua Afrika selain pendatang dari Indonesia, Vietnam, Myanmar dan Bangladesh yang sudah tidak terkawal. Tidakkah kita hampir saban waktu disajikan dengan berita penangkapan warga Iran ini yang membabitkan urusan jual dadah? Kedatangan mereka bukan lagi atas kapasiti seorang individu, malah seluruh keluarga mereka juga kelihatan bersama. Mungkin di Iran wanita-wanita mereka tidak langsung dibenarkan memakai pakaian yang mendedahkan. Tetapi lihat sahaja mereka di Kuala Lumpur ini khasnya. Tidak lagi kelihatan sebagai seorang Muslim malah lebih teruk berbanding wanita-wanita Barat.

Kedatangan warga Afrika juga mengundang pelbagai pertanyaan di minda saya. Dalam banyak negara di dunia, kenapa Malaysia yang menjadi pilihan utama di sebelah Asia ini? Ramai juga yang masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar dan begitu ramai orang Iran dan Afrika ini menjadikan Ampang, Selangor sebagai kawasan mereka. Adakah mereka yang datang beribu batu dari Afrika itu semata-mata untuk belajar?

Jika betul datang untuk menimba ilmu, dari mana datangnya sumber kewangan untuk menampung kehidupan mereka? Kebanjiran rakyat asing ini menunjukkan betapa lemah dan teruknya penguatkuasaan di negara ini. Pihak-pihak berwajib seolah-olah tidak peduli tentang semua ini dan akan melakukan operasi bila diarahkan sahaja. Yang saya bimbangkan, corak sosiobudaya kita akan terancam.

GONDANG SAYANG,

Ampang, Selangor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...