terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, December 1, 2010

Perogol patut dikenakan hukuman lebih berat!


SEORANG ibu diperkosa demi menyelamatkan maruah anak gadisnya oleh dua penjenayah yang memecah masuk ke rumah mereka di Kampung Melayu Subang, seperti dilaporkan akhbar amat menyentuh hati.

Penjenayah mengikat tangan ibu muda dan memberi pilihan sama ada dirinya atau anak gadisnya menjadi mangsa. Dengan perasaan keibuan yang mengandung dan melahirkan, dia rela dirinya dirogol. Episod itu dirakam penjenayah berusia akhir 20-an. Di samping melarikan barang kemas dan wang tunai tanpa apa-apa nilai sebagai manusia.
Penyamun itu memakai topeng memecah masuk rumah mangsa ketika tidur bersama anaknya dalam bilik utama, manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.
Inilah penderitaan ditanggung mangsa sepanjang hayat ekoran perbuatan jenayah melampau yang tiada nilai pegangan dan kepercayaan sebagai manusia. Nilai yang dimaksudkan Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Ihsan serta Rukun Negara.

Orang Islam yang berpegang kepada tiga rukun asas dan rukun khusus, iaitu rukun ihsan ialah pengikut yang takwa kerana Allah memerhati atas segala tindak tanduk manusia.

Malah warga negara yang berpegang kepada Rukun Negara yakni Kepercayaan Kepada Tuhan, tidak melakukan jenayah melampau yang mendatang bencana kepada mangsa dan umat. Apalagi membataskan pergerakan dan aktiviti harian penghuni kerana keadaan dan persekitaran yang mengancam dan tidak selamat.

Dalam hal ini, undang-undang patut mengenakan hukuman berat. Sebagai umat Islam, penjenayah rogol wajar dikenakan hukuman berpandukan ajaran Islam supaya memberi teladan kepa-da masyarakat malah menangani trauma yang dialami mangsa.
Ajaran Islam juga menyeru umatnya perlu memohon kepada Allah supaya kejadian buruk dan aib diri tidak menimpa keluarga. Kita juga harus memastikan kawasan kediaman dilengkapi dengan sistem keselamatan.

DR ZULKEFLEE YAACOB,
UPSI, PERAK

1 comment:

  1. kalau penzina disebat 100 atau rejam sampai mati perogol sepatutnya dipancung dihalayak ramai.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...