terima kasih buat kalian semua..

Thursday, December 9, 2010

Tips menabung wang untuk pemandu teksi..


SAYA tertarik dengan tajuk akhbar Utusan Malaysia 29 November 2010 mengenai perkhidmatan teksi. Untuk pengetahuan tuan saya tidak pernah menulis ke mana-mana akhbar, blog, e-mel dan lain-lain.

Tidak tahulah kenapa secara tibatiba terbuka hati untuk menulis.

Memang cerita pasal teksi di Malaysia ini orang sudah naik bosan. Saya sendiri sudah lama tidak naik teksi. tetapi saya selalu dengar luahan pengguna teksi sama ada melalui media elektronik atau cetak dan mulut ke mulut.

Saya juga (dahulu) ada kenalan yang memandu teksi. Pengangkutan saya sekarang sama ada bas atau LRT saja.

Saya juga tersenyum dalam hati bila terbaca ruangan Saranan Salleh akhbar tuan bertarikh 6 November 2010 (muka surat 10). Ringkasan cerita pasal pemandu (bekas tentera yang di katakan ahli satu parti) yang merungut 'tak cukup' pendapatan membawa teksi. Di muka surat 12 (akhbar sama/tarikh sama 6 November) ada cerita pasal kakitangan biasa kerajaan yang tidak perlu berhutang dan beliau berbelanja berhemah dan menabung. Mungkin tuan akan bertanya apa ada kena mengena dengan teksi?

Setiap pemandu teksi mesti mempunyai minat untuk bertemu dan memberi khidmat ikhlas dan jujur ke atas pelanggannya dan suka menabung.

Tambang sudah dinaikkan. Harga NGV atau gas masih rendah. Menurut kenalan seorang pemandu teksi, tidak kira tambang di takuk lama atau baru atau teksi sewa, beliau masih boleh buat keuntungan.

Sebagai contoh sewa teksi ke KLIA. Modal NGV tak sampai RM10 boleh tampung pergi dan balik ke pusat bandar KL.

Bermakna teksi kosong balik pun sudah boleh bayar sewa teksi sehari. Belum lagi ambil penumpang di luar kawasan lapangan terbang.

Berbelanja berhemah dan menabung di kalangan pemandu teksi amat mustahak. Kenalan teksi saya dahulu ini setiap hari pergi ke Bangunan PNB Jalan Tun Razak untuk menabung di akaun ASB. Kadang-kala RM20 sehari.

Cuba bayangkan jika beliau membawa teksi 20 hari sebulan. Tabungan beliau RM400 sebulan. Itu kalau RM20. Kalau simpanan beliau lebih dari RM20 sudah pasti beliau banyak simpanan di akhir tahun. Saya dengar beliau sudah pun pergi haji beberapa tahun lepas dengan isteri.

Kebanyakan pemandu teksi di KL ini 'tidak mempunyai minat' untuk memandu teksi.

Mereka hanya minat untuk menipu pelanggan. (Maaf agak kasar bunyinya). Kebanyakan pemandu juga suka menunggu dan menolak pelanggan dengan memberi pelbagai alasan.

Mereka lebih suka berborak kosong dan ada kalanya cerita 'tak puas hati' dalam semua hal.

Berbelanja berhemah, menabung dan minat amat mustahak untuk jadi pemandu teksi. Bila asyik merungut tidak cukup dan tidak berminat sudah pasti mereka akan menipu, pakaian tak senonoh, teksi berbau kotor, gaya percakapan tak menampakkan sopan santun, teksi 'tak serupa' teksi dan lain-lain.

Marketing untuk mencari pelanggan pun mustahak. Begitu juga Public Relations (PR) dengan pelanggan atau bakal pelanggan.

Melalui kecekapan marketing dan PR sudah pasti pelanggan akan berpuas hati. Pendapatan pun akan diberkati, Insya-Allah.

R BAG

Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...