terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, December 7, 2010

Semua mangsa banjir di pindah ke hotel...Harap suatu hari nanti Msia dapat contohi Venezuela..


Chavez arah mangsa banjir dipindahkan ke hotel

CARACAS 7 Dis. - Anggota pasukan keselamatan Venezuela mula memindahkan keluarga mangsa banjir ke bilik-bilik penginapan hotel pelancongan sebaik diarahkan oleh presidennya, Hugo Chavez, lapor media tempatan semalam.

Kebanyakan negeri di negara Amerika Selatan itu diisytiharkan ‘darurat’ ekoran hujan lebat dan tanah runtuh yang telah meragut 32 nyawa serta menyebabkan 70,000 orang penduduk di persisiran Caribbean itu terpaksa berpindah.

Akhbar The El Universal yang memetik ketua pengawal kebangsaan melaporkan, orang ramai telah dipindahkan ke sebuah hotel sepanjang malam ekoran paras air yang naik mendadak.

Majer Jeneral Luis Mota Dominguez memberitahu akhbar bahawa para pemilik hotel telah menyediakan segala kemudahan untuk digunakan.

Hujan lebat dan banjir besar juga turut melanda negara jiran, Colombia yang menyebabkan 170 orang mati dan 1.5 juta orang lagi kehilangan rumah kediaman.

Chaves semalam menyelar jenayah kapitalis sebagai merosakkan alam global dan mengancam kehidupan manusia di muka bumi. - Reuters

## memang duduk di dewan masyarakat dan sekolah tak berapa selesa..

1 comment:

  1. mmm hotel banyak sangat kot. pastu takde org lak. tak pun, tu jer bangunan yg tinggal.
    mampu kah kita?

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...