terima kasih buat kalian semua..

Friday, April 30, 2010

Relevankah 'jaga tepi kain orang'?


Dalam masyarakat Melayu, ada satu pepatah terkenal yang menggambarkan sikap peduli masyarakat terhadap hal ehwal orang lain. Ia sering digunakan oleh orang Melayu dan mungkin juga orang bukan Melayu dalam perbualan harian berbanding dengan pepatah lain. Pepatah yang dimaksudkan ialah 'jangan jaga tepi kain orang' yang membawa maksud, jangan ambil peduli hal orang lain.

Persoalannya, adakah pepatah ini masih relevan dengan cara hidup kita hari ini? Lebih-lebih lagi, bagi orang Islam adakah pepatah itu selaras dengan tuntutan agama? Sebenarnya pepatah ini mempunyai pro dan kontranya, bergantung dari sudut mana kita melihatnya.

Sekiranya pepatah 'jangan jaga tepi kain orang' ini membawa maksud buangkan sifat ingin tahu yang berlebih-lebihan mengenai sifat buruk dan keaiban seseorang, maka memang layak pepatah ini diamalkan.

Ini adalah kerana sifat suka mengambil tahu tentang keburukan orang lain seringkali akan disusuli pula dengan tabiat suka menyebarkan keburukan itu kepada orang lain. Ini mengumpat namanya dan diharamkan oleh agama. Bahkan al-Quran telah mengingatkan kita supaya menjauhi sifat buruk ini di dalam surah al-Hujurat, sebahagian daripada ayat ke-12, yang maksudnya: "Janganlah setengah daripada kamu mengumpat setengah yang lain…"

Begitu juga pepatah ini wajar diterima-pakai dan diamalkan sekiranya ia membawa maksud menjauhi sifat suka mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain. Hal ini juga telah diperingatkan kepada kita oleh Islam supaya menjauhi sifat 'tajassus' atau mengintip dengan tujuan untuk mencari keaiban dan keburukan orang yang tersembunyi.

Buruknya amalan mengumpat dan sifat 'tajassus' ini telah membuatkan Rasulullah SAW sendiri mengingatkan kita supaya menjauhi sifat-sifat ini dengan sabda Baginda yang bermaksud:

"Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya, dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya" - (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Namun apa yang ingin dilihat di sebalik pepatah yang kelihatannya tidak begitu molek diamalkan ini ialah ia masih tetap relevan dengan tuntutan kehidupan harian kita masa kini sehingga mungkin ia terpaksa diubah dari 'jangan jaga tepi kain orang' kepada 'tolong jaga tepi kain orang'. Apa yang ingin dimaksudkan di sini ialah kita harus mengakui bahawa persekitaran hidup kita sekarang tidak lagi aman dan selamat seperti suatu masa dahulu.

Di mana salah satu puncanya adalah runtuhnya institusi kejiranan dan lemahnya institusi kekeluargaan. Jiran sudah tidak lagi mengenali jirannya dan saudara-mara pun jarang sekali ingin bersemuka dan bertanya khabar.

Rasa bertanggungjawab terhadap jiran tetangga dan saudara-mara sudah semakin terhakis dalam budaya hidup masa kini. Dan antara penyebab yang membawa kepada tidak lagi berasa bertanggungjawab kepada permasalahan masyarakat dan kejiranan itu ialah menggunakan alasan 'jangan jaga tepi kain orang' sebagai jalan mudah untuk menidakkan rasa tanggungjawab.

Sedangkan banyak perkara di dalam masyarakat kita hari ini menuntut supaya kita lebih bertanggungjawab, dan banyak hal dapat diselesaikan sekiranya sikap ingin tahu dan ingin bertanggungjawab ini disuburkan, dan secara tidak langsung pepatah 'jaga tepi kain orang' perlu diketengahkan semula.

Contoh ketara yang boleh ditonjolkan ialah seperti kes-kes buang bayi, penderaan dan penculikan terhadap kanak-kanak yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Dalam kehidupan moden dan era globalisasi ini, kita tidak dapat menafikan adanya manusia yang bertopengkan iblis dan bernafsukan syaitan.

Jika tidak, masakan timbul kes-kes jenayah terhadap kanak-kanak seperti yang dapat kita lihat di dada-dada akhbar saban hari. Semua yang berlaku ini memberikan kita satu amaran jelas bahawa para ibu bapa dan setiap anggota masyarakat perlu lebih peka dan mengambil tahu terhadap persekitaran masyarakat serta keselamatan anak-anak kita dan anak-anak jiran kita.

Rasa tanggungjawab dan kepekaan ini mungkin boleh menyelamatkan masyarakat kita daripada terus diceroboh dengan masalah pembuangan bayi, mendera anak-anak ataupun pedofilia yang sering mengambil kesempatan daripada kecuaian dan kelalaian ibu bapa.

Dalam kes penculikan anak-anak umpamanya, kita tidak dapat menafikan bahawa mungkin para ibu bapa tidak dapat mengawal dan memberikan tumpuan seratus peratus kepada anak-anaknya, apatah lagi bagi mereka yang mempunyai ramai anak.

Namun para ibu bapa juga perlu memahami bahawa anak-anak kecil, bahkan anak-anak yang sudah meningkat remaja tidak berupaya untuk menjaga diri mereka sendiri, dan inilah peluang yang sering dinantikan oleh golongan pedofilia ini.

Seperti mana yang dikatakan oleh Sabri Abd. Rahman, Pengerusi Gabungan Bertindak Pencegahan Penderaan Seksual Kanak-kanak, bahawa anak-anak kecil mahupun yang sudah meningkat remaja sebenarnya masih tidak berupaya untuk melindungi diri mereka sendiri.

Sehubungan itu, katanya, ibu bapa tidak boleh mengandaikan kanak-kanak tidak kira berapa peringkat umur mereka berupaya untuk menjaga diri sendiri dan paling penting, tidak dibiarkan berada di luar mahupun di dalam rumah tanpa ada pengawasan orang lebih dewasa.

Menurut beliau, tiada istilah tempat yang benar-benar selamat untuk kanak-kanak. Statistik menunjukkan kejadian seperti ini iaitu penculikan termasuk jenayah keganasan dan penderaan terhadap kanak-kanak boleh berlaku di mana saja termasuk di rumah yang kononnya dianggap selamat. Justeru, mereka perlu lebih berhati-hati dan tidak memandang remeh isu keselamatan kanak-kanak.

Mesej jelas daripada senario kehidupan masyarakat kita ini menggambarkan bahawa mahu tidak mahu rasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap persekitaran hidup kini mesti diwujudkan semula.

Dan pepatah 'jangan jaga tepi kain orang' perlu diubah kepada 'tolong jaga tepi kain orang' sekiranya kita inginkan suasana yang lebih aman dan selamat.

Malangnya, kita seringkali tidak mahu dilabelkan sebagai penyibuk. Tetapi tahukah kita dengan menjadi 'tukang sibuk' dan suka jaga tepi kain orang inilah, mungkin suatu hari ia dapat menyelamatkan nyawa insan kecil yang mungkin anak jiran kita atau mungkin juga anak kita sendiri.

Kita tidak dapat menggambarkan betapa wajah-wajah ibu bapa yang dirundung malang ini saban hari meratapi kehilangan anak kesayangan mereka, kesakitan demi kesakitan dan penderitaan demi penderitaan.

Bagi menghadapi gejala yang semakin membarah ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan satu unit baru khas untuk menangani kes-kes seperti ini. Usaha ini, seharusnya dipuji dan disokong oleh semua pihak. Cuma yang menjadi persoalan kita hari ini ialah bagaimana pula dengan tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat. Adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh dan menjadi pemerhati sahaja atau mungkin ada peranan yang boleh kita mainkan.

Sebagai ahli masyarakat yang prihatin, kita boleh menjadi pemberi maklumat kepada unit khas ini supaya kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dapat diuruskan dengan lebih cepat dan berkesan. Untuk mendapatkan maklumat, maka kita perlu kepada 'tukang sibuk' dan menjadi orang yang suka menjaga tepi kain orang.

Menjadi 'tukang sibuk' dan suka menjaga tepi kain orang ini pula bukanlah bererti mencari maklumat yang bukan-bukan yang tidak ada hubung kait dengan masalah yang dihadapi. Memadailah dengan maklumat yang sesuai dan cukup untuk disampaikan kepada pihak polis bagi melicinkan urusan siasatan mereka.

Justeru dengan meningkatnya kes-kes pembuangan bayi, dan kemunculan penjenayah yang zalim, kejam dan sadis di dalam masyarakat, wajar bagi kita untuk kembali mengukuhkan institusi kejiranan dan kekeluargaan kita.

Kerjasama yang mantap sangat perlu di antara kita sebagai ahli masyarakat dengan pihak yang diberi kuasa. Mungkin kita adalah daripada kalangan orang yang prihatin tetapi takut untuk dilabelkan sebagai tukang sibuk dan suka menjaga tepi kain orang.

Namun, ini hanyalah andaian kita terhadap orang lain, kerana hakikatnya realiti kehidupan masyarakat kita sendiri sudah sedar betapa 'menjaga tepi kain orang' yang kena pada tempatnya adalah satu tanggungjawab yang perlu disuburkan semula agar menjadi budaya sihat yang membawa kepada kesejahteraan kita semua.

Oleh ABU BAKAR YANG

Penulis ialah Felo Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia

Mantapkan hubungan kejiranan

MEMANG benar kata orang, adik-beradik pun sanggup berbunuh apatah lagi jiran dan juga orang yang tidak dikenali.

Bagaimanapun, apabila dikaji punca-punca sampai terjadinya kematian, tentu ada yang menggeleng kepala kerana puncanya sangat remeh. Zaman sekarang, pembunuhan sama ada dengan niat atau tidak bukan hanya disebabkan wang ringgit, tetapi sampah pun boleh membawa kematian.

Begitulah yang berlaku di Kuala Lumpur apabila sampah menjadi punca kematian seorang lelaki akibat dibelasah oleh jirannya dengan kayu besbol.

Insiden ini tentunya akan membuka mata banyak pihak terutamanya mengenai hubungan kejiranan di sesuatu kawasan yang dikatakan agak longgar sehingga kes-kes kecil seperti itu diperbesar-besarkan dalam jangka masa yang panjang.

Di kawasan bandar, ketua penduduk perlulah memainkan peranan memastikan penduduk di kawasannya hidup dalam keadaan harmoni. Tidak kira apa kaum sekalipun, ikatan kejiranan akan menjadi kukuh kalau ada rasa hormat menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dalam pelbagai perkara, tegur-menegur dan saling bantu membantu.

Ketua penduduk mestilah mengetahui dan mengambil perhatian terhadap hubungan jiran-jiran yang bermasalah. Contohnya, jika sudah diketahui dua buah keluarga sering bertengkar, ketua penduduk mestilah memikirkan kaedah-kaedah untuk merapatkan hubungan kedua-dua buah keluarga tersebut, di samping memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku kelak jika masalah tersebut tidak ditangani secepat mungkin.

Ketua penduduk juga mestilah memikirkan cara-cara untuk mengukuhkan hubungan kejiranan di kawasan yang ditanganinya. Membiarkan penduduk tanpa sebarang aktiviti, senario ini akan merenggangkan hubungan kejiranan.

Hari keluarga dan gotong-royong dan sukan tahunan merupakan antara aktiviti yang boleh dijalankan di sesetengah kawasan dan mengikut kesesuaiannya.

Ketua penduduk mestilah menjalankan peranan yang lebih berkesan terutamanya menjaga anak-anak buah di bawah jagaannya dengan cara bertanya khabar dan masalah, kemudian masalah yang didengari itu boleh dibawa berunding bersama.

Di kampung-kampung, mungkin kes seperti ini tidak akan berlaku. Pertama kerana pembuangan sampah tidak menjadi satu masalah seperti yang dialami di bandar.

Kedua, hubungan kejiranan di sesetengah kampung masih utuh, sehinggakan ada kerja-kerja yang dilakukan secara bergotong-royong dan mereka menolak sistem upah.

M.Jasni Majed

Kapar, Selangor

Formula kurangkan beg berat sekolah

BENARKAH pelajar sekolah perlu membawa buku teks untuk setahun apabila ke sekolah setiap hari? Kita ambil contoh buku teks Matematik. Apabila ada mata pelajaran Matematik pada hari tersebut, pelajar akan membawa buku teks yang isinya adalah semua topik untuk pembelajaran selama setahun sedangkan yang ingin dipelajari adalah hanya satu topik atau sebahagiannya sahaja.

Kita kaji pula berapa muka surat dalam satu buku teks yang digunakan untuk satu waktu pembelajaran. Mungkin tiga atau empat muka surat yang bersamaan dua keping kertas sahaja. Ini bermaksud sekiranya lapan mata pelajaran, pelajar hanya perlu membawa 16 keping kertas sahaja. Apa yang terjadi sekarang mereka perlu membawa lapan buah buku teks.

Saya mencadangkan agar buku teks sekolah disediakan dalam bentuk jilid iaitu satu topik atau bab dijadikan satu jilid. Ini bermaksud pelajar hanya perlu membawa jilid tersebut sahaja untuk ke sekolah dan selebihnya disimpan di rumah.

Sekiranya ada enam mata pelajaran pada hari tersebut, pelajar hanya perlu membawa enam jilid sahaja yang mungkin jika dikumpulkan hanya setebal satu buku teks.

Sekiranya masih tebal ia boleh dinipiskan dengan dipecahkan topik tersebut kepada bahagian yang lebih kecil mungkin dipanggil unit.

Jilid-jilid untuk semua mata pelajaran ini diletakkan dalam satu fail bergelang (ring file) dan dibawa ke sekolah untuk pembelajaran hari tersebut. Tugas guru ialah memaklumkan murid jilid manakah yang diperlukan untuk pembelajaran yang akan datang.

Untuk buku latihan pula, galakkan mereka menggunakan buku latihan yang nipis atau gunakan kertas A4 untuk pelajar sekolah dari darjah lima ke atas. Kertas latihan ini pula akan di simpan dalam satu fail seperti tadi yang mengandungi semua mata pelajaran.

Sekiranya guru ingin membuat semakan mereka hanya perlu mengambil bahagian yang ingin disemak sahaja seperti apa yang berlaku untuk kertas peperiksaan atau ujian. Beban guru juga akan berkurangan. Kertas latihan yang telah disemak hanya perlu disimpan di rumah.

Dari cadangan di atas pelajar hanya perlu membawa dua fail yang nipis sahaja ke sekolah atau sekiranya ingin dikurangkan jadikan ia satu fail sahaja.

Tugas ibu bapa pula ialah memastikan setiap latihan atau kerja murid disimpan dengan kemas begitu juga dengan jilid-jilid mata pelajaran tadi.

Saya berpendapat ini adalah satu penyelesaian yang mudah dan tidak melibatkan kos yang banyak dan boleh dimulakan pada sesi persekolahan tahun depan.

FAUZI ASMARA.COM

Guar Chempedak

Guru disiplin perlu sokongan bukan dipersalahkan

MERUJUK kepada artikel oleh Datuk Rejal Arbee dalam ruangan rencana kelmarin bertajuk ‘Hukuman melampau bukan cara mendidik’, secara dasarnya saya bersetuju dengan saranan beliau agar guru perlu bijak dalam menangani masalah disiplin di sekolah.

Namun agak mengecewakan apabila berlaku kes salah laku disiplin, pihak sekolah terutama guru disiplin akan dipersalahkan. Ya, tidak dinafikan ada segelintir guru disiplin yang melakukan kesilapan sedemikian namun harus diberi perhatian dalam beberapa perkara yang saling berkait rapat mempengaruhi tindakan guru berkenaan. Antaranya:

  • Apakah punca guru mengambil tindakan yang sedemikian? Adakah ia berpunca daripada bebanan tugas (masih lagi dalam kajian) atau masalah lain. Apakah guru berkemampuan untuk menyelesaikan semua masalah yang berlaku, bagaimana pula peranan kaunselor di sini?
  • Apakah wajar guru dipersalahkan sekiranya berlaku kes disiplin di sekolah, sedangkan di dalam penjara sekali pun tetap berlaku rusuhan dan pergaduhan;
  • Adakah guru akan melaksanakan hukuman sesuka hati. Kalau begitu cuba bayangkan sekiranya ada pelajar memaki hamun anda di dalam kelas ketika anda mengajar. Apa reaksi anda? Kalau anda dimaki hamun di restoran sekali pun adakah anda akan tersenyum? Guru juga manusia yang ada perasaan... jangan lupa.
Untuk membuat tuduhan memang mudah. Hasil siasatan juga tidak semestinya tepat kerana banyak faktor yang perlu diambil kira. Kadang-kadang sikap pelajar itu sendiri yang mengundang padah. Ada yang teraniaya tetapi tidak bersuara, yang tahu menyembunyikan fakta, sudah tentu menyukarkan guru untuk menyiasat.

Perlu kita ingat tugas utama guru bukan menyiasat kes. Cuba anda bayangkan bagaimana untuk menyelesaikan kes curi yang berlaku di sekolah jika tiada yang tampil memberi maklumat. Kita harus ingat bahawa anak-anak sekarang cukup bijak dan mereka ini terdedah dengan pelbagai unsur negatif dalam masyarakat kita hari ini.

Apakah pula peranan pihak universiti dalam hal ini, adakah cukup sekadar kajian ilmiah semata-mata. Apa salahnya pakar kita turun padang dan bantu guru dalam menangani masalah disiplin di sekolah, bukan sekadar memberi cadangan dan teori saja dan menyalahkan orang lain.
Bagaimana pula dengan masalah sosial dan jenayah yang dilakukan oleh siswa dan siswi, siapa pula yang harus dipersalahkan?

Perlu ditegaskan sekali lagi, jawatan guru disiplin tidak ada apa-apa keistimewaan, hanya sukarela atau terpaksa rela. Tanpa bayaran khas, namun diharapkan mereka tetap berdedikasi mendidik anak bangsa dan berhati-hati dalam sebarang tindakan, kerana keburukan itu lebih senang dicari berbanding kebaikan.

Pada pendapat saya, apa yang pihak sekolah perlukan ialah bantuan dan sokongan daripada masyarakat, bukannya meletakkan beban mendidik digalas guru saja dan untuk dipersalahkan semata-mata.

SHAHRULIMAN,
Bangi

Pensyarah merungut kerjaya memalukan diri sendiri

SAYA ingin merujuk surat bertajuk ‘Beban tugas paksa pensyarah IPGM kerja lebih masa’ seperti disiarkan di ruangan ini kelmarin kiriman ‘Pensyarah penat’.

Pada pendapat saya, adalah sesuatu yang amat menjengkelkan sekiranya seseorang pendidik termasuk guru atau pensyarah seperti beliau merungut di atas penat lelah yang ditabur ketika melaksanakan tugas diamanahkan kepada mereka.

Bagi saya, ia adalah sesuatu yang amat memalukan kerana mereka sendiri yang memilih bidang berkenaan, malah secara kuantitatifnya, mereka dibayar setiap bulan untuk mengajar ditambah dengan elaun yang lebih tinggi bagi yang berkhidmat di pedalaman.

Saya berikan satu contoh yang amat mudah difahami... katakan seorang jurutera geoteknikal yang dibayar oleh Petronas untuk melaksanakan sebarang proses kejuruteraan struktur di pelantar minyak sejauh Miri atau Kerteh selama sebulan di tengah lautan dalam dan langsung tidak bertemu dengan keluarga selama tempoh itu, saya yakin sepenuhnya bahawa jurutera itu tidak akan membantah atau mengeluh.

Ini kerana jurutera itu sendiri yang memilih pekerjaan berkenaan dan dibayar untuk melakukannya walaupun risiko untuk kehilangan nyawa adalah tinggi.
Sikap merengek manja di kalangan pendidik dan pensyarah dan juga seluruh kakitangan awam mestilah dielakkan agar bidang terbabit tidak menjadi gurauan sinis kononnya sifat tidak ikhlas dan malas itu sudah sebati dalam budaya rakyat Malaysia.

Bak kata bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad ‘Malaysia memiliki prasarana kelas dunia dengan mentaliti kelas ketiga’. Inilah mentaliti yang cuba kita ketepikan dengan bekerja bersungguh-sungguh serta melaksanakan semua tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas dan efisyen.
MOHAMMAD SHAFIQ SOHOT,
Kuala Lumpur

Ekonomi Bumiputera: Walhasil balik asal

SEKARANG ini, mana pun Kunta Kinte pergi, Kunta Kinte dengar orang cakap pasal ekonomi. Itu pun yang Kunta Kinte banyak dengar bila pergi tengok orang berkempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Daripada yang sebesar-besar orang macam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sampailah kepada Cina tua yang jual petai, semua cakap pasal ekonomi.

Patutlah macam tu. Ekonomi sangat penting. Dari lahir sampai mati, manusia terikat dengan ekonomi. Tak kira dia berniaga besar atau cari rotan dalam hutan. Apa pasal macam itu? Sebab sebagai manusia kita berkehendakkan makanan, pakaian dan perlindungan.

Orang Greek dulu kala panggil kegiatan ini ‘oikonomia’ yang maksudkan pengurusan rumah tangga.

Itulah ekonomi - pengurusan rumah tangga. Daripada pengurusan rumah tangga jadilah pengurusan kampung, mukim, daerah, negeri, negara dan dunia.

Di Malaysia kita ni, bila cakap pasal ekonomi, mahu tak mahu, kita kena cakap pasal agama, bangsa, kaum dan wilayah. Itulah keistimewaan yang Allah bagi kepada kita. Kita ada banyak agama, bangsa, suku kaum dan wilayah.

Jadi taraf ekonomi kita juga berbeza. Kita tak boleh hapuskan perbezaan ini dengan hanya buang identiti agama atau kaum. Bukan sebab apa, tapi kerana taraf ekonomi orang kita banyak berkait dengan agama, bangsa, suku kaum dan tempat dia tinggal.

Baru-baru ini Kunta Kinte bercakap dengan beberapa orang Melayu yang pandai berniaga dan yang tinggi pelajaran. Daripada mereka Kunta Kinte dengar Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) nak buat Konvensyen Usahawan Melayu bulan depan.
Baguslah, dah lama pun kita tak buat konvensyen atau kongres ekonomi. Kalau tak silap Kunta Kinte, Kongres Ekonomi Bumiputera yang terakhir pada awal 1990-an. Jadi eloklah satu konvensyen atau kongres baru dibuat.

Walaupun DPMM nak cakap pasal usahawan Melayu, Kunta Kinte rasa akhirnya kita akan balik cakap pasal ekonomi dan kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera sebab kita adalah kaum majoriti di negara ini.

Tak payahlah Kunta Kinte ulang mengenai kedaifan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera berbanding kaum Cina dan India. Walaupun ada juga orang Cina dan India yang miskin, tapi yang paling ramai hidup susah adalah orang Melayu dan kaum Bumiputera lain.

Baru-baru ini seorang penyelidik Melayu yang sedang belajar di Eropah datang jumpa Kunta Kinte. Dia nak sahkan beberapa hal mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) lawan Model Ekonomi Baru (MEB).

Dia bagi tahu Kunta Kinte maklumat yang dia dapat dari sumber rasmi dalam negara dan sumber antarabangsa mengenai perbezaan ekonomi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera, khasnya dengan orang Cina sangat luas.

Tapi Kunta Kinte bagi tahu dia, Kunta Kinte tidaklah terkejut sangat, pasal sejak DEB dilancar pada 1971, Kunta Kinte dah mula kaji perangkaan bersabit perbezaan antara kaum ini. Kunta Kinte tak terkejut sebaliknya sedih dan bimbang bila diberitahu, misalnya jurang tabungan (simpanan) antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera tambah luas.

Kita tentulah sedih dan bimbang pasal kerajaan selalu kata nisbah penabungan di negara kita antara tertinggi di dunia. Itu Kunta Kinte tak nafi. Menang betul ramai rakyat Malaysia menabung. Busuk-busuk pun bagi orang Islam dia menabung dengan Tabung Haji pasal nak tunai haji.

Tapi bila dia kata, bagi setiap RM1 yang Bumiputera simpan, bukan Bumiputera simpan dekat RM5, Kunta Kinte terkejut.

Kunta Kinte lagi terkejut bila dia bagi tahu, purata tabungan Bumiputera hanya RM536 dan lebih 90 peratus Bumiputera tak ada sebarang simpanan. Orang DPMM pernah bagi tahu Kunta Kinte, pendapatan lebih 80 peratus peniaga Melayu hanya sebanyak RM2,000 atau RM2,500 sebulan.

Kemudian penyelidik itu bagi tahu Kunta Kinte, kekayaan atau harta purata 20 peratus Bumiputera termiskin hanya RM2,300 manakala harta kekayaan 20 peratus Cina termiskin RM44,000.

Walaupun ramai Bumiputera yang lulusan universiti kerja dengan kerajaan, harta kekayaan mereka pada satu-satu masa hanya sama dengan harta kekayaan seorang pekerja Cina yang hanya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ini masuk akal. Bumiputera makan gaji dengan kerajaan, tapi majoriti lulusan SPM. Cina masuk berniaga atau jadi mekanik di bengkel milik Cina. Jadi tak hairanlah kalau harta kekayaan seorang Cina yang mempunyai kelulusan yang sama dengan seorang Bumiputera adalah jauh lebih tinggi. Kata penyelidik ini, perbezaan itu boleh sampai 40 peratus atau lebih.

Kalau betul angka-angka ini, Kunta Kinte kata memang teruk dan pihak berkuasa serta badan bukan kerajaan (NGO) Bumiputera kena kaji betul-betul dan ambil tindakan. Jangan tahu tapi tak buat apa-apa.

Tapi bila pengkaji itu bagi tahu Kunta Kinte, pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dia jumpa lebih utamakan bottom-line (untung-rugi) daripada bantu capai matlamat DEB, Kunta Kinte sikit pun tak hairan.

Inilah bahana bila keuntungan jadi tujuan utama GLC. Kesudahannya yang dapat pinjaman, kontrak dan jadi eksekutif atasan adalah orang atau pihak yang dapat bagi keuntungan paling besar kepada mereka.

Walhasil balik asal, itulah cerita ekonomi Bumiputera, peniaga Bumiputera dan GLC yang diuruskan oleh Bumiputera. Itulah pasalnya banyak usaha tingkatkan ekonomi Bumiputera tak berhasil. Jadi Kunta Kinte harap MEB akan cuba atasi jurang dan kekangan ini. - sumber BHarian

MBPJ didesak atasi segera 'restoran mafia'

TIADA tindakan langsung oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berikutan tersiarnya Forum bertajuk Restoran mafia, SPRM diminta bertindak oleh Pembayar Cukai, Kota Damansara di Utusan Malaysia bertarikh 6 April, 2010.

Jika penulis menyatakan sikap biadap dan tidak bertanggungjawab pengusaha terbabit, saya ingin bertanya adakah MBPJ tidak dapat bertindak kerana tekanan pihak tertentu?

Ataupun, adakah pihak MBPJ sengaja 'tutup mata' terhadap masalah dibangkitkan kerana kemungkinan adanya pembabitan gejala rasuah.

Saya juga mengalami masalah baru-baru ini ketika berada di Dataran Sunway, Kota Damansara apabila pengusaha restoran meletak kerusi meja di atas jalan raya sesuka hati mereka tanpa mempedulikan kesesakan lalu lintas yang berlaku.

Saya sekeluarga kecewa dan terpaksa pulang tanpa singgah ke tempat yang hendak dituju kerana keadaan diburukkan dengan kenderaan yang double-park dan kesukaran untuk mendapat tempat letak kereta.

Pihak kerajaan negeri hendaklah bertindak tegas terhadap masalah 'restoran mafia' ini ataupun pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat gejala rasuah seperti saranan Pembayar Cukai.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga boleh menjalankan siasatan dan mengambil tindakan jika terbukti adanya tekanan pihak tertentu yang bersekongkol dengan kumpulan haram sehingga tindakan penguatkuasaan tidak dapat dijalankan MBPJ.

Saya juga ingin menarik perhatian pihak MBPJ mengenai surat terbuka di akhbar ini bertarikh 12 April, 2010 bertajuk PJ: Antara keuntungan dan soal rakyat oleh Warga Prihatin, Petaling Jaya.

Syabas diucapkan kepada penulis kerana mempersoalkan keprihatinan Datuk Bandar MBPJ di dalam mengurus bandar raya ini yang semakin membebankan penduduk kerana mengutamakan keuntungan daripada kesejahteraan rakyat.

Pihak berkuasa tempatan dan ahli majlis yang dilantik perlu buktikan kesungguhan dan iltizam mereka di dalam menangani masalah yang dihadapi bagi menolak tanggapan 'cakap tidak serupa bikin' oleh penduduk.

MBPJ perlu memainkan peranan pentadbir yang accommodating daripada bersikap aggressor di dalam melaksanakan undang-undang tanpa perlu kompromi dengan pihak yang cuba mencabar kuasa yang diamanahkan.

Sesungguhnya pentadbir yang proaktif terhadap permasalahan rakyat akan sentiasa didokong dan disokong segala tindak-tanduk mereka.

ANTI TUTUP MATA

Damansara

Kecewa restoran kegemaran letak lauk sikit

SEBAGAI pelanggan biasa membeli nasi ayam serta pelbagai jenis sup di sebuah restoran di Damansara Damai, saya amatlah kecewa dengan saiz makanan dan lauk-pauk yang disajikan. Beberapa kali saya dengan ikhlasnya menegur saiz lauk-pauk yang kecil dan minimum dan langsung tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.

Semalam saya telah membeli nasi ayam serta sup perut. Saiz ayam yang telah dipotong yang dibungkus dengan plastik amatlah kecil, jika dibandingkan dengan kuah sup itu. Saiz dan bilangan potongan perut yang telah disajikan juga amatlah menggelikan hati.

Inikah sikap usahawan francais Melayu? Di manakah piawaian francais yang telah ditetapkan oleh franchisor? Adakah perniagaan francais ini hanya bak melepaskan batuk di tangga? Kalau dilihat beberapa papan iklan besar dipaparkan Ani Sop Utara. Adakah usahawan Melayu gagal menguruskan kecemerlangan perniagaan?

Kalaulah peringkat ini pun kita gagal uruskan perniagaan; bagaimanakah kita ini berbincang mengenai globalisasi?

DARAH MAT KILAU

Damansara

Allah menegur perbuatan Rasulullah

SURAH ini termasuk dalam surah makkiah. Diturunkan selepas surah al-Najm. Dalam surah terdahulu dinyatakan berkenaan hari kiamat, manakala dalam surah ini pula menceritakan perihal orang yang mengambil manfaat daripada peringatan itu.

Firman Allah SWT: Ia memasamkan muka dan berpaling, kerana ia didatangi orang buta. Ibn Ummi Maktum datang menghadap Nabi Muhammad SAW di Mekah. Ketika itu baginda asyik bercakap-cakap dengan pemimpin-pemimpin Quraisy seperti Utbah dan Syaibah, kedua-duanya ialah anak Rabi'ah, Abu Jahl Ibn Hisham, Abbas Ibn Abd al-Mutallib, Umayyah Ibn Khalaf dan al-Walid Ibn al-Mughirah untuk diajak kepada Islam, diberi peringatan tentang kedatangan hari kiamat, kekuasaan Allah SWT dan diharapkan sebagai orang yang akan menerima balasan baik jika menganut Islam.

Rasulullah SAW amat mengharapkan agar seruannya itu diterima kerana baginda mengetahui andainya mereka menganut Islam pasti ramai yang akan mengikut mereka.

Ini kerana kuasa kepimpinan bangsa Arab terletak di tangan mereka. Ketika baginda asyik bercakap-cakap, tiba-tiba Ibn Ummi Maktum mencelah, katanya: "Ya Rasulullah, bacakan dan ajarkanlah aku apa yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepada tuan".

Berulang kali ucapan itu disampaikan tanpa dia mengetahui kesibukan baginda bersama-sama tokoh kaum yang sedang berbicara sehingga baginda berasa tidak senang hati apabila percakapannya disampuk dan nampak rasa kurang selesa pada raut wajah baginda lalu berubah mukanya menjadi masam lantas ia berpaling.

Firman Allah SWT: Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui (tujuannya, Wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepada-Nya.

Syed Qutb berkata: Tahukah engkau barangkali hati lelaki akan disinari nur Allah yang akan mengubahnya menjadi rumah nur yang sentiasa menerima nur dari langit?

Kebajikan ini akan menjadi kenyataan apabila ada hati yang membuka pintunya untuk menerima hidayah dan apabila hakikat iman terpacak kukuh di dalam hatinya. Inilah persoalan agung dalam neraca pertimbangan Allah SWT.

Firman Allah SWT: Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran al-Quran). Maka Engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal Engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).

Ibn Kathir berkata: Engkau tidak dituntut melakukan hal tersebut jika ia tidak membersihkan dirinya.

Firman Allah SWT: Adapun orang yang segera datang kepada-Mu. Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Al-Maraghi berkata: Ternyata engkau mengabaikan permintaannya.

Firman Allah SWT: Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya. Wasiat ini berlaku sama kepada seluruh umat manusia dalam menyampaikan ilmu baik antara orang mulia mahupun orang yang hina.

Qatadah dan al-Suddi mengatakan: Iaitu al-Quran. Ini bagi yang sentiasa mengingati Allah.

Firman Allah SWT: (ayat-ayat suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), (terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz (malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.

Al-Maraghi berkata: Peringatan itu telah dicantumkan dalam kitab Allah SWT yang mulia lagi tinggi, suci dari sebarang kekurangan, tidak bercampur dengan unsur-unsur kesesatan dan diturunkan kepada nabi melalui para malaikat, kemudian peringatan itu diteruskan kepada seluruh manusia.

Penutup

Syed Qutb berkata: Ayat-ayat al-Quran itu mulia dalam semua pertimbangan dan mulia dalam suhuf-suhufnya. Ia dijunjung tinggi dan suci.

Ia diserahkan kepada utusan-utusan para malaikat ang tertinggi, mulia dan taat setia untuk dikirimkan kepada para rasul yang terpilih di bumi supaya disampaikan kepada penghuni-penghuninya.

Itulah sifat malaikat yang mulia dan taat setia. Ayat-ayat itu amat mulia dan suci dalam segala perkara yang dibicara dan disentuh olehnya.

Ayat-ayat tersebut sungguh mulia dan tidak ditawarkan kepada orang-orang yang enggan menerimanya dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak memerlukannya. Ia untuk orang yang mengiktiraf kemuliaannya dan mahu membersihkan diri dengannya.

Penjelasan ayat ini merupakan neraca Allah untuk pertimbangan manusia dan kedudukan mereka dan hanya Dia yang mampu mengatur segala-galanya.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Status ibu bapa nabi

Sikap canggih yang memajukan diri ini telah dianjurkan oleh agama Islam sejak 14 abad lalu dan telah melahirkan banyak peradaban maju dunia yang mengamalkannya; ia bertitik tolak daripada ayat 6, surah al-Hujurat: Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak mengakibatkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga membuatkanmu menyesal atas tindakan yang telah kamu lakukan.

Apa pun berita dan maklumat yang kita dapat, jangan kita telan bulat-bulat. Kita perlu bersikap lebih proaktif dan berubah dari terus-menerus rela membiar diri sebagai penerima maklumat pasif.

Nilai ini adalah prinsip utama yang diaplikasikan dalam bidang hadis kerana ia adalah perbendaharaan semua Ilmu Islam. Prinsip inilah yang memelihara apa yang dipelihara oleh ilmu hadis kerana ia bukan perkataan orang sembarangan mengenai perkara sembarangan.

Bahkan Nabi SAW pernah bersabda: Sesiapa yang menipu atas namaku, maka dia telah menempah tempat di neraka. (Muttafaq alaih: terdapat dalam kedua-dua Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)

Oleh yang demikian, saudari penanya perlulah merujuk kembali asal maklumat yang dibaca dan didengari mengenai dakwaan ibu bapa Nabi SAW adalah Muslim.

Adakah ia berasal dari buku Sirah Nabi oleh Ibnu Hisyam atau Ibnu Ishak yang masyhur diterima ramai? Bukan semua yang kita baca atau dengar itu benar walaupun berkaitan dengan agama.

Kaedah asasnya, kita perlu menyaring maklumat tersebut adakah ia sesuai diterima oleh kita sebagai Muslim Sunni jika maklumat itu katakanlah berasal daripada ajaran Syiah? Atau berasal daripada hadis rekaan (mauduk) sedangkan hukumnya haram menerima, berhujah dan beramal dengannya bahkan termasuk satu daripada 70 dosa besar: Menipu atas nama Nabi SAW?

Berbalik kepada dua potong hadis yang dipersoalkan. Pertamanya, dalam Islam, kaedah asasnya ialah merujuk kepada al-Quran, kemudian hadis, kemudian qias, ijmak ulama dan terakhir ijtihad ulama.

Ini hierarki autoriti sumber wahyu dan informasi agama Islam kita. Jika dipertimbangkan, maka hadis-hadis tersebut lebih berautoriti daripada kata-kata manusia biasa kerana firman Allah: Sahabat kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepada-Nya. (al-Najm: 2-4)

Untuk makluman umum, kedua-dua hadis yang ditanya terdapat dalam buku Sahih Muslim. Ia kitab kedua paling sahih selepas buku Sahih al-Bukhari yang mendapat undi majoriti ijmak ulama sebagai buku yang berstatus paling sahih selepas al-Quran sehingga ke hari ini.

Imam Muslim adalah anak murid kepada Imam al-Bukhari. Jika terdapat hadis riwayat sepunya di antara keduanya dipanggil muttafaq alaih (yang disepakati).

Selepas buku-buku sahih kompilasi hadis mereka (syarat penerimaan hadis mereka lebih tinggi dan sukar), buku-buku sunan seperti Sunan al-Tirmidzi, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah dan Sunan al-Nasa'i menyusul di bawah status buku-buku sahih tadi dalam hierarki martabat dan autoriti hadis.

Buku al-Muwatta' oleh Imam Malik dan Sunan al-Darimi atau Musnad Ahmad pula berada di lapisan paling bawah hierarki 10 kitab hadis yang utama.

Namun, tiada riwayat yang sahih atau yang diterima (maqbul) daripada buku-buku hadis utama ini yang menyatakan bahawa ibu bapa Nabi SAW itu Muslim sama ada atas agama nabi Ibrahim a.s. atau agama nabi Isa a.s.

Hadis-hadis tentang isu ini menjurus kepada kesimpulan ibu bapa nabi SAW mati dalam kufur kerana nabi sendiri mengesahkan di dalam hadis-hadis tersebut dengan mengatakan mereka berada di neraka.

Mari kita perinci satu persatu. Pertama, hadis riwayat Muslim (no. 203) yang sanadnya daripada Anas r.a; seorang lelaki bertanya kepada Rasullullah: Wahai Rasulullah, di manakah ayahku? Nabi menjawab, "Di dalam neraka."

Apabila lelaki itu berpusing untuk pergi, baginda memanggilnya lalu berkata: "Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di neraka."

Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim (judul buku: Huraian hadis-hadis Sahih Muslim) berkata: Ia nas dalil bagi larangan memohon doa keampunan kepada orang-orang kafir.

Sementara Shams al-Haq al-Adzim Abadi, penulis buku 'Aun al-Ma'bud Sharh Sunan Abi Daud (Huraian Kepada Sunan Abu Daud) memberi ulasan begini terhadap hadis di atas: "…dan setiap maklumat yang mengatakan kedua-dua ibu bapa nabi dihidupkan kembali (selepas mereka meninggal dunia semata-mata untuk beriman), atau dakwaan mereka itu beriman, atau mereka dilepaskan daripada azab neraka kebanyakannya adalah hadis mauduk - penipuan yang direka-reka. Bakinya pula adalah hadis yang martabatnya sangatlah lemah (daif). Sehingga ulama-ulama ilmu Hadis seperti al-Daruqutni, al-Jawraqani, Ibnu Shahin, Abu Bakar Khatib al-Baghdadi (buku al-Sabiq wa al-Lahiq), Ibnu 'Asakir, Ibnu Nasir, Ibnu al-Jawzi, Abu al-Qasim al-Suhayli (buku Sharh al-Sirah), al-Qurtubi (buku al-Tazkirah), al-Tabari, Fath al-Din Ibnu Sayyid al-Nas, Ibrahim al-Halabi dan jemaah ulama lain yang juga bersepakat dengan mereka bahawa ia tidak boleh dibuat berhujah, bukan hadis yang sahih dan termasuk hadis yang direka-reka kerana perawi-perawinya dari golongan majahil iaitu yang tidak diketahui profilnya.

Perbincangan berkisar tentang isu ibu bapa Nabi tidak terlepas dari azab neraka telah berlangsung secara panjang lebar oleh al-Allamah Ibrahim al-Halabi dalam buku Risalah Mustaqillah dan al-Allamah al-Qari dalam bukunya Sharh al-Fiqh al-Akbar.

Mereka berdua berdalilkan nas hadis sahih ini: (Sesungguhnya bapaku dan bapamu berada di neraka).

pendapat

Hanya Al-Suyuti bertentang pendapat dengan para ulama hadis bertaraf hafiz dan ulama-ulama muktabar tersebut kerana beliau memilih pendapat ibu bapa nabi Muslim dan terlepas daripada azab neraka dalam penulisannya seperti 'al-Ta'zim wa al-Minat fi anna Abaway Rasulullah SAW fi al-Jannah'.

Ia berdasarkan satu hadis bahawa ibu bapa nabi dihidupkan semula sekejap sahaja untuk mengucap syahadah tanda beriman dengan ajaran Nabi Muhammad SAW; kemudian dimatikan semula.

Sebenarnya semua ahli hadis sepakat memutuskan ia adalah hadis yang direka (mauduk). Malah mereka melabelkannya sebagai jenayah rekaan yang paling berat tanpa khilaf di kalangan mereka.

Hadis seumpama ini tidak terdapat dalam mana-mana buku hadis utama yang diterima dan digunapakai hadis-hadisnya. Tidak terdapat dalam mana-mana buku sahih mahupun buku-buku Sunan atau Musnad atau buku hadis yang dikenali yang lain.

Tidak juga dijumpai dalam mana-mana bab atau buku adab atau tafsir. Jika ada pun mungkin diriwayatkan bersama sebahagian hadis sahih. Kerana kehadiran sesuatu penipuan sudah tentu boleh dikesan oleh ahli agama sepanjang zaman.

Jika ia benar, sudah tentu telah menjadi salah satu tajuk yang diberi perhatian khas oleh mereka sejak awal-awal sejarah Islam lagi. Akan tetapi ia bertentangan dengan fitrah alam dari dua sudut: Pertama: Menghidupkan yang telah mati. Kedua: Beriman sesudah mati. (Ia kedengaran seperti mukjizat) maka sudah tentu dinukilkan jika benar tetapi tiada seorang pun dari perawi dari kategori yang dipercayai (tsiqah) meriwayatkannya maka ia menggambarkan bahawa ia adalah satu penipuan.

Ustaz lebih suka jika kita serahkan hal ini kepada Allah. Dialah yang lebih tahu kerana Dia Maha Tahu status ibu bapa nabi yang sebenarnya. Jika diikutkan, para ulama tidak menggalakkan perbincangan seumpama ini kerana apabila al-Quran atau hadis tidak menghuraikan sesuatu perkara secara lanjut seperti kisah-kisah para Nabi, maka ia adalah urusan Allah.

Kesimpulannya, nas-nas yang sahih mengesahkan ibu bapa nabi berada di neraka memberi fahaman bahawa mereka itu meninggal dunia berstatus kafir.

Namun ini tidak menafikan status mulia mereka dalam masyarakat dari segi nasab keturunan. Sebabnya, ia dua perkara yang berbeza.

Apa yang berlaku ini tidak menjejaskan maruah dan kedudukan mulia mereka sebagai seorang nabi Allah. Wallahu 'alam.

Pasangan berzina diampunkan Allah jika taubat nasuha

ADAKAH dikira bersih dari dosa apabila kedua-dua pasangan berzina melangsungkan perkahwinan mereka. Adakah perhubungan dulu diampunkan jika mereka dikenakan hukuman? Bagaimanakah kedudukan anak yang dilahirkan hasil hubungan terdahulu. Minta penjelasan.

Pasangan terlajak perahu,
Kuala Lumpur

TIDAK dikira bersih daripada dosa jika pasangan yang berzina walaupun mereka berkahwin sekalipun kerana pembersihan dosa hanyalah akan berlaku sekiranya berlaku perkara berikut iaitu jika mereka dikenakan hukum hudud mengikut al-Quran serta jika kedua-dunya bertaubat dan meminta ampun di sisi Allah SWT.

Perkahwinan mereka dianggap sah selepas kedua-duanya bertaubat dengan taubat nasuha dan menyesali terhadap apa yang mereka lakukan dan banyak melakukan amal kebajikan selepasnya sebagai menutupi segala dosa yang sudah dilakukan.

Firman Allah SWT: “Penzina lelaki tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan musyrik, dan penzina perempuan tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina lelaki atau dengan lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang yang beriman.” (Surah An-Nur ayat 3).

Jika ditakdirkan pasangan itu mengahwini orang lain, maka perkahwinan itu adalah sah kerana masing-masing sudah bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Adapun anak yang dilahirkan hasil daripada zina adalah milik ibu saja kerana Rasul SAW menjelaskan dalam sabdanya bermaksud:

“Anak yang dilahirkan hasil zina adalah milik si ibu dan lelaki penzina hanya memiliki bilik tidur saja”. (Al-Hadis). Ini bermakna anak tadi tidak dibinkan kepada bapanya walaupun kedua-duanya sudah bertaubat kerana apabila pasangan berzina, maka anak itu dikira makhluk daripada air yang pertama ciptaan asal bagi manusia

Living in fear as criminals have a field day

I READ the declaration by our IGP that street crime has been reduced by 28% since January 2010 (The Star, April 27). There were “only” 7,730 cases, down from 9,984. The IGP continued to state that the police had a National Key Results Area (NKRA) target to achieve.

It is little comfort to read about all these numbers as far as the 7,730 victims are concerned. And for the second quarter statistics, please add my daughter as the 7,731st victim.

It was 11.45am on April 16. She was alone in her car at the 1 Utama traffic lights waiting for the lights to change when two persons on a motorcycle came up to the front passenger side, smashed the window, and grabbed her bag from the seat.

Did she “invite” the robbers by placing the bag on the passenger seat? Yes, that could be a factor. But are we living in fear and paranoia that crime will strike at all times, in broad daylight, in full view of everybody on a busy street?

Yes, it has become such that in “hot” areas like Taman Tun Dr Ismail and Bandar Utama, we will never feel safe. The robbers are brazen and obviously smug in the knowledge that the chance of them being apprehended is almost nil.

Please Mr IGP, we need more police presence, undercover police and camera surveillance. We have to catch some of the robbers so that they are aware that they cannot get away with the crime.

I pray that the authorities will act to reduce the crime rate and make us feel safe again.

G. YONG,
Kuala Lumpur

Commuters would prefer trains that are punctual

WHILE one applauds the initiative by KTMB to allocate certain sections of its trains for women for safety reasons, one would also appreciate if the powers that be can do something about the poor service that commuters have to endure daily.

Shoving and pushing among passengers to get in and out of the trains at the stations are normal during the morning and evening rush hours, while most trains either arrive late or not at all due to technical problems.

Commuters have heard from our Transport Minister as well as KTMB chief that more trains will be bought from overseas to improve services, but so far the service is still far from satisfactory.

Old and broken trains that have seen better days are still being used as the new coaches have still to arrive.

Long suffering commuters regardless of gender would prefer that the trains arrive and depart on time to avoid congestion on board the trains than have a cosmetic change like a women-only coach.

HAMDAN IBRAHIM,
Kuala Lumpur

Sentence on couple too harsh

WHEN we read about abusive baby sitters and relatives, it is not that difficult to understand why the parents of the “home alone” girl chose to leave her at home while they went job-hunting in Singapore (“Parents fined RM10,000 for leaving girl home alone’’ – The Star, April 24).

When they left Sarawak for a brighter future, they would never have dreamt that their decision to leave their two-year-old daughter would leave them languishing in prison. Their ignorance has caused them dearly.

Should they be fined RM5,000 each when they are already in need of a job and money? If money wasn’t tight, wouldn’t they have sent their daughter to a baby sitter?

Now that they have to serve two years’ jail, who would want to employ them in the future? Thanks to the law (which is supposed to protect its citizens), this young family unit has been completely and brutally destroyed.

Has this helped the poor girl? She has been left alone for 17 hours by her parents. Now, ironically, the law is extending the separation time.

During her important, formative years, she is now officially an “orphan”, deprived of the love of her father and mother, who are now branded “bad people”, and thrust into the hands of “family members”, nonetheless, still strangers and open to more abuse.

Her parents, who provided a little kitten to accompany her in their absence, do not sound like cruel parents to me, just inexperienced, desperate young parents left without much choice. They did not steal, or become drug mules. They chose honest means, and in the end, what happened?

Shouldn’t they qualify as a hardcore poor family which the Women, Family and Community Development Ministry is trying to reach out to?

The little girl could have been placed temporarily at a welfare home and her parents given a stern warning as well as offered help to get jobs or venture into small-scale businesses back in Sarawak.

The little girl is already traumatised enough from being left home alone. At least then she had a home and a kitten. Now, she has nothing.

And here we are about to celebrate Mother’s Day in May. Please give her back her parents!

Whatever happened to creating a caring society?

Could the people in power please help these poor folk?

KHOR,
Kuala Lumpur

Miss 1Malaysia of the old days

THE people of Malaysia embraced 1Malaysia a long time ago. There was tolerance and acceptance of all races in Malaysia.

It would seem that politicians are the ones who have less tolerance and acceptance of others because they keep harping on issues that are divisive rather than focusing on ways to bridge the differences.

I was born in 1965. My childhood years were spent growing up in small towns where I did not feel any prejudice due to my race. I went to a Sekolah Kebangsaan where children of all races mingled and played with each other.

My best friends were Chinese, Indians and Malays. Our parents did not teach us to shun each other nor did they speak to us negatively about other races or religions. They taught us that we were merely different and we should respect and accept the differences.

My fondest memories during those years were of the major festivities – Chinese New Year, Deepavali and Hari Raya. We would all visit each other’s houses to eat and play and join in the celebrations.

I particularly remembered one occasion where I was invited by my Malay neighbour to his Atuk’s kampung to celebrate Hari Raya and collect duit Raya. Imagine that! A Chinese boy, together with his Malay friends going from house to house eating, playing and being given duit Raya.

During the school holidays, I also followed them to Atuk’s bendang to catch fish. It was true unity, tolerance and acceptance of each other not only by the children but by their elders as well.

Sadly, these memories have become “the good old days”.

We now have the 1Malaysia concept to try to promote greater unity. To quote our Prime Minister, “...the ultimate goal of 1Malaysia, which is national unity, has been the main vision of our country’s leaders before me. 1Malaysia is a concept to foster unity among the multi-ethnic rakyat of Malaysia.”

Perhaps it is the politicians rather than the rakyat who need to embrace the concept of 1Malaysia wholeheartedly.

CHOONG YUN LOONG,
Subang Jaya

Don’t buy the excuses

IT IS with a deep sense of foreboding that I read of attempts by multinationals to coerce the Government through misinformation into finding solutions to problems created by these companies themselves.

A Starbiz report quoted International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed, after meeting with six multinational corporations, as saying: “A possible solution is to adopt a flexible policy to attract foreign skilled workers … we must also find a way to retain skilled workers … from the feedback of the six companies, Malaysians … prefer to work in 7-eleven outlets, although the pay is lower.”

It was also reported that these companies cannot find enough local workers to be technicians, engineers and operators.

The first semiconductor facility was in Penang in 1972. Since then, we have become the largest exporter of semiconductors in the world, employing thousands of skilled, semi-skilled and unskilled workers.

We have all these categories of workers in abundant supply. Many of them have been sent to head top management and technical positions throughout the world, even in China and the US.

We have all the skills that are needed right here. This writer has worked in a senior position for one for more than 25 years.

Then again, there are thousands of fresh unemployed engineers and technicians in this country. Employ them. Train them. And retain them with innovative retention practices.

When this is pointed out, these companies claim they are not employable for various flimsy reasons.

Why? Because it is cheaper and easier to hire and retain trained foreign workers from under developed countries than to do the same for our people.

If 50% of 450 engineers had left a company after training within five years, then that company has a major management issue. It is not for the Government to address this.

Also, it is a sad reflection of the six companies that Malaysians prefer to work in grocery stores for lesser pay rather than in multinational companies. Something is seriously wrong with these companies. Employing foreign workers addresses just the symptoms, not the root cause.

Why should the Government provide incentives to these companies only to see them employ foreigners?

CONCERNED MALAYSIAN,
Shah Alam

Don’t buy the excuses

IT IS with a deep sense of foreboding that I read of attempts by multinationals to coerce the Government through misinformation into finding solutions to problems created by these companies themselves.

A Starbiz report quoted International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed, after meeting with six multinational corporations, as saying: “A possible solution is to adopt a flexible policy to attract foreign skilled workers … we must also find a way to retain skilled workers … from the feedback of the six companies, Malaysians … prefer to work in 7-eleven outlets, although the pay is lower.”

It was also reported that these companies cannot find enough local workers to be technicians, engineers and operators.

The first semiconductor facility was in Penang in 1972. Since then, we have become the largest exporter of semiconductors in the world, employing thousands of skilled, semi-skilled and unskilled workers.

We have all these categories of workers in abundant supply. Many of them have been sent to head top management and technical positions throughout the world, even in China and the US.

We have all the skills that are needed right here. This writer has worked in a senior position for one for more than 25 years.

Then again, there are thousands of fresh unemployed engineers and technicians in this country. Employ them. Train them. And retain them with innovative retention practices.

When this is pointed out, these companies claim they are not employable for various flimsy reasons.

Why? Because it is cheaper and easier to hire and retain trained foreign workers from under developed countries than to do the same for our people.

If 50% of 450 engineers had left a company after training within five years, then that company has a major management issue. It is not for the Government to address this.

Also, it is a sad reflection of the six companies that Malaysians prefer to work in grocery stores for lesser pay rather than in multinational companies. Something is seriously wrong with these companies. Employing foreign workers addresses just the symptoms, not the root cause.

Why should the Government provide incentives to these companies only to see them employ foreigners?

CONCERNED MALAYSIAN,
Shah Alam

Labour laws not intended to exploit workers

I REFER to “Don’t take away rights of employees” (The Star, April 27). It is surprising that the writer, a former labour officer and presently a management consultant, feels that the proposals aim to cause inconvenience to employers and remove the rights of employees.

I do not see any basis for his statement. I also do not see any basis for his claim that former officers of the Human Resources Ministry (MOHR) have a better understanding of the labour law than the current serving officers.

His claim that the 2007 amendments were bulldozed through Parliament without proper discussion is a misstatement. All amendments to labour laws are discussed at the National Labour Advisory Council (NLAC) which consists of representatives from workers, the ministry and employer organisations.

Discussion does not mean agreement, because whatever that is agreeable to the employers will invariably be disagreed to by the workers and vice versa.

It is also not true that the 2007 amendments resulted in erosion of the rights of employees and trade unions.

Our labour laws are more than 50 years old and were originally intended for that time. It is necessary now to amend them to bring them in line with the needs of the current economy.

It is important that the labour laws are such that they are conducive to foreign direct investment which is crucial for us. This does not mean that the labour laws should seek to exploit workers. Proposals that seek to widen the scope of the Employment Act 1955 are favourable to employees.

It would be good if experienced labour officers make constructive suggestions to the ministry rather than criticise in the media.

MOHAMADON ABDULLAH,
Shah Alam.

Thursday, April 29, 2010

Belajar Dalam Kelas Tanpa Coli..



Jabatan Pelajaran patut pantau tindakan guru disiplin sekolah

APAKAH sebenarnya yang sedang melanda sekolah kita? Beberapa perlakuan guru sekolah terhadap murid mereka dalam tempoh beberapa hari ini menimbulkan persoalan mengenai tahap kualiti guru. Apa tidaknya jika seorang murid berusia 14 tahun yang dirogol bukan saja tidak mendapat simpati daripada pengurusan sekolahnya, malah dihukum pula dengan menurunkan kelasnya.

Tidak cukup dengan itu, statusnya sebagai seorang pengawas pun ditarik balik. Akibatnya, bukan saja gadis malang ini menghadapi trauma dirogol, malah sekolahnya sendiri menghukumnya dan memencilkannya hingga membuatnya berat untuk kembali ke sekolah. Apa jenis pengurusan sekolah yang kita ada sekarang ini?

Apakah yang boleh kita harapkan untuk anak kita sekiranya wujud pengurusan jelek seperti ini yang bukan saja tidak berperikemanusiaan, malah memberi gambaran bahawa tidak berhati perutnya mereka itu.

Dalam pada itu, ada pula berita mengenai sikap ganas dan tidak berhati perut seorang guru disiplin terhadap muridnya yang didapati bersalah kerana lambat masuk sekolah atau mengenakan pakaian yang dianggap tidak mematuhi peraturan. Satu kes ialah mengenai seorang pelajar Tingkatan Lima yang menghadapi pelbagai masalah di rumah berikutan kematian bapanya yang memberikan tekanan untuk hidup bagi keluarga malang ini.

Gadis itu mempunyai hanya dua ‘camisole’, satu berwarna putih dan satu lagi berwarna merah muda. Pada satu hari dia terpaksa memakai pakaian dalamnya itu yang berwarna kerana yang putihnya belum kering selepas dibasuh. (Murid ini mempunyai hanya dua helai pakaian itu saja). Disebabkan kesalahan ini, dia ditampar dan dipaksa menanggalkan camisolenya yang digantung dalam bilik guru itu untuk tatapan ramai.

Seorang lagi rakannya yang memakai coli berbintik dipaksa oleh guru disiplin itu menanggalkan colinya dan terpaksa berada dalam kelas tanpa coli. Tidak diberitakan pula apakah sekolah itu sekolah perempuan atau sekolah bercampur. Jika peristiwa itu berlaku di sekolah perempuan hukumannya itu tidaklah seteruk ia berlaku di sekolah campuran.
Tidakkah guru ini prihatin terhadap maruah seseorang hatta muridnya? Bagi saya orang macam ini tidak layak menjadi guru disiplin. Malah tidak layak jadi guru pun. Dia ini tidak tahu untuk bertindak sebagai seorang pendidik.

Menghukum seseorang murid tidak kiralah bagaimana teruk sekali pun kesalahannya bukanlah dengan cara memalukannya. Ini bukanlah satu usaha mendidik namanya. Lebih baik guru disiplin ini cari kerja lain saja.

Dalam pada itu, berita mengenai wujudnya golongan samseng di sekolah juga tidak putus-putus mendapat ruang dalam akhbar. Terakhir mengenai bagaimana seorang murid Tingkatan Dua yang juga seorang anak yatim dikelilingi rakan sekelasnya (perempuan) ketika kawan rakannya itu merogolnya dalam bilik darjah.

Diberitakan juga, itu bukanlah kali pertama dia dirogol. Murid malang itu kemudian dimasukkan sebatang pensel pula dalam kemaluannya. Apa sebenarnya yang sedang melanda sekolah kita ini? Kononnya mahu memantapkan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan. Apakah begini caranya untuk mendapatkan keyakinan ibu bapa terhadap sekolah kebangsaan?

Yang utamanya ialah memastikan semua guru sekolah itu terdiri daripada mereka yang benar-benar berdedikasi dan boleh diharapkan menjadi pendidik berwibawa dan tahu bagaimana hendak menangani pelbagai kerenah murid.

Tetapi apabila ada segelintir saja guru yang sebenarnya tidak layak menjadi guru yang boleh memberikan didikan terbaik bagi murid mereka, maka nama baik sesebuah sekolah itu hatta nama baik keseluruhan sekolah kebangsaan sendiri boleh tercemar. Guru tidak prihatin ini boleh diumpamakan sebagai nila yang setitik itu.

Inilah masalahnya apabila sekolah mempunyai guru seperti itu. Mereka ini bukan saja tidak tahu bagaimana hendak mendidik, tidak tahu bagaimana hendak berikan motivasi dan dalam pada itu, tidak prihatin pula terhadap masalah yang terpaksa dihadapi murid khususnya yang mengharungi kesempitan hidup kerana menghadapi pelbagai kekurangan.

Umum mengetahui kerjaya ini bukanlah menjadi satu profesion pilihan di kalangan ramai yang menjadi guru. Ada antara mereka ini menjadi guru bukan kerana mahu menjadi pendidik, tetapi kerana tidak berjaya mendapatkan pekerjaan lain.

Begitu pun, apabila sudah diterima masuk jadi guru, dia hendaklah sedaya upaya berusaha menjadi seorang guru dan pendidik berwibawa dan penuh dedikasi. Saya akui memang ramai berusaha ke arah demikian untuk menjadi guru yang amat dedikasi dan berusaha memberikan pendidikan terbaik kepada murid mereka.

Malangnya ada pula sejumlah guru yang tidak langsung tahu bagaimana hendak menjadi pendidik jauh sekali pendidik berkaliber. Seperti guru disiplin ini yang sedikit pun tidak tahu bagaimana hendak menjaga maruah muridnya. Malah dia ini sengaja pula mahu memalukan mereka itu.

Ini juga menimbulkan persoalan bagaimana seseorang guru itu dipilih menjadi guru disiplin. Khabarnya buat masa ini pemilihan bergantung kepada guru besar atau pengetua sesebuah sekolah. Tidak tahulah pula apakah sudah ada kriteria yang harus diikuti sekolah apabila hendak melantik seseorang guru menjadi guru disiplin.

Katanya, pemilihan dibuat mengikut urutan mukanya apakah dia seorang yang berperwatakan cenge dan kelihatan garang. Jika inilah kriterianya, maka tidak hairanlah kenapa guru ini hanya tahu menghukum saja. Bukan untuk mencari sebab musabab murid membuat kesalahan dan berusaha menangani masalah dihadapi murid dan memberikan kaunseling.

Mungkin bagi guru ini dia tidak bertanggungjawab mencari punca kenapa seseorang murid bertindak demikian. Diakui majoriti guru memang berdedikasi.
Tetapi apabila wujud watak yang jelas tidak langsung prihatin terhadap kesulitan murid atau tidak mahu tahu latar belakang dan pelbagai hal yang murid terbabit terpaksa tempuhi, apakah ini tidak menampakkan bahawa ada guru yang tidak patut terus membabitkan diri dalam profesion ini?

Dalam pada itu, timbul pula persoalan mengenai Jabatan Pelajaran. Ini adalah kali ketiga dalam bulan ini saya menulis mengenai pelajaran dalam kolum ini. Malangnya tiada sedikit pun reaksi jabatan itu terhadap pelbagai persoalan yang ditimbulkan. Kita lihat pula apakah akan ada reaksi terhadap apa yang dibangkitkan kali ini.

Jika tidak ada juga apa pun reaksi mereka, jelaslah mereka ini tidak ambil kisah atau kata orang tidak ambil ‘pot’ terhadap apa yang dibangkitkan. Tulislah apa yang kamu mahu kami tidak peduli. Apa sangat ia hanyalah satu pandangan oleh seorang yang sudah bersara yang tidak mempunyai apa-apa pun pengaruh.

Kami akan tetap terus saja dengan apa yang kami lakukan selama ini. Apakah ini yang sedang berlaku di Jabatan Pelajaran dan sekolah kita?

Datuk Rejal Arbee ialah Felo Kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia

Ringankan segera beg sekolah

SEKALI lagi masalah beg sekolah berat timbul semula. Ia bukanlah masalah baru. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah hampir sedekad mengulangi gesaan supaya pihak berkuasa pendidikan menangani masalah beg sekolah berat tetapi ia seperti tidak diendahkan.

Pada Februari 2007, CAP menyerahkan satu penemuan daripada sebuah kajian tempatan bertajuk Berat beg sekolah dan kesannya kepada otot tulang belakang dan sakit bahagian bawah belakang di kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) Januari 2005 kepada Kementerian Pelajaran yang mengemukakan masalah itu dengan jelas dan untuk diambil tindakan segera.

Dalam kajian Universiti Putra Malaysia yang dijalankan oleh Tamrin SBM dan rakannya, mendapati sehingga 58.3 peratus daripada kanak-kanak sekolah yang dikaji melaporkan mengalami sakit pada bahagian bawah belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat.

Penyelidik itu merumuskan bahawa insiden sakit pada bahagian bawah belakang dikaitkan dengan beban berat yang boleh dikaitkan dengan fakta bahawa kebanyakan kanak-kanak sekolah yang dikaji membawa beg sekolah dengan berat 15 peratus daripada berat tubuh mereka sendiri. Ini merupakan had bahagian atas yang disarankan oleh kebanyakan pengamal kesihatan.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak perempuan tidak mampu menanggung dalam membawa beban pada bahagian belakang mereka. Kanak-kanak sekolah yang lebih muda juga didapati tidak mampu untuk membawa beban, dalam bentuk tenaga yang digunakan berbanding dengan kanak-kanak yang lebih tua yang cenderung untuk menggunakan otot-otot mereka lebih mampu untuk membawa beban pada bahagian belakang mereka. Penemuan ini selaras dengan hasil pengarang lain yang menyatakan kanak-kanak yang lebih muda mempunyai masalah untuk membawa beg sekolah yang berat.

Pada keseluruhannya, dirumuskan bahawa terdapat insiden sakit belakang yang tinggi dalam kalangan pelajar sekolah dan perkara ini perlu dinilai semula sama ada mereka perlu membawa sebarang beban terutama beg sekolah yang berat memandangkan mereka terpaksa berdepan dengan risiko sakit belakang pada masa hadapan.

Beberapa tahun yang lalu, CAP menjalankan tinjauan secara rambang terhadap lebih 200 pelajar sekolah rendah. Kajian kami menunjukkan kira-kira 40 peratus daripada mereka membawa beg sekolah yang lebih daripada 20 peratus atau lebih satu perlima daripada berat tubuh mereka sendiri. Beberapa garis panduan menyarankan bahawa berat seperti itu tidak seharusnya melebihi 10 peratus daripada berat kanak-kanak.

Beban yang tidak sama dan berlebihan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah belakang dan kecacatan spina (tulang belakang). Tekanan daripada berat yang berlebihan ini mungkin menyebabkan bahaya dan mungkin kesan sampingan yang menjejaskan perkembangan sistem musculo-skeletal.

Pihak Kementerian Pelajaran tidak seharusnya memberikan sebarang alasan atau teragak-agak untuk bertindak terhadap masalah beban ke atas belakang kanak-kanak tetapi perlu dengan segera melihat masalah beg sekolah yang berat ini.

Potensi kesan sampingan terhadap kesihatan amat serius bukan hanya kesan segera terhadap kanak-kanak tetapi mungkin juga akan menjadikan berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik apabila dewasa nanti.

S. M. Mohamad Idris

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

'Guru saya dulu tidak pernah merungut'

SAYA terpanggil untuk menulis di ruangan ini setelah melihat pelbagai rungutan daripada golongan pendidik sekarang.

Saya juga merupakan seorang penjawat awam dan amat gembira bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya bersama-sama pengguna lain, berbanding dengan guru yang bekerja separuh hari sahaja.

Saya tidak dapat bayangkan betapa gembiranya jika saya tamat waktu bekerja pada pukul 1 tengah hari.

Sudahlah waktu bekerjanya separuh hari, waktu kelasnya pula mungkin 3 atau 4 waktu sahaja. Bersyukurlah. Dengan semua guru baru bermula dengan DG41 bertuahnya anda semua.

Saya merupakan bekas pelajar SBP di Sek. Dato Abdul Razak, Seremban. Saya ingin menyatakan bahawa komitmen guru-guru saya dahulu begitu jitu.

Saya masih teringat lagi bekas guru saya iaitu Cikgu Rahim yang sanggup datang meronda asrama pada waktu malam walaupun beliau tidak tinggal di dalam kuarters rumah guru di dalam kawasan sekolah, guru matematik saya di Sek. Men. Dato Hj. Hussein iaitu Puan Rodziah yang sanggup mengajar lebih waktu untuk para pelajarnya yang lemah dalam subjek itu. Itulah komitmen.

Kedua-dua ibu bapa saya merupakan guru dan saya tidak pernah melihat mereka merungut. Jika ada pelajar bermasalah, mereka akan pergi ke rumah pelajar tersebut bertanyakan masalah.

Malah sumbangan dari segi kewangan dan barang-barang dapur untuk keluarga pelajar bermasalah juga pernah diberikan beberapa kali.

Malah bapa saya kadangkala menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia walaupun sedang membuat kerja di rumah. Begitulah sayang dan bangganya beliau pada kerjayanya.

Akhir kata, selamat maju jaya kepada warga-warga pendidik. Jasamu dikenang selamanya.

IZRUL FARIS IDRIS

Aduhai pensyarah penat...

SAYA ingin menarik perhatian Pensyarah Penat dari Kota Bharu pada Isnin 26 April 2010 yang mengatakan kerjaya pendidik tidak sama seperti kerjaya lain.

Saya sama sekali menyangkal kenyataan Pensyarah Penat tersebut. Sebab pernahkah beliau bekerja dan mempunyai pengalaman terhadap kerjaya lain? Bagaimana dengan mereka yang bekerja selama 12 jam di kilang-kilang dan bekerja di bawah panas terik di ladang, kebun atau pekerja kontrak membuat jalan?

Apa sangatlah yang mahu dirungutkan oleh Pensyarah Penat yang bekerja di dalam bangunan yang sejuk berhawa dingin dengan gaji yang setimpal. Biasalah kerja lebih masa di mana-mana jabatan pun.

Pensyarah Penat mempertikaikan selain mengajar, mereka terpaksa menyemak tugasan pelajar dan lain-lain lagi. Tidakkah itu termasuk bidang tugas mereka, mengapa harus dipertikai? Biasalah kalau mahu balik awal tapi kerja tidak dapat disiapkan, bawalah balik rumah atau sambung sahaja keesokkannya.

Mungkin Pensyarah Penat ini seorang yang tidak rajin atau jenis yang suka bertangguh dan membuat kerja pada minit terakhir. Saya syorkan Pensyarah Penat mengikuti kursus pengurusan masa kerana banyak lagi jabatan lain yang lebih sibuk dari kerjaya Pensyarah tapi mereka tidak merungut dan mengeluh di akhbar dengan harapan agar satu negara tahu mereka paling teruk bekerja. Janganlah memalukan pensyarah-pensyarah lain.

Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Pensyarah Penat tidak perlulah membohongi satu Malaysia dengan bebanan tugas yang kononnya teramat teruk sangat kerana abang saya juga seorang pensyarah di IPG dan saya tahu kerjaya mereka tidaklah teruk sangat.

Mereka masih mempunyai masa terluang kerana bukan sepanjang masa perlu masuk ke kelas, hanya waktu-waktu tertentu sahaja ditambah pula dengan mengajar murid-murid dewasa. Bahan power point pula tidak perlu dicari setiap hari, hanya guna yang sama setiap tahun, cuma hanya perlu ditokok-tambah sedikit untuk bahan terkini.

Fikirkanlah nasib mereka yang bekerja di penjara, pusat serenti di mana mereka berdepan dengan banduan, penagih dadah ditambah pula dengan yang mempunyai pelbagai penyakit seperti TB, HIV dan pelbagai lagi risiko penyakit dan ancaman keselamatan serta rusuhan yang tidak terjangka sedangkan tiada langsung elaun kritikal diberikan, hanya berserah pada Tuhan diiringi doa dan tawakal.

YANG TENAT MENDENGAR

Kuala Lumpur

Panel khas kes remaja ditembak patut bebas campur tangan luar

ADA beberapa pengajaran yang boleh diambil iktibar daripada kejadian menimpa seorang remaja Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati ditembak polis di Seksyen 11 di Shah Alam, Isnin lalu.

Pertama, ibu bapa dan penjaga hendaklah mengawasi anak remaja, terutama apabila mereka keluar rumah selepas waktu tengah malam. Kita berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa dan seperti mereka juga, kita mahu keadilan dalam siasatan berkisar kepada kejadian itu.

Namun, secara amnya kepada semua ibu bapa, awasilah anak dengan ketat dan disiplinkan anak remaja sebagai satu pendekatan yang boleh mengurangkan risiko mereka menjadi mangsa keadaan. Kita tidak boleh cuai terhadap anak kerana kita tidak tahu apa yang mungkin berlaku atau menimpa mereka ketika keluar rumah, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Usia 15 tahun dan memandu kereta pula tentunya tanpa lesen, menjadi satu hal lain dan semua ini memerlukan pemantauan ibu bapa.

Kedua, pihak polis perlu sentiasa mematuhi piawaian prosedur operasi (SOP), iaitu bila waktu perlu melepaskan tembakan. Dalam kes membabitkan Aminulrasyid, hanya selepas siasatan selesai baru kita boleh tahu kepastian apa sebenarnya berlaku, mengapa polis melepaskan tembakan atau perlukah tembakan dilepaskan dan bagaimana pula keadaan ketika itu hingga polis terpaksa mengejar dan rakan mangsa melarikan diri. Semua ini memerlukan siasatan menyeluruh dan sehingga siasatan selesai, kita tidak boleh membuat andaian. Malah, kita juga tidak boleh sewenang-wenangnya mengecap seseorang itu sebagai penjenayah kecuali terbukti dia memang seorang penjenayah.

Ketiga, ahli politik jangan sama sekali masuk campur dalam tragedi seperti ini yang boleh mengusutkan lagi keadaan serta mengelak membuat sebarang kenyataan menuding jari. Kenyataan seperti mendesak polis supaya tidak melindungi atau menutup fakta tertentu dalam kes itu, bagaikan membuat andaian bahawa polis akan berbuat demikian. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sendiri sudah berjanji akan menjalankan siasatan dengan telus.

Kita juga sependapat dengan beliau bahawa jika siasatan mendapati ada pihak yang cuai, tindakan setimpal mesti diambil. Malah kita juga mahu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya turut mengelak membuat kenyataan media dan sama-sama serahkan kepada polis menyiasat supaya proses siasatan itu tidak diganggu oleh tekanan yang tidak sepatutnya.

Selebihnya, kita serah juga kepada panel khas diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk membuat siasatan menyeluruh yang kita semua harap dilakukan secara telus dan adil. Kita cadangkan supaya keahlian panel itu diperluaskan dengan memasukkan wakil NGO, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan badan lain yang berkaitan, andainya sesetengah pihak berpendapat ia perlu mendapat pandangan pihak ketiga yang tidak mempunyai kepentingan. - bharian

- tak dapat bayangkan bagaimana isu ini akan jadi sekiranya yg kene tembak ini berbangsa cina atau india..kenapa selalu terjadi bila isu yg melibatkan kepentingan melayu, ngo jadi macam bisu..ahli politik pun sama..

Kaji semula syarat layak pemilihan guru lelaki

SAYA ingin mengulas keluhan saudara Amin dari Setiu, Terengganu yang disiarkan ruangan ini kelmarin, mengenai kegagalan anak lelakinya ditemuduga bagi kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Peratus secara rawak menunjukkan bahawa nisbah antara guru lelaki dan perempuan ternyata tidak seimbang dengan kaum hawa mendominasi lebih 50 peratus daripada jumlah guru di Malaysia. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sejak Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960, isu gender sudah dipertikaikan tetapi barangkali tidak ada langkah efisen yang mahu diambil pihak berwajib

Saya tidak bermaksud mahu menyebelahi mana-mana pihak, tetapi saya percaya dengan kebejatan sosial dan masalah disiplin pelajar sekolah yang kian mencabar institusi pendidikan negara pada hari ini, pertimbangan dari aspek gender perlu diberikan sedikit perhatian.

Barangkali sudah tiba masanya pihak berwajib mempertimbangkan kuota bagi kemasukan guru lelaki ke IPGM atau mengikuti kursus pendidikan di IPTA. Perkara ini demi menyeimbangkan nisbah guru lelaki dan wanita pada masa akan datang.

Kudrat lelaki sememangnya diperlukan bagi mengawal tingkah laku pelajar yang semakin membimbangkan pada hari ini, lalu tidak ada jalan lain yang lebih baik selain menambah bilangan guru lelaki.

Untuk permulaan saya menggesa agar syarat kemasukan bagi guru lelaki dikaji semula secara telus dan adil.

Perkara ini penting, demi mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang dinamik, holistik dan berkesan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang dicanangkan Kementerian Pelajaran.

ZULFAZLAN JUMRAH,

Universiti Putra Malaysia

Syor benarkan pembetulan e-filing

E-FILING adalah satu mekanisme yang cukup membanggakan sejak dilancarkan beberapa tahun lalu. Saya adalah antara pengguna terawal aplikasi ini. Tidak dinafikan aplikasi itu cukup memudahkan serta dapat memastikan tiada masa terbuang untuk mengisi serta mengepos borang secara fizikal.

Pembayar cukai juga tidak perlu membuang masa untuk ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Bagaimanapun, ada satu kelemahan yang nyata kepada aplikasi itu dan sepatutnya diambil tindakan wajar oleh pihak LHDN.

Kelemahan yang dimaksudkan ialah aplikasi terbabit tidak membenarkan pembayar cukai untuk membuat sebarang pembetulan setelah borang itu ditandatangani secara digital dan dihantar. Hampir semua pembayar cukai individu bukanlah kerani terlatih dalam mengisi borang berkaitan, maka tidak mustahil sekiranya berlaku sebarang kesilapan walaupun borang itu sudah berulang kali disemak.

Situasi inilah yang berlaku kepada saya. Saya membuat panggilan ke LHDN untuk memohon agar borang itu di ‘reset’ semula tetapi pegawai LHDN menyatakan proses itu tidak dibenarkan oleh sistem.

Sebagai penyelesaian, saya diminta membawa dokumen berkaitan ke cawangan LHDN terdekat. Sebagai sebuah negara yang menuju ke arah kerajaan digital sepenuhnya, maka situasi ini sepatutnya tidak wajar terjadi.

Adalah sesuatu yang menyusahkan sekiranya pembayar cukai diminta ke cawangan LHDN bagi membuat sedikit pembetulan.

Malah pembaziran dari sudut kewangan dan masa pasti terjadi. Saya ingin mencadangkan agar LHDN menimbangkan agar pembayar cukai dibenarkan membuat pembetulan secara online walaupun borang itu sudah ditandatangani secara digital.
Tempoh masa pembetulan boleh dibuka sehingga tarikh tutup penyerahan borang. Inisiatif ini bakal membolehkan aplikasi e-filing berada pada tahap sempurna dan dapat digunakan tanpa menyusahkan mana-mana pembayar cukai. Semoga cadangan saya diambil tindakan sewajarnya bagi menyokong dasar e-kerajaan.

PENYOKONG E-KERAJAAN,
Kamunting, Perak

Probe shooting of teen without fear or favour

I WAS extremely sad upon learning about the incident where a 15-year-old boy was shot by policemen in Shah Alam.

Based on the reports, it was about 2am when they passed the police car which signalled them to stop. They sped away, which resulted in a car chase and the police having to shoot at their tyres to force them to stop.

One of them ran off leaving the other, now identified as Aminulrasyid Amzah, in the car. In panic he must have reversed and rammed the police car.

I can accept that at 2am, it must be dark, and without proper lighting, the policeman who shot him could not have seen the driver clearly to identify him as a 15-year-old boy.

However, I wonder if this in itself along with the boy reversing and ramming the police car justifies the police shooting at the driver. The fact that the policemen found a machete in the car also does not justify shooting the victim unless he had been swinging it menacingly towards the policemen.

All four policemen have been reassigned to desk duties pending the outcome of investigations.

I would like to suggest that the police explore the possibility of appointing a third party as a member of the investigations committee. This will add credibility and stop all nonsensical talk that the police might try to cover up to help one of their own. At the same time, the third party must be of a totally neutral party without any interest.

The committee formed must also be transparent and inform the public every step of the way and, finally, its decision.

I urge everyone – politicians, NGOs, and the media included – to allow the family to grieve and the committee to work.

We must respect the committee and allow it to carry out its duties. Do not turn this into a kangaroo court and pass public judgment. The four policemen and the family involved must be given a chance to tell their side of the story to the committee.

The police and committee must act without fear or favour.

AHMAD IKMAL ISMAIL,

Ampang

Urgent, we need a dedicated emergency number

I AM uncomfortable with the idea of having multiple numbers to contact the police during an emergency.

ASP Lai Yong Heng’s response (“Call the right hotline for speedy response” – The Star, April 28) to DJ Bobby Singh’s opinion (“Every second counts in fight against crime” – The Star, April 26) merely states which numbers to call when the public needs to reach the police during an emergency. I feel it does not answer the questions raised by DJ Bobby Singh.

What the good ASP does not realise is that not everyone owns a mobile phone, not everyone has a photographic memory to keep all those numbers in memory, and not everyone is going to recall details like an eight-digit phone number when they have just been assaulted and mugged at knifepoint.

If and when they finally do, it’s already too late.

I challenge you to recall this number 03-2031 9999 after you have just been shot at and your first instinct is to survive. I realise this is an extreme example but emergencies normally are.

Besides, a device that stores these phone numbers such as a mobile phone is a favourite target. It usually gets stolen during a mugging. The victim may have stored all the correct numbers to contact during such emergencies but if it’s stolen, then it’s as good as not having those numbers in the first place.

In my opinion, we need a professional Emergency Service. From the explanation given to DJ Bobby Singh by the police, it sounds like routing 999 calls via a Telekom operator is a problem.

Therefore, let’s replace this system with a dedicated 24-hour service that will help the public get in touch with the right emergency help service. As a victim, chances are I will remember the emergency hotline number 999 better than an eight-digit number.

Dialling this number must get me in touch with a dedicated officer of the proposed emergency service at any time, day and night. The officer will take down my details and at the same time know exactly who to contact to help me and, finally, forward the nature of my emergency and my details to the right aid service.

The beauty of this is that it applies to all sorts of emergencies, Fire and Rescue services, ambulance and also the Coast Guard. This means that this proposed emergency service will have direct links with every emergency service in every state.

This, I feel, is truly valuable; one number to call in any emergency.

After years and years of hearing how lives were lost due to the late response times by our emergency services, I feel such a service has been a long time coming. However, as they say of any good venture, it’s never too late to start.

KARAMJIT SINGH SIDHU,

Kuala Lumpur

Why should deterrent laws be people-friendly?

I STILL have not got over the shock at the reason our lawmakers gave for withdrawing the Road Transport (Amendment) Bill. The Bill was withdrawn on the premise that it was too harsh and “not people friendly”.

That’s got to be the mother of lame excuses. Is the daily carnage on our roads “people friendly”?

A law that is supposed to act as a deterrent and discourage people from committing crimes or acts of violence (that’s what the fatalities on the roads amount to) must never be people friendly. Nobody need fear the law if he has no intention of breaking it.

Let’s not confuse ourselves. What needs to be people friendly are services and facilities provided to taxpayers and the paying public like public toilets, public transport, telecommunications, healthcare and financial/banking facilities and the like. It is in such areas that unnecessary charges should not be imposed.

But stiff fines and higher age limits for driver’s licences are but only one side of the coin. Strict enforcement is needed for laws and policies to be effective. We do have a demerit system in place, but it is not strictly adhered to.

TAM YONG YUEE,

Muar.

Wednesday, April 28, 2010

Kajian beban guru: dah sebulan xder perkembangan apa2 pun..


SUDAH hampir sebulan penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan ditanggung guru di seluruh negara seperti diumumkan sebelum ini. Ia perkhabaran gembira buat warga guru, namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan berkaitan penubuhan jawatankuasa khas itu.

Guru ingin tahu apakah metadologi kajian yang akan digunakan jawatankuasa khas itu dan mengharapkan mereka dibabitkan secara langsung supaya permasalahan guru sebenar sampai ke jawatankuasa khas ini.

Permasalahan ini seharusnya diselesaikan segera berikutan ia merugikan guru dan pelajar. Justeru, guru seluruh negara amat mengharapkan transformasi dalam profesyen perguruan akan diumumkan.

NORHISYAM MOHAMAD,
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah

Pensyarah, guru jangan merungut

Saya merujuk kepada tulisan bertajuk Pensyarah perguruan mengadu penat, letih kerja tulisan Pensyarah Penat yang disiarkan dalam ruangan ini kelmarin. Selain itu akhbar juga sudah banyak menyiarkan keluhan oleh para guru yang juga penat dengan tugas mereka sebagai pendidik.

Keputusan panggilan temuduga guru untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru diumumkan dan anak saya gagal dipanggil untuk temuduga tersebut. Saya agak kecewa tetapi redha kerana keputusan SPMnya tidak sebaik pelajar lain. Tetapi yang lebih mengecewakan ialah mereka yang telah bekerja sebagai guru dan pensyarah masih merungut tentang beban kerja mereka.

Para guru dan pensyarah di zaman sekarang perlu menerima keadaan semasa. Mereka perlu sanggup menerima beban kerja yang semakin bertambah seiring dengan zaman yang mencabar sekarang. Apalah sangat sekiranya terpaksa bekerja hingga lewat petang atau malam. Anda masih bernasib baik kerana kerja dan pendapatan anda amat terjamin. Tidak perlu risau kehilangan kerja. Anak-anak terjamin ada tempat tinggal dan makan minum. Bayaran ansuran kereta anda juga terjamin dapat dibayar walau untuk sembilan tahun lagi.

Bandingkanlah dengan mereka yang dulunya sama-sama memohon ingin menjadi guru seperti anda tetapi gagal dan sekarang terpaksa bekerja di syarikat swasta. Mereka terpaksa bekerja bertungkus lumus supaya tidak dipecat. Ada yang sanggup mengambil beban kerja yang lebih semata-mata tidak ingin dipecat dan membantu syarikat mengharungi keadaan yang sukar. Malam pula terpaksa buat kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Jika kita lihat sekarang mana ada kerja yang mudah. Semua orang terpaksa bertungkus lumus untuk mencari pendapatan dan bekerja dengan lebih kuat. Ini bermaksud kita terpaksa menerima beban kerja yang bertambah. Tidak ada masa lagi untuk balik rumah untuk berkebun atau memancing.

Sesuatu yang menghairankan, ada segelintir guru dan pensyarah yang sempat membuat jualan langsung dan ada juga yang cuba menjadikan pelajar mereka sebagai ejen bawahan mereka. Masih ada masa pula.

Arwah bapa saya juga adalah seorang guru. Saya pernah melihat beliau membawa pulang kerja sekolah untuk diselesaikan di rumah dan bekerja hingga malam. Apa yang menghairankan, beliau tidak pernah merungut tentang beban kerja tersebut.

Sepanjang tugas beliau selama lebih 20 tahun beliau tidak pernah mengambil cuti sakit. Beliau pernah ke rumah pelajar yang ponteng dan memaksa pelajar tersebut ke sekolah. Ini adalah kerja lebih yang beliau sendiri rela lakukan untuk kebaikan pelajarnya. Adakah ini bebanan kepada cikgu sekarang? Menyelesaikan tugasan bukanlah bebanan tetapi tanggungjawab.

Guru-guru dan pensyarah tidak dihalang untuk berhenti sekiranya tidak sesuai dengan kerja tersebut. Berhentilah dan marilah bersama kami di luar ini yang hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak kais, tak makan.

Guru dan pensyarah yang membuat jualan langsung dan perniagaan berhentilah dan marilah bersama kami mengharungi kehidupan ini di dalam dunia perniagaan. Di masa itu mungkin baru anda akan sedar kerja anda sekarang membebankan atau tidak.

Belajarlah tentang pengurusan masa dan keutamaan kerja, atau sekiranya anda rasa ditindas oleh jabatan atau kementerian anda, buatlah laporan ke Jabatan Buruh sekiranya anda benar.

Bersyukur dan berterima kasihlah dengan rezeki yang ada. Pesan bapa saya, kita perlu taat dengan kerja kita, pasti hati akan merasa tenang.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada sekelian guru saya dan guru anak-anak saya yang mengajar tanpa jemu dan penuh dedikasi. Apa yang anda lakukan adalah lebih daripada apa yang kami harapkan. Terima kasih cikgu!

FAUZI ASMARA
Guar Cempedak, Kedah.

Kaedah penentuan harga menurut Islam

HARGA memainkan peranan penting dalam menentukan keuntungan kepada penjual. Semakin tinggi harga barang, maka semakin tinggi keuntungan yang diraih oleh entiti yang mengeluar, menjual dan memasarkan barangan tersebut.

Namun, ramai yang tidak memahami bahawa setiap kali mereka menaikkan harga barang, maka semakin meningkat bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Maknanya keuntungan yang berlipat-kali ganda akan mendatangkan kesusahan kepada orang lain.

Islam amat menitikberatkan keadilan dan kesaksamaan. Ia selaras dengan salah satu sifat Allah, iaitu Maha Adil. Sekiranya diperhatikan dan diselidiki secara mendalam terhadap hukum-hakam Allah, kita akan mendapati bahawa terdapat banyak nilai-nilai Islam yang dipaparkan secara tersurat dan tersirat.

Allah SWT berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri ataupun ibu bapamu dan kaum keluargamu. Jika ia kaya ataupun miskin, Allah lebih mengetahui keadaan keduanya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, sehingga kamu tidak berlaku adil. Jika kamu memutar belitkan, atau enggan menjadi saksi, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan. (An-Nisa': 135)

Sejajar dengan itu, Islam juga mengharamkan kezaliman. Bahkan, Allah menegah daripada cenderung atau menyokong perbuatan zalim walaupun ia dilakukan oleh orang lain.

Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (Hud: 113)

Dalam membicarakan kaedah penentuan harga, sebenarnya tiada dalil dari nas al-Quran dan hadis secara jelas yang khusus menyentuh tentangnya.

Namun, kita boleh menggunakan garis panduan umum berdasarkan prinsip menegakkan keadilan dan menolak kezaliman sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat-ayat sebelum ini.

Maka kaedah paling tepat dalam penetapan harga ialah jangan sampai menyebabkan ada pihak yang dizalimi.

Harga yang diletakkan kepada sesuatu barang yang ingin dikeluarkan jangan sampai menindas pengguna dan jangan mengabaikan hak penjual untuk mendapatkan keuntungan.

Sebaliknya, ia mestilah berada di pertengahan. Ini sejajar dengan sifat 'ibadurrahman (hamba Allah) yang bersifat pertengahan dalam melakukan perbelanjaan sebagaimana yang dicatatkan dalam al-Quran: Dan (hamba-hamba itu) apabila berbelanja tidak boros dan tidak kedekut, dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian. (al-Furqan : 67)

Penetapan harga juga perlu berdasarkan kualiti dan kuantiti sesuatu produk. Di sinilah pentingnya kejujuran dan ketelusan di pihak peniaga atau penjual.

Kadang-kadang ada di antara kita yang sanggup meniru atau menciplak produk lain sehingga seakan-akan sama.

Lalu diletakkan harga yang sama untuk mengabui pengguna.

Maka berlakulah suasana yang tidak harmoni di antara pihak penjual dan pembeli. Justeru, letakkanlah harga berdasarkan kualiti sebenar barangan tersebut.

Janganlah disebabkan keghairahan meraih keuntungan yang berlipat kali ganda, kita sanggup menipu para pengguna.

Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim-hakim dengan tujuan supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara yang berdosa, sedangkan kamu mengetahui. (al-Baqarah: 188)

Namun begitu, kita perlu menyedari bahawa turun-naik harga berlaku akibat daktiviti permintaan dan penawaran di pasaran. Salah seorang ulama tersohor dalam bidang fiqh dan siasah syar'iyyah, Ibn Taimiah (1263-1328) mempunyai gagasan yang jelas tentang persoalan menetapkan harga.

Ibn Taimiah atau nama sebenarnya Taqiad-Din Abul Abbas Ahmad ibn Abd. al-Halim ibn Abd. as-Salam Ibn Taymiya al-Harrani menekankan bahawa sesiapa sahaja termasuk kerajaan tidak boleh terlibat dalam mengaturkan harga.

Ia perlu diserahkan kepada proses normal yang bersandarkan aktiviti pasaran semasa.

Teori yang sama juga dikemukakan oleh Adam Smith (1723-1790) melalui karyanya Wealth of Nation iaitu menyerahkan penentuan harga kepada pasaran bebas. Beliau mengkritik pihak kerajaan yang cuba masuk campur dalam proses penetapan harga.

Pada pandangan saya, kita perlu meraikan harga pasaran dalam menetapkan harga produk yang ingin dijual sekiranya produk-produk sama atau hampir sama spesifikasinya sudah wujud di pasaran.

Namun, kadang-kala pihak kerajaan juga perlu campur tangan dalam meletakkan harga. Contohnya harga siling sesuatu barangan keperluan harian untuk menyeimbangkan keperluan pengguna dan kehendak peniaga-peniaga.

Tanpa kawalan ini, maka peniaga yang tamak pastinya akan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan perasaan dan bebanan pengguna.

Namun begitu, penjual diharus menaikkan sedikit harga melebihi harga pasaran jika produk tersebut mempunyai nilai tambah (value added). Ini menyebabkan produk berkenaan mempunyai perbezaan dan keistimewaan berbanding dengan produk-produk yang sama di pasaran.

Sebagai contoh, harga sebuah rumah di sebuah lokasi adalah RM150,000. Namun, kerana pemilik rumah itu mahu menjualnya bersama dengan perabot beserta reka bentuk dan dekorasi yang sangat cantik, maka beliau diharuskan menjualnya dengan harga RM200,000 atau lebih.

Islam tidak mengehadkan nisbah untung yang boleh diambil oleh pihak penjual. Sebagai contoh, sekiranya rumah yang dibeli dengan harga RM50,000 pada 10 tahun dahulu, mungkin dapat dijual dengan harga RM1 juta pada masa sekarang.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan aplikasi tersebut diharuskan. Antaranya, pembangunan yang pesat di kawasan tersebut atau lokasi yang strategik seperti adanya pasar raya, pengangkutan awam, sekolah dan kemudahan hospital. Oleh itu, permintaan terhadap rumah di kawasan tersebut meningkat.

Rasulullah SAW pernah membenarkan peniaga meningkatkan keuntungan sehingga melebihi 100% dari harga asal.

Ini dapat dilihat melalui Hadis Urwah Al-Bariqi; Sesungguhnya Nabi SAW memberi Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung. (riwayat Al-Bukhari, no 3642 )

Hadis ini jelas memaparkan bahawa Urwah al-Bariqi telah membeli dua ekor kambing tersebut dengan harga setengah dinar. Namun, beliau menjualnya pula dengan harga satu dinar iaitu 100 peratus nilai untung yang diambil. Rasulullah SAW telah mengiktiraf perbuatan tersebut dan mendoakan Urwah al-Bariqi.

Kesimpulannya, penetapan harga banyak bergantung kepada kejujuran dan ketelusan penjual di samping melihat harga pasaran semasa.

Maka janganlah kita terlalu tamak untuk mendapatkan keuntungan berlebihan sehingga sanggup untuk menaikkan harga barang secara melampau-lampau.

oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN

Kementerian diminta perbetul isu gaji pengawal keselamatan

SAYA terpanggil untuk menulis mengenai isu kenaikan gaji pengawal kerana laporan akhbar ini baru-baru ini antara lain menyatakan 'jangan ada majikan yang berdalih dengan 1,001 alasan untuk tidak mematuhi pengumuman berkenaan.'

Untuk maklumat, syarikat kawalan keselamatan rata-ratanya menjalankan perniagaan dengan memberi khidmat pengawal keselamatan mengikut kadar upah yang kami terima. Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) sudah meminta supaya kaji semula kadar upah pengawal yang tersiar dalam akhbar ini pada hari yang sama.

Ia bermaksud jika pelanggan mampu membayar lebih, maka sudah tentu kami juga sanggup membayar lebih daripada itu. Pada masa kini rata-rata pelanggan masih ada yang membayar upah pengawal selama lapan jam dengan kadar cuma RM800 hingga RM900 saja sebulan, bekerja 24 hingga 26 hari.

Jadi bagaimana syarikat keselamatan boleh bayar RM1,100 sebulan. Inilah masalah sebenar kami, bukannya kami tidak mahu bayar gaji yang lebih tinggi. Setiap gaji yang dibayar oleh semua pengusaha syarikat kawalan keselamatan adalah berbeza-beza.

Ia mengikut upah yang dibayar oleh pelanggan kepada kami. Rata-rata pelanggan berkehendakkan khidmat yang baik tetapi enggan membayar dengan kos dipinta. Oleh kerana terlalu ramai pengusaha syarikat kawalan keselamatan, maka peperangan harga menjadi-jadi antara satu sama lain.

Inilah yang menyebabkan gaji pengawal tidak seragam. Menyedari hakikat ini, maka timbul inisiatif Kementerian Sumber Manusia mengambil tindakan mengadakan Majlis Penetapan Gaji dan persatuan diminta turut menyertai perbincangan demi perbincangan beberapa tahun lalu yang dipengerusikan oleh Datuk Lee Hwa Beng.

Keputusan bersama sudah pun tercapai pada 2009. Ia terbahagi kepada beberapa zon mengikut kadar sara hidup di satu-satu kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Gaji pokok yang patut dibayar berbeza antara zon dan yang saya tahu, gaji pokok yang akhbar ini sebut sebanyak RM1,150 dan RM1,450 adalah tidak benar. Ia adalah gaji yang akan dibawa pulang atau disebut ‘take home pay’ oleh pengawal.

Ini setelah diambil kira kerja lebih masa pengawal keselamatan yang dibenarkan sebulan 104 jam atau sehari empat jam. Kebanyakan pengawal dibayar berbagai-bagai elaun tambahan seperti elaun sara hidup, elaun kedatangan, elaun dobi, elaun minyak, elaun pos dan lain-lain elaun mengikut lokasi mereka ditugaskan.

Ada tempat yang terpencil, jauh dari rumah mereka dan sebagainya. Pengumuman yang dibuat oleh Menteri baru-baru ini adalah tidak menyeluruh, kurang jelas dan tidak diperincikan. Ia menyebabkan kekeliruan antara media, pengguna, pengawal dan keseluruhan pengusaha syarikat kawalan keselamatan.

Saya percaya Kementerian Sumber Manusia akan mengumumkan kadar gaji yang sudah dipersetujui bersama oleh beberapa Ahli Jawatankuasa PPKKM dan badan-badan lain yang terbabit dalam perbincangan Majlis Penetapan Gaji dan penulis juga turut serta. Diharap kementerian dapat segera membetulkan keadaan yang mengelirukan orang ramai yang terbabit dalam industri ini.

DATUK RAHMAT ISMAIL,
Bekas Presiden PPKKM/
AJK Biro Latihan PPKKM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...