terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, December 8, 2010

Post-mortem 100% MAHA 2010 !!


PAMERAN Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) telah berakhir.

Sebagai pengunjung ada yang duka dan ada yang suka. Namun jika dikaji, banyak yang duka daripada suka, walaupun banyak benda yang dipamerkan di situ.

Setelah sekian lama MAHA dianjurkan, pihak penganjur perlu melakukan post-mortem menyeluruh 100 peratus bagi memastikan ia berjalan secara profesional dan teratur.

Saya tidak pasti apakah tapak MAHA itu sesuai atau tidak. Jika pengunjungnya 10,000 atau katakanlah secara ekstrem 500,000 mungkin tempat itu amat sesuai sekali.

Tapi apa kata jika pengunjungnya melebihi sejuta, dan terus meningkat, maka para penganjur perlu memikirkan semula kaedahnya.

Sabtu lalu, sehari sebelum penutupnya saya membawa keluarga melawat ke pameran itu.

Keluar rumah dari Shah Alam kira-kira 10 pagi dan sampai di kawasan itu kira-kira pukul 11 pagi. Cuba masuk ke Pintu Satu tapi polis cadangkan ke Pintu Dua.

Terus cuba cari ke Pintu Dua, tapi termasuk jalan ke Putrajaya ekoran papan tanda yang amat-amat mengelirukan.

Setelah hampir dua jam dalam kereta bersusun dengan kereta lain akhirnya kami tiba di parkir. Naik traktor tarik ke pintu masuk di bawah bangunan atap biru.

Pengumuman memberitahu kami perlu ke bangunan biru itu untuk mengambil peta. Kerana terlalu jauh ke atas, kami lupakan hasrat itu.

Kami ingin terus ke pameran ternakan. Kena naik bas shuttle percuma RapidKL. Beratur kira-kira 500 meter dalam keadaan yang amat perlahan untuk menaiki bas.

Kami tanya kepada pihak yang menjaga kenapa jadi begini, mereka kata: ''Kami sudah maklumkan kepada pihak atasan tak sesuai buat begini, tapi kami hanya orang bawah.''

Beratur memakan masa hampir sejam. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, keadaannya amat merimaskan. Ada yang bawa anak- anak kecil dan bermacam pemandangan boleh dilihat. Orang ramai sudah mula merajuk.

Sampai ke pameran ternakan, masing-masing mahu ke tandas. Ada tiga tandas bergerak dan lain ialah bangunan tandas yang kecil. Keadaannya cukup menyeksakan. Kotor, tersumbat dan mangkuk kencing gagal berfungsi. Ada yang merungut- rungut - inilah tandas kita.

Makanan pun mahal. Teringin nak makan kambing bakar. Adalah hirisan kecil-kecil harganya RM10. Makan nasi dengan sup kambing mangkuk kecil RM8. Air ais RM2. Jika orang kampung, mungkin fikir banyak nak makan.

Akhir sekali tiada apa yang boleh dilihat. Satu tempat ke satu tempat adalah jauh. Nak naik satu-satu bas terlalu panjang beratur. Akhirnya jalan kaki.

Semua ahli keluarga yang mengekori kami mula buat perangai.

Kami melihat VIP dan VVIP diangkut dengan buggy golf ke sana ke mari dengan riang ria, kami akhirnya balik dengan seribu kehampaan.

MAHAHAMPA

Shah Alam


MAHA: Sistem laluan kenderaan kelam-kabut

SEPERTI yang umum sedia maklum, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang, Sabtu lalu.

Sambutan yang diterima sungguh memberangsangkan apabila jutaan orang mengunjungi pameran itu hanya dalam tempoh tiga hari penganjurannya.

Saya tidak berkesempatan untuk hadir ke MAHA 2010 namun saya hanya berkesempatan untuk melalui lebuh raya di mana terletaknya tapak MAHA 2010 dalam perjalanan pulang dari Putrajaya.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, begitu banyak kenderaan diletakkan di kiri kanan lebuh raya dan ini telah menyebabkan aliran trafik agak perlahan. Mungkin ini adalah sesuatu yang harus dijangkakan oleh setiap pengunjung.

Namun, apa yang lebih merisaukan saya ialah, apabila mendapati para pengunjung yang cuba menyeberangi lebuh raya daripada sebelah kiri ke kanan dan sebaliknya. Perkara ini adalah sesuatu yang amat membahayakan kerana kenderaan-kenderaan dari arah Putrajaya terutamanya dalam keadaan memecut dan aliran trafik adalah lebih baik berbanding yang datang dari arah Bangi dan Serdang.

Mungkin para pengunjung ingin mengambil jalan mudah untuk ke tapak ekspo yang di seberang jalan ataupun mahu mengambil kenderaan mereka, tanpa memikirkan keselamatan diri mereka. Bahkan ada juga yang membawa anak-anak kecil bersama mereka untuk melintas jalan. Hal ini boleh mengundang padah.

Mohon kerjasama dan perhatian pihak yang berkenaan.

HANIF MOHSEIN

Taman Putra, Ampang

1 comment:

  1. saya pun xpg...dgn ank kecl...dah tau mesti jd camtu...kwn pg ari sabtu 27/11 pun xleh msk...suami pg naik moto pun kate xde ape pun...lain kali nak anjr cari tempt yag sesuay ok..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...