terima kasih buat kalian semua..

Monday, May 31, 2010

Hebatnya mamat ni..dengan kerap sex je buleh jadi energetic..- Tokoh Nilam Terengganu


UALA TERENGGANU: Reading and having sex nightly. That, says Tokoh Nilam award winner Alias Ismail, is the secret to his seemingly boundless energy during the day.

Even his colleagues have been left wondering how the teacher manages to remain energetic enough to conduct additional co-curriculum activities until the late evening.

“Often, they are astonished when I tell them that it’s actually an active sex life and reading that makes one healthy, wealthy and wise.”“They always ask me whether I consume jamu (traditional herbs) to keep me going,” said the 41-year-old yesterday.

Alias is the inaugural recipient of the state-initiated award to honour a teacher who has managed outstanding achievements in education.

He received the award from Mentri Besar Datuk Ahmad Said at Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Darul Iman Malaysia here.

Alias also received a sponsored package to perform the haj.

The father of four said he made it a point to have sex daily before he and his wife retired for the night and felt it made him more agile and active.

“A good and legitimate sexual relationship is a kind of energy booster for me and my wife that has not only kept our marriage ties cordial but also made our bodies and brains functioning remarkably,” he added.

Alias, who teaches Bahasa Malaysia at SMK Menerong in Hulu Terengganu, said he was able to concentrate on his work after a “blissful” night with his wife.

He added that it was also a nightly ritual for both him and his wife, Rosmahwati Abdullah, 41, to read a few pages of a book and have an intellectual conversation before moving on to other “activities”.

The couple have been doing this since their marriage 25 years ago and they have a collection of 1,000 books, including romance novels.

He has also shared his secret with his eldest son, now 23

Hapuskan dulu cukai kereta yang berganda2..


PENULIS ingin memberi pandangan mengenai cadangan kerajaan mengurangkan subsidi. Kita juga dikejutkan dengan berita bahawa kerajaan akan jatuh bankrap pada tahun 2019 jika tiada tindakan bagi mengurangkan subsidi seperti yang berlaku di Greece.

Sebelum mengurangkan subsidi, kerajaan perlu membuat satu kajian teliti di atas keperluan rakyat.

Beberapa perbandingan dibuat dengan beberapa buah negara bagi menguatkan hujah mengurangkan subsidi.

Perbandingan dibuat semata-mata bagi menguatkan hujah dan tidak secara mendalam.

Contohnya, kita dibandingkan dengan Somalia mengenai harga minyak. Perlu diingat Somalia ialah sebuah negara yang majoriti rakyatnya miskin dan hanya sebilangan kecil hidup mewah.

Walaupun Somalia mempunyai minyak tetapi ia dibolot oleh segelintir rakyat. Bagi yang miskin, mereka tidak ada keperluan membeli minyak dan bagi yang kaya pula, ia tidak menjadi beban langsung.

Rakyat Malaysia pula majoritinya terdiri daripada golongan menengah dan bawah yang kebanyakannya pula mempunyai kenderaan seperti kereta dan motosikal. Jadi membandingkan Somalia dengan Malaysia samalah seperti membandingkan buah epal dengan buah jambu.

Penulis mengambil contoh keperluan seharian rakyat negara ini dengan beberapa buah negara maju. Ini kerana kita ada wawasan untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2010.

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan, hasil keputusan penyiasatan perbelanjaan isi rumah, rakyat Malaysia membelanjakan lebih kurang 31.4 peratus daripada pendapatan untuk membeli makanan (yang belum dimasak) berbanding 10.4 peratus bagi rakyat Jerman dan 14.8 peratus bagi rakyat Amerika Syarikat. Ini menunjukkan rakyat Jerman dan Amerika Syarikat mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi melebihi keperluan membeli makanan iaitu asas keperluan sesebuah keluarga.

Jika dibandingkan keperluan perbelanjaan pengangkutan pula, rakyat Malaysia membelanjakan 15.9 peratus untuk keperluan pengangkutan berbanding 13.2 peratus bagi rakyat Jerman dan 16.7 peratus bagi rakyat Amerika Syarikat.

Dua perkara inilah yang banyak diberikan subsidi oleh kerajaan.

Walaupun banyak subsidi diberikan dalam sektor makanan, rakyat Malaysia masih lagi menanggung kos makanan yang tinggi. Ini kerana rakyat Malaysia terpaksa membelanjakan 31.4 peratus daripada pendapatan mereka untuk makanan. Apa akan terjadi jika kesemua subsidi ini ditarik balik?

Kerajaan harus berhati-hati dalam mengurangkan subsidi makanan kerana ia boleh memberi tekanan inflasi dan menjejaskan perbelanjaan makanan kepada rakyat. Kos jangka panjang kepada kerajaan akan lebih tinggi (keperluan kesihatan masa hadapan) jika rakyat terpaksa mengurangkan perbelanjaan makanan bagi menampung keperluan yang lain.

Dalam perbelanjaan pengangkutan pula, rakyat Malaysia membelanjakan 15.9 peratus kepada keperluan ini berbanding rakyat Jerman yang membelanjakan hanya 13.2 peratus. Rakyat Amerika pula tiada bezanya dengan rakyat Malaysia dengan membelanjakan 16.7 peratus kepada pengangkutan.

Kenaikan tarif elektrik juga akan menjejaskan perbelanjaan rakyat Malaysia berbanding rakyat Jerman dan Amerika Syarikat kerana cuaca yang sentiasa panas di Malaysia berbanding cuaca di Jerman dan Amerika Syarikat yang bermusim.

Bagi kerajaan Jerman dan Amerika Syarikat tiada keperluan memberi subsidi kepada rakyatnya kerana pendapatan rakyatnya yang sudah pun tinggi berbanding rakyat Malaysia.

‘Makanan’ adalah petunjuk kepada kesejahteraan rakyat sesebuah negara. Jumlah makanan yang boleh diambil oleh seseorang itu ada hadnya tidak kira orang itu miskin atau kaya atau ia berada di Malaysia atau di Amerika Syarikat. Jadi lebih banyak perbelanjaan ‘bukan makanan’ maka lebih selesa rakyat sesebuah negara itu.

Jadi Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilancarkan oleh kerajaan berada di landasan yang betul. Pendapatan rakyat harus ditingkatkan dahulu sebelum menarik balik subsidi kepada makanan dan pengangkutan.

Bagaimanapun kerajaan tidak harus menunggu untuk menarik balik subsidi gula kerana keperluannya kepada suatu keluarga itu amat sedikit dan ia baik dari segi kesihatan. Cadangan gaji minimum harus dilaksanakan dengan seberapa segera.

Kerajaan harus berhati-hati sebelum menarik balik subsidi minyak kerana implikasinya kepada senario politik boleh menjejaskan kerajaan yang memerintah. Dalam keadaan politik yang tidak stabil, semua rancangan yang baik boleh jadi musnah.

Tidak mustahil Malaysia akan senasib dengan Greece, Sepanyol dan Iceland yang dibebani dengan hutang negara yang tinggi.

Rakyat Malaysia yang majoritinya dalam kelas menengah dan bawah akan terjejas teruk jika kerajaan menarik balik subsidi minyak secara drastik. Kerajaan harus menyediakan alternatif kepada rakyat. Infrastruktur bagi pengangkutan awam seperti LRT dan tren komuter harus dibina dengan seberapa segera supaya rakyat tidak bergantung kepada kenderaan persendirian.

Sebelum ia dapat dibina dengan sepenuhnya kerajaan juga mesti menarik balik perlindungan terhadap industri kereta negara. Rakyat harus diberi peluang membeli kereta dengan harga yang murah dari luar supaya perbelanjaan pengendalian kereta setiap bulan dapat dikurangkan.

Contohnya, rakyat Amerika Syarikat yang berpendapatan tinggi boleh membeli kereta Toyota Camry dengan harga US$19,595 (RM62,704) berbanding di Malaysia yang harganya bermula daripada RM144,990 sebuah, sementara kereta Honda City Sedan pula berharga US$15,655 (RM50,096) berbanding di Malaysia yang harganya bermula daripada RM114,980. Kereta-kereta tersebut dibuat di Amerika.

Tentu ada yang silap kenapa harga kereta nasional kita lebih mahal. Jika polisi yang ada tidak memberi faedah kepada rakyat sudah sampai masanya dimansuhkan.

Diharap kerajaan dapat perbetulkan struktur ekonomi negara terlebih dahulu sebelum membuat tindakan yang salah. Kebanyakan pakar ekonomi kita belajar daripada teori yang ditulis oleh pakar ekonomi Barat.

Jadi penulis tidak berasa pelik yang kebanyakan mereka semua mahu subsidi dihapuskan.

Apa yang perlu kerajaan lakukan ialah membuat perbelanjaan berhemah, kurangkan pembaziran, hapuskan rasuah dan tingkatkan kecekapan kerja. Jangan ada ketirisan dalam perbelanjaan sesuatu projek. Insya-Allah kita tidak akan terperangkap seperti negara Greece, Sepanyol dan Iceland.

ESA ADAM

Bandar Sunway Selangor

Haram berkabung lebih tiga hari kecuali wanita kematian suami

AL-BUKHARI dan Muslim meriwayatkan daripada Zainab binti Abu Salamah, beliau berkata: “Aku pernah masuk ke rumah Ummu Habibah isteri Nabi, ketika bapanya, Abu Sufyan bin Harb meninggal. Ummu Habibah lalu meminta diambilkan minyak wangi yang diperbuat daripada adunan za’faran dan lainnya atau lainnya lagi.

Seterusnya, Ummu Habibah mengusapkannya ke pipi seorang anak kecil dan kedua-dua pipinya (untuk menghilangkan rasa kesedihan). Dia lalu berkata: Demi Allah, tiada yang menghalangiku untuk memakai wangi-wangian sebelum ini, melainkan aku pernah mendengar Rasulullah bersabda di mimbar: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkabung (dengan meninggalkan wangi-wangian dan perhiasan) kerana meninggal seseorang lebih dari tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu selama 4 bulan 10 hari.”
Zainab berkata: “Setelah itu, aku masuk ke rumah Zainab binti Jahsy yang sedang berduka atas kewafatan saudaranya. Dia juga meminta diambilkan minyak wangi, lalu diusapkan ke wajahnya, lalu berkata: Demi Allah, tiada yang menghalangiku untuk memakai wangi-wangian sebelum ini, melainkan aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda di mimbar: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir untuk berkabung atas meninggal seseorang lebih dari tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu selama 4 bulan 10 hari.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: Buku Ringkasan Riyadhus Solihin

Sunday, May 30, 2010

Duit KWSP yang anda keluarkan..Anda bayar tak zakat dia????


MEMBAYAR zakat adalah satu kewajipan. Bagaimana pula dengan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Apakah pencarum wajib membayar zakat wang mereka yang disimpan dalam KWSP itu? Jika ya, berapakah pecahannya? Ali H
Melaka

ALLAH SWT berfirman dalam surah al-Taubah ayat 103 yang bermaksud: “Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk). Begitu juga dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat olehmu semua dan berikanlah zakat.

Imam Ibnu Kathir ketika mentafsirkan surah al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat dan tunaikan zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapatkan pahalanya di sisi Allah SWT,” menyebut Allah SWT memerintahkan mereka untuk melakukan hal yang bermanfaat bagi mereka yang pahalanya untuk mereka sendiri pada hari kiamat kelak seperti mendirikan solat dan menunaikan zakat, sehingga Allah SWT memberikan kemenangan kepada mereka dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya kalangan saksi (hari akhirat). Zakat dari segi bahasa bererti bersih dan suci, manakala dari segi syarak pula bermaksud mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu selepas mencukupi nisab dan sampai masa satu tahun atau selepas sempurna menuai (bagi tanam-tanaman). Zakat terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta. Zakat harta termasuk zakat emas dan perak, zakat wang dan perniagaan, zakat saham, zakat binatang ternakan dan zakat KWSP. Saidina Ali sudah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan sudah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya lima dirham dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu mata wang zaman dulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan sudah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” (Riwayat Abu Daud). Dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat, menyebut KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan secara mudah seperti akaun simpanan biasa. Tidak ada dalil yang mengecualikan zakat KWSP sekalipun ia untuk simpanan hari tua. Caruman wang pekerja dan majikan ke dalam KWSP dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. Oleh itu dalil wajib zakat KWSP adalah dalil wajib simpanan secara amnya. Zakatnya 2.5 peratus sekiranya mencukupi nisab semasa pada setiap kali ia dikeluarkan. Contohnya, sekiranya saudara mengeluarkan RM15,000, zakatnya adalah 2.5 peratus iaitu RM375. Wang caruman KWSP yang masih disimpan tidak wajib dizakat kerana ia belum sempurna milik dan si pencarum tidak dapat menggunakan wang itu. Saya menyarankan agar saudara mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengiraan dan sebagainya di pusat zakat negeri. Sebenarnya banyak hikmah diwajibkan zakat. Ini termasuk pertama, zakat adalah satu cara pengabdian diri terhadap Allah SWT dengan cara mengeluarkan sebahagian harta untuk diberikan kepada orang lain yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin agar turut sama mengecapi nikmat Allah SWT. Kedua, kesanggupan mengeluarkan sebahagian kecil daripada harta yang disayangi dianggap sebagai satu amalan jihad (pengorbanan) melalui harta benda demi menegakkan salah satu rukun Islam yang lima. Ketiga, membersihkan perasaan dendam dan hasad dengki orang fakir miskin terhadap golongan berada. Seterusnya untuk membersihkan segolongan ahli masyarakat umum daripada kekecewaan, yang merasakan diri mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Keempat, melenyapkan sikap cintakan harta, bakhil dan kedekut dan kelima, mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT dengan menyumbangkan sebahagiannya demi agama Allah. Wallahualam.

Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

Tony Stark dalam Iron Man..Watak Siapa Sebenarnya..


RAMAI daripada anda mungkin sudah menonton wayang The Iron Man 2. Tentu anda sudah kenal watak utama yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr. iaitu Tony Stark. Walaupun Iron Man itu sememangnya rekaan komik semata-mata tetapi watak Tony Stark adalah disandarkan kepada seorang genius yang benar-benar wujud!

Memperkenalkan Elon Musk. Pelik nama ini. Untuk seorang lelaki kulit putih berasal dari Afrika Selatan, tiada yang pelik sangat sebenarnya pada nama itu. Tetapi bagaimana dia dikaitkan dengan watak Tony Stark?

Pertamanya, dia terbabit dalam ledakan Internet, malah mencipta kekayaan pertamanya menerusinya. Kemudian dia terlibat pula dalam mencipta roket untuk bukan sekadar ke angkasa lepas tetapi sasaran ke Planet Marikh. Musk juga menarik perhatian penggemar automotif dengan model kereta elektriknya, Tesla Roadster.

Paling terbaru, Musk termasuk dalam senarai majalah Time '100 orang yang paling bakal memberi kesan kepada global pada tahun 2010'. Teristimewa, artikelnya ditulis sendiri oleh pengarah filem Iron Man 2 tersebut iaitu Jon Favreau yang mengesahkan Musk menjadi inspirasi kepadanya dalam penghasilan filem yang hangat ditayangkan sekarang. Selain itu, Musk juga dilapor membenarkan pejabat SpaceX dijadikan lokasi penggambaran babak Stark membina baju perisainya.

Ternyata watak Tony Stark adalah personifikasi kepada Elon Musk iaitu seorang jutawan tetapi pada masa yang sama, adalah jurutera luar biasa yang terbabit dalam bidang roket, angkasa lepas, kereta elektrik, tenaga solar dan Internet. Manusia pintar sebegini, hanya muncul dalam bilangan kecil setiap satu generasi.

Malah, membaca kisah latar belakangnya, terasa lebih menyeronokkan dan lebih merangsang motivasi berbanding membaca kisah Bill Gates. Satu daripada artikel panjang yang cuba menghuraikan keperibadian Musk ialah tulisan Andrew Corsello dalam majalah GQ terbitan Februari 2009.

Menurut Corsello, pada usia enam tahun lagi, Musk rajin membaca dan tidak melupakan fakta-fakta yang diserapkan ke mindanya. Adiknya akan bertanya 'berapa jauhkah agaknya tinggi bulan di angkasa'. Kakaknya menjawab 'satu bilion kilometer!. Dan Musk, tersenyum dan berkata, 'sebenarnya, jaraknya ialah 384,400 km'. Kedua-dua adik beradiknya tersentak dan merenungnya dan Musk menyangka kesenyapan itu 'jemputan' untuk bercakap lagi, berkata, 'pada kadar purata'.

Berpengaruh

Majalah Esquire pula pada keluaran Oktober 2008 menyenaraikan Musk dalam 75 orang paling berpengaruh di dunia. Di situ, dia menjelaskan mengapa dirinya memberi tumpuan besar kepada usaha penerokaan angkasa lepas. Secara ringkasnya, Musk berhujah kemungkinan dunia berdepan dengan risiko terkena tahi bintang atau letusan gunung berapi raksasa yang akan memusnahkan manusia di muka bumi. Jalan paling wajar, ialah meneroka kehidupan di luar Bumi.

Atas alasan ini, dia memulakan SpaceX. Musk berazam untuk membawa manusia ke angkasa lepas dengan menghasilkan teknologi roket dan pada masa yang sama, memastikan kos membawa manusia ke angkasa lepas boleh dinikmati ramai.

Masih belum jelas siapa Musk? Pada usia 24 tahun, Musk menghentikan pengajian peringkat doktor persuratan (Ph.D) dalam bidang fizik di universiti tersohor Stanford tidak sampai 48 jam selepas mendaftarkan diri pada 1995. Dia memilih untuk menjadi pereka perisian komputer menerusi syarikat Zip2 dan empat tahun kemudian menjualnya pada harga AS$307 juta kepada Alta Vista, satu bahagian dalam Compaq.

Hasil daripada jualan itu, Musk bersama beberapa rakan melancarkan X.com iaitu syarikat perkhidmatan kewangan dengan kaedah pembayaran menerusi e-mel. Pada tahun 2000, X.com bercantum dengan Confinity, sebuah syarikat yang asalnya ditubuhkan bagi menyalurkan wang antara perkakasan Palm Pilot dan entiti yang digabungkan menerusi pembayaran e-mel menerusi PayPal, yang dimiliki oleh Confinity. Pada Februari 2001, X.com menukar namanya kepada PayPal. Pada Oktober 2002, PayPal dibeli oleh eBay pada harga AS$1.5 bilion dalam bentuk saham. Sebelum jualan itu, Musk sebagai pemegang saham terbesarnya, memiliki 11.7 peratus ekuiti.

Meneruskan cita-citanya, Musk melancarkan syarikat ketiganya, Space Exploration Technologies (SpaceX) yang kini dia menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi. SpaceX membangun dan mengeluarkan roket ke angkasa lepas.

Pada 23 Disember 2008, SpaceX diberi kontrak bernilai AS$1.6 bilion oleh Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) untuk melancarkan 12 penerbangan roket angkasa lepas Falcon 9 dan Dragon ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) bagi menggantikan Space Shuttle yang dihentikan perkhidmatan tahun ini.

Di peringkat permulaan, roket milik Musk itu berfungsi mengangkut kargo manakala angkasawan menaiki roket Rusia, Soyuz. Pada masa ini, Musk masih melobi untuk mendapat kontrak mengangkut angkasawan AS ke ISS.

teknologi

Kalau kita berhenti sejenak dan fikirkan mengenai industri angkasa lepas. Selama ini, ia dikuasai oleh syarikat gergasi seperti Northrop Grumman, Lockheed Martin, Boeng dan sebagainya. Malaysia sendiri menggunakan teknologi firma Perancis untuk melancarkan satelit Measat. Tetapi SpaceX ini lahir sebagai sebuah 'syarikat baru bermula' tetapi kerana ia didokong oleh manusia pintar seperti Musk, era angkasa lepas diteroka oleh syarikat biasa, sudah bermula.

Sebagai penggemar kereta, saya mengaku pertama kali terbaca mengenai Musk bila dia memperkenalkan kereta elektrik Tesla Roadster pada Oktober tahun lalu. Tatkala persoalan mengenai pentingnya industri automotif mencari sumber alternatif kepada bahan api tradisional iaitu minyak petrol dan kemudian terdengar keluhan pembuat kereta bahawa kos melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas kereta elektrik sangat tinggi, tiba-tiba Musk muncul dengan Tesla Roadster.

Lebih memalukan industri automotif global, Musk bukan orang yang dikenali pun sebagai 'orang automotif' seperti Carlos Ghosn misalnya. Namun, kemunculannya bersama Tesla adalah manifestasi wawasannya untuk mewujudkan persekitaran lebih hijau kepada Bumi. Malah, Tesla disasarkan untuk menghasilkan kenderaan elektrik yang mampu dimiliki oleh ramai orang. Tesla Roadster mungkin sedikit premium tetapi Musk berhujah bahawa harganya yang mahal bertujuan menampung kos R&D untuk model untuk pengguna umum kelak. Sudah ada majalah automotif menyamakan wawasan Musk dengan Henry Ford yang menghasilkan Model T untuk kegunaan rakyat umum.

Lebih menarik, Musk menawarkan kepada syarikat-syarikat pengeluar kereta supaya menggunakan enjin elektrik yang dikeluarkan oleh Tesla Motors supaya boleh menjadi pemangkin kepada R&D kereta elektrik masing-masing. Harap Proton mengambil perhatian dalam hal ini. Talian hubungan Tesla Motor boleh diperolehi di www.teslamotors.com

Nanti bila Elon Musk berkunjung ke Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan mendengar ceramahnya. Ia pasti menjana semangat untuk memajukan diri tanpa sekatan waima ke angkasa lepas sekali pun!

oleh: JOHARDY IBRAHIM

Mukallaf terhalang terima seruan dakwah tidak diseksa


SAYA ingin bertanya, bagaimanakah keadaan orang yang tidak pernah sampai kepadanya dakwah Islam (mungkin kerana tinggal tempat yang jauh dalam hutan dan seumpamanya), pada hari akhirat kelak? Adakah dia turut diseksa? Apakah ada sebarang dalil mengenainya? Diana
Lembah Keramat.

SESUNGGUHNYA Allah SWT berfirman dalam surah al-Israk ayat 15 yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehinggalah Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)

Jika dakwah Islam tidak pernah sampai kepada seseorang, ia bukanlah mukallaf yang patut diseksa. Maksud mukallaf iaitu orang yang terkena beban taklif atau keberatan syariat. Allah SWT berfirman pada ayat 286 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Allah tidak mentaklifkan (memberati) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.” Syarat taklif itu adalah pertama, berakal; kedua, dewasa; ketiga, selamat pancaindera, walaupun hanya pendengaran atau penglihatan saja manakala keempat, sampai kepadanya dakwah rasul. Maka seseorang yang dilahirkan dalam keadaan buta dan tuli, bukanlah ia mukallaf. Tidak mungkin dakwah rasul sampai kepadanya kerana penglihatan dan pendengaran adalah pancaindera penting untuk seseorang memperoleh ilmu. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nahl ayat 78 yang bermaksud: “Dan Allah mengeluarkan kamu dalam perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur.” Demikianlah juga bagi orang yang tinggal di pergunungan pedalaman yang tidak pernah sampai dakwah rasul. Maka orang seperti ini tidak akan diseksa kerana melanggar peraturan syariat yang tidak sampai kepadanya. Di dalam kitab Tahqiqul Maqam ala Kifayatil Awam bagi al-‘Allamatul Bajuri, halaman 13, sebagai berikut: Maka tiap orang yang sampai kepadanya ajakan rasul daripada rasul-rasul, sekalipun Adam ditaklifkan kepadanya iman, sekalipun ia bukan diutus kepadanya. Maka barang siapa yang ingkar dan angkuh untuk mengikutinya, berhaklah ia mendapat seksaan. Dan adapun orang yang tidak sampai kepadanya ajakan rasul dengan bahawa terpencil di sudut-sudut negeri, maka dia mendapat uzur (pengecualian). Dan ada orang yang mengatakan: “Tidaklah memadai hal itu padanya. Bahkan diiktibarkan tiap-tiap rasul serta umatnya. Dan ini ialah sahih. Maka ahli fatrah dan mereka itu adalah orang yang tidak adalah mereka pada masa rasul atau tidak pernah diutus kepada mereka sesuatu, selamatlah mereka, walaupun kiranya mereka itu menyembah berhala kerana keuzuran mereka dan Allah SWT akan memberikan kepada mereka itu tempat daripada Jannatul Ikhtishah iaitu syurga khusus yang bukan daripada Jannatul Amal kerana mereka belum mempunyai amal. Inilah pentahqiqan masalah ini, perhatikan sungguh-sungguh. Wallahualam.

Bersama Ustaz Zahazan Mohamed


Al-Razi tinggalkan khazanah tafsir, fikah, perubatan, geometri


RAMAI ilmuwan Islam contoh yang kita dapati dalam khazanah ketamadunan Islam yang memiliki kemahiran dalam satu-satu bidang ilmu. Tetapi sangat sedikit kita dapati ilmuwan Islam yang menguasai ilmu dunia dan ilmu wahyu layaknya seorang ulul albab. Salah satu daripada mereka ialah al-Razi. Menurut Sami al-Nasysyar, keilmuan al-Razi dikesan dalam 97 buku yang dihasilkannya. Ia merangkumi bidang al-Quran (tafsir) sebanyak lima buah; ilmu kalam sebanyak 40 buah; falsafah sebanyak 26 buah; bahasa Arab tujuh buah; fikah dan usul fikh lima buah, perubatan tujuh buah, geometri lima buah dan sejarah dua buah.

Daripada apa yang dikesan al-Nasysyar di atas dapatlah kita simpulkan bahawa al-Razi adalah seorang ulul albab yang luar biasa. Beliau telah meninggalkan khazanah dunia yang tidak ternilai dan tersebar di merata dunia

Ibnu Nadim dalam al-Fihrist menulis mengenainya: ”(Dia) seorang ilmuwan terbilang dan satu-satunya pada zamannya serta terhimpun dalam dirinya ilmu orang terdahulu khasnya ilmu perubatan.” Ibnu Abi Usaibu’ah dalam ‘Uyun al-Anba’ menyifatkan al-Razi dengan katanya: “Al-Razi adalah seorang yang pintar, cerdik dan belas kasih kepada pesakitnya, bersungguh-sungguh dalam mengubati mereka agar sembuh dengan pelbagai cara yang sesuai, berkesinambungan dalam membuat kajian mengenai rahsia industri perubatan dan menerokai hakikatnya.” Kemasyhuran al-Razi sebagai doktor bukan saja di Timur, tetapi juga di Barat; sehingga dikenali sebagai ‘Rhazes’ dan mendapat gelaran ‘The Arabic Galen’ merujuk kepada pakar perubatan Barat. Al-Razi pada mulanya berminat dengan muzik sebelum mempelajari ilmu perubatan, matematik, astronomi, kimia dan falsafah. Antara guru beliau ialah Hunain ibn Ishaq, seorang pakar ilmu perubatan Greek lama, Parsi dan India serta Ali ibn Rabban. Bukunya al-Hawi (Liber Contines) yang mengandungi 20 jilid adalah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang menjadi buku rujukan perubatan di Eropah dan menjadi satu daripada sembilan buku rujukan yang ada dalam perpustakaan Fakulti Perubatan, Universiti Paris pada 1394. Artikel ilmiahnya berkenaan penyakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) iaitu al-Judari wa al-Hasbah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dan diulang cetak sebanyak 40 kali dalam masa antara 1498-1866M. Ketika al-Razi memimpin Muqtadiri Hospital di Ray selama enam tahun dari 290 Hijrah hingga 296 Hijrah, beliau telah menulis buku yang dipersembahkan kepada Gabenor Mansur ibn Ishaq dan buku itu diberi tajuk Kitab al-Mansuri dalam ilmu perbedahan. Dalam buku itu terkandung 10 penemuan berkaitan pembedahan dan dianggap karya tulen yang mencerminkan kematangan dan kepakaran al-Razi dalam perubatan moden.

Oleh Abdurrahman Haqqi

Saturday, May 29, 2010

Sejak bila Malaysia ni sama dengan Greece???


KITA kerap melihat pelbagai iklan di media, terutama di televisyen yang memaparkan bagaimana baiknya produk-produk tertentu. Selain menunjukkan betapa macho, bergaya, cantik, sihat dan seribu satu macam kebaikan yang mungkin diperoleh daripada sesetengah produk, ada kalanya pengiklan menggunakan unsur menakutkan pengguna seperti iklan ubat gigi iaitu kalau tak digunakan, kuman akan merayap ke seluruh gigi dan gusi. Begitu juga kalau tak mahu kelemumur, gunakan syampu ini atau itu dan kalau tidak minum susu berkenaan, tulang boleh reput dan macam-macam lagi yang boleh mendorong pengguna yang bebal berkejar terus ke kedai mencari barang yang diiklankan.

Tidak siapa menyelidik tentang tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh produk-produk. Ada produk yang membunuh kuman yang menyebabkan bau mulut, kata iklan tersebut. Betul ke? Berapa botol perlu digunakan, baru boleh mati kuman tersebut?

Nampaknya Datuk Seri Idris Jala menggunakan taktik yang sama untuk menjual pembasmian subsidi kerajaan. "Kalau tidak dibasmi subsidi dalam sembilan tahun, kita akan muflis macam Greece," kata Idris dalam satu laporan akhbar semalam. Masalah Greece tidak sama dengan kita. Greece dianugerahkan taraf 'hampas' (junk) oleh syarikat S&P. Greece telah menipu rakyat mereka selama 10 tahun kerana ingin menyertai Kesatuan Eropah yang memerlukan negara mempunyai defisit kewangan tidak lebih daripada tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka. Apabila kerajaan baru mengambil alih pada November 2009, barulah terdedah keadaan kewangan yang sebenar. Kerajaan Greece telah 'joli' selama 10 tahun kerana kewujudan 'duit murah' dan kerajaan tersebut telah joli sehinggalah hutang mencecah Euro 300 bilion.

Di Malaysia, hutang negara setakat ini adalah dalam lingkungan RM239 bilion iaitu 54 peratus daripada KDNK untuk tahun 2009. Defisit kewangan kita pada masa ini adalah 7.3 peratus. Untuk kita jadi bankrap dalam masa sembilan tahun lagi, ia bukan hanya disebabkan subsidi diteruskan tetapi termasuklah faktor lain seperti ketirisan, kebocoran dan pembaziran yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun yang bernilai berbilion ringgit. Penghujung daripada pembaziran yang dilakukan ini tidak diketahui. Hanya kalau ada yang didapati bersalah, lebih-lebih pun mereka akan ditukarkan ke jabatan atau kementerian lain. Wang yang dibazirkan itu tidak balik kepada kerajaan.

Selain itu, umum sedia maklum kadang-kadang ada projek yang memakan belanja lebih daripada peruntukan awal. Bukan saja Bakun tetapi banyak lagi projek yang mengalami lebihan kos. Amalan melonjakkan kos sesuatu projek juga satu jalan mengalirnya keluar wang kerajaan yang diperuntukkan untuk pembangunan. Kita lihat sahaja berapa jumlah belanjawan yang diperuntukkan untuk satu-satu tahun. Untuk tahun 2010, sebanyak RM200 bilion dan semua orang tahu bila cukup tahun, ada saja jabatan yang akan bertindak selaku 'Santa Claus' untuk menghabiskan peruntukan yang diberi.

Sememangnya kita memerlukan keputusan yang perit apabila memotong subsidi. Maklumlah rakyat sudah naik 'lemak' dengan subsidi sehinggakan banyak juga penyeludupan minyak dan gula, misalnya ke negara jiran. Ia mungkin tidak dapat dielakkan. Pada waktu yang sama, sebarang kenaikan harga makanan dan tenaga seperti tarif elektrik tentu sekali akan mendatangkan kesan kepada kos sara hidup.

Kita difahamkan sebanyak 60 peratus daripada yang diberikan SMS telah bersetuju subsidi dimansuhkan. Siapa mereka ini? Kita semua tahu terdapat pelbagai golongan dalam masyarakat kita.

Ada golongan kaya raya yang tidak peduli ada subsidi atau tidak. Tetapi golongan 40 peratus yang berpendapatan RM1,500 tentu sekali akan merasakan roti canai naik, teh tarik naik. Walaupun ada rancangan untuk memberikan baucar kepada sesetengah golongan ini, ia memang baik tetapi perlu dipantau dengan rapi supaya tidak jadi seperti nelayan yang dapat subsidi diesel, kemudian menjualnya dan tidak pergi ke laut atau subsidi baja yang dijual tidak digunakan. Amalan inilah yang mewajarkan pemansuhan subsidi. Tidak kira mereka berpendapatan rendah atau tidak, kalau didapati menyalahgunakan kemudahan yang diberikan, mesti ada sistem yang boleh menghukum mereka dan jangan diberikan kemudahan itu lagi.

Kepada sesetengah golongan rakyat, subsidi sudah dikira sebagai sesuatu yang 'take for granted' dan tidak dianggap sebagai subsidi dan disebabkan ia akan melibatkan bahagian yang bakal mendatangkan kesan yang besar kepada harga barangan, golongan ini agak payah menerima hujah-hujah yang mewajarkan pemotongan subsidi kepada mereka.

Golongan teknokrat seperti Idris Jala mungkin tidak ambil kira faktor pilihan raya umum 2013 nanti atau lebih awal daripada itu. Ini akan menjadi satu isu yang bakal akan dilambung setinggi-tingginya oleh pihak pembangkang walaupun mereka sendiri melihat kewajaran subsidi itu dipotong.

Dan kalau isu ini boleh menjatuhkan kerajaan, tak payahlah kita bercakap 2010 atau 2009 lagi atau apa model ekonomi sekali pun. Oleh itu, isu ini perlu dikaji dengan teliti kerana kita tidak boleh lari daripada implikasi politik dalam persekitaran negara kita.

Apa yang perlu dipertimbangkan juga adalah pemotongan di pihak-pihak lain seperti dalam syarikat-syarikat milik kerajaan supaya kita tidak lagi rugi sampai RM500 juta atau membeli bas yang tidak boleh dipakai berharga berjuta-juta ringgit. Saya percaya lebihan-lebihan yang diperoleh syarikat-syarikat milik kerajaan dan agensi-agensi kerajaan dapat menampung negara kita daripada bankrap. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mempunyai aset hampir RM500 bilion. PNB sahaja sudah berjaya mengumpul sebanyak RM70 bilion. Dan kita ada lagi banyak agensi lain seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Lembaga Urusan Tabung Haji.

Saya mempunyai keyakinan penuh tentang keupayaan kita untuk mengurus kewangan kita dengan baik dan mengelak kita daripada menjadi negara muflis. Tetapi anggapan yang sama tidak boleh dipanjangkan kepada sesetengah negeri dalam negara kita. Terpulanglah kepada mereka memastikan yang mereka tidak muflis.

Kalau pemotongan subsidi yang dikatakan bernilai RM74 bilion bertujuan mengukuhkan keadaan kewangan negara, usaha yang sama perlu dilakukan melibatkan lain-lain perbelanjaan kerajaan. Ini perlu dilihat secara gambaran yang besar dan tidak tertumpu kepada subsidi sahaja.

Subsidi tidak perlu diberi kepada mereka yang kaya, tidak perlu diberi kepada rakyat asing yang datang isi minyak kereta di sini atau yang duduk di sini. Subsidi perlu diberi kepada mereka yang miskin dan daif dan penguatkuasaan atas pemberian ini perlu tegas dan praktikal.

sumber: utusan

Bila nak selesai isu pembantu rumah..tolonglah kami!!!


SAYA amat tertarik dengan tulisan WARGA KOTA KITA bertarikh 24 Mei 2010 berkenaan dengan Wajarkah diberi Pasport dan cuti kepada pembantu rumah.

Baris ayat "Janganlah kita mengambil keputusan semata-mata untuk mempamerkan sifat pemurah kita, sedangkan rakyat kita yang akan menanggung sengsara jangka panjang" lebih menarik perhatian saya untuk turut memberi maklum balas.

Mengambil pembantu rumah melalui ejen sudah membuatkan poket kita rabak. Kos pengambilan dari ejen yang tidak bertauliah adalah antara RM5,500 ke RM6,000, manakala melalu ejen yang kononnya terlatih dan bertauliah memakan kos dari RM7,000 ke RM8,000.

Pada masa dahulu, pembantu rumah mungkin hanya diambil oleh mereka yang betul-betul berkemampuan. Tetapi sekarang apa yang saya perhatikan, mempunyai pembantu rumah seperti satu keperluan. Tuntutan kerja untuk menanggung kehidupan di bandar besar terutamanya, memaksa suami dan isteri keluar ketika gelap pagi dan balik ketika gelap malam.

Menghantar anak di pusat penjagaan yang kebanyakan hanya beroperasi seawal 7 pagi dan selewat 7 malam sudah menjadi tidak praktikal lagi.

Ini belum dicampur dengan keadaan jalan raya yang sesak yang menyebabkan kita tersangkut lebih lama di jalan raya berbanding di rumah. Keadaan ini pasti memeningkan kepala ke mana anak kita harus dihantar sekiranya tidak dapat mengambilnya pada masa yang sepatutnya.

Hal anak tentu sekali menjadi keutamaan kenapa kita menggajikan pembantu rumah. Anak lebih terurus di rumah ketika kita keluar bekerja.

Mengambil pembantu rumah dengan kos permulaan yang tinggi tentu sekali sudah memberi bebanan kepada kewangan kita.

Namun, hakikat pembantu rumah bagai sudah menjadi keperluan, membuatkan kita terpaksa berkorban untuk permulaannya.

Kita telah menyetujui bayaran gaji kepada mereka adalah RM500 sehingga RM600. Kesemua keperluan mereka, kita tanggung, dari makan, tempat tinggal, sabun, berus gigi sehinggalah ke tuala wanita mereka kita sediakan.

Tidak semua yang mengambil pembantu rumah ini mendiami rumah besar, yang memerlukan penjagaan yang lebih.

Lihatlah dari perspektif yang lebih luas, pembantu rumah di sebuah kediaman seperti apartmen, tiga bilik tidur, dua bilik air, halaman rumah tidak berumput atau berpokok bunga pun yang perlu dijaga.

Hanya perlu melakukan kerja rutin penjagaan biasa sahaja, dan layakkah mereka diberikan cuti seminggu sekali?

Sekiranya cuti tidak diberi, kita menyetujui pula untuk mereka diberi elaun? Banyak manakah jumlah elaun itu? Kalau sebulan, jika dikumpul elaun kerja tambahan itu sudah menjadi berapa?

Jadi gaji pembantu rumah sebulan nampaknya bukan lagi RM500-600, tapi jika ditambah elaun mereka mungkin menerima bersih sehingga RM700 atau lebih. Bukankah itu sudah mewah?

Mengenai pasport pula, atas alasan apakah yang membuatkan kita begitu yakin untuk memberi hak kepada mereka untuk memegang pasport sendiri?

Tidakkah golongan yang sememangnya lebih bijaksana dari saya ini terfikir, terlalu banyak ruang yang kita beri kepada mereka. Mereka boleh saja pada bila-bila masa melarikan diri meninggalkan anak di rumah ketika kita sedang mencari nafkah di tempat kerja.

Tidakkah para bijaksana pernah memikirkan keadaan anak yang umurnya 2-6 bulan yang sepatutnya diberikan makan setiap 2-3 jam tapi sekiranya ditinggalkan begitu saja?

Kepada para bijaksana, lihatlah dari perspektif yang lebih luas, kasihanilah kami. Ingin sekali lagi saya memetik baris ayat saudara WARGA KOTA KITA, "Janganlah kita mengambil keputusan semata-mata untuk mempamerkan sifat pemurah kita, sedangkan rakyat kita yang akan menanggung sengsara jangka panjang" dan sama-samalah kita renungkan.

SUMI

Subang Jaya

Perjuangan Cuepacs patut sama rata

SAYA tertarik dengan luahan Wong Khoo Lai dari Kulai, Johor terhadap perjuangan Cuepacs berkaitan penjawat awam dalam kategori pengurusan dan profesional dalam ruangan ini.

Pada pendapat saya, dalam keghairahan Cuepacs memperjuangkan nasib kumpulan sokongan satu dan dua, jangan dilupakan nasib kakitangan pengurusan dan profesional terutama gred 41 kerana kumpulan ini berada di tengah-tengah.

Dalam kenaikan gaji sebelum ini, kumpulan sokongan mendapat kenaikan antara 25 hingga 35 peratus, tetapi bagi gred 41 cuma 10 peratus

Cuba bayangkan di saat penjawat awam kumpulan sokongan bergembira dengan kenaikan, kumpulan ini cuma berpuas hati dengan kenaikan RM160, sedangkan gred 36 dan 38 dapat kenaikan lebih.

Bagi kami yang baru berkhidmat atau dinaikkan pangkat hanya bersyukur dengan apa yang kami dapat saja.

Untuk makluman Cuepacs, kami di gred 41 tidak layak menuntut elaun lebih masa walaupun kami terpaksa bekerja lewat malam atau kelepasan am, berbanding kumpulan sokongan satu dan dua yang layak tuntut elaun lebih masa.

Ada antara kami yang menyambung pelajaran bagi menambah kemahiran dan pengetahuan pada peringkat sarjana, namun apabila kami sudah menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah sarjana, gaji kami masih pada takuk lama.
Sepatutnya, ada sedikit anjakan gaji sebagai ganjaran terhadap pengorbanan dilakukan. Kami korbankan masa, tenaga dan wang ringgit bagi menambah ilmu untuk meningkatkan lagi mutu kerja.

Cuepacs juga harus memperjuangkan kenaikan pangkat kumpulan pengurusan dan profesional ini sama rata tidak kira apa skim seperti pegawai tadbir dan diplomatik, doktor, cikgu yang kenaikan pangkat mereka sudah ditetapkan.

AMIRUL,
Bangsar, Kuala Lumpur

OKU tiada keistimewaan guna wad kelas satu


TULISAN saya mengenai orang kurang upaya (OKU) minggu lalu mendapat maklum balas daripada golongan senasib. Semua menyuarakan rasa kurang puas hati terhadap keperluan, kemudahan dan perkhidmatan disediakan untuk OKU. Masalah yang diceritakan memang kurang enak dibaca atau didengar, seolah-olah golongan ini dipinggirkan dalam menikmati kehidupan sebagai manusia biasa. Bagi mereka, masalah yang diutarakan bukan perkara baru, ia bagaikan sudah menjadi darah daging OKU di Malaysia.

Seperti yang disebutkan, masalah saya mungkin tidak seteruk OKU lain. Begitu pun dalam tempoh empat tahun menjadi OKU, saya dapat berasakan kesulitan dialami golongan ini.

Dalam beberapa e-mel diterima, saya tertarik dengan kiriman dua pembaca yang mengungkapkan kemudahan dan keistimewaan OKU yang diberikan kerajaan hanya untuk orang tua, kanak-kanak, miskin dan berpendidikan rendah. Menceritakan pengalamannya, pembaca ini pernah memohon Elaun Pekerja Cacat, tetapi ditolak kerana gajinya dikatakan tinggi. Seorang lagi pembaca, kurang puas hati kerana terpaksa membayar rawatan di hospital kerajaan kerana tinggal di wad kelas satu. Katanya, beliau faham perlu membayar RM70 sehari untuk tinggal di wad kelas pertama. Ia tidak menjadi masalah dan bayaran itu ditanggungnya sendiri. Namun, ketika membuat pembayaran, beliau dikenakan bayaran rawatan selain bilik. Apabila ditanya, petugas kaunter memberitahu perlu membayar perkhidmatan rawatan lain kerana tinggal di wad kelas satu. Apa yang dipertikaikan pembaca ini dia memang layak menerima rawatan percuma kerana memiliki kad OKU. Apa yang lebih menghairankannya, beliau tidak perlu membayar sesen pun ketika menerima rawatan di hospital kerajaan pada masa lain. Malangnya, ketika tinggal di wad kelas satu, keistimewaan dan kelayakan itu hilang. Soalannya, adakah OKU tidak layak tinggal di wad kelas satu walaupun mampu? Katanya, menjadi haknya untuk mendapat rawatan percuma sebagai OKU tidak kira di wad kelas mana dia tinggal di hospital kerajaan. Kita masih ingat dengan berita rasa tidak puas hati sekumpulan OKU tidak lama dulu apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dikatakan menarik semula bantuan kepada mereka hanya kerana memiliki televisyen dan Astro. Persoalan mereka juga sama, adakah OKU tidak boleh hidup seperti orang upaya lain dengan menonton televisyen atau memiliki Astro. Adakah OKU mesti hidup susah atau miskin untuk mendapat bantuan atau menerima keistimewaan yang disediakan kerajaan? Dakwaan ini mungkin tidak benar, tetapi seorang lagi pembaca menyarankan saya melihat senarai OKU yang menerima bantuan kerajaan untuk mendapat jawapannya. Beliau pasti, kebanyakan mereka adalah orang miskin, tua, kanak-kanak dan berpendidikan rendah. Pada saya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku seperti yang termaktub dalam Akta OKU yang diluluskan di Parlimen pada 24 Disember 2007 dan diwartakan pada 24 Januari 2008 serta dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Akta ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep berasaskan hak. Akta ini membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat lain. Akta ini memperuntukkan perihal pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pemban-gunan dan kesejahteraan OKU. Tidak sepatutnya timbul masalah seperti itu kerana OKU perlu diberikan hak yang layak diterima sebagai OKU. Begitu pun, kita tidak boleh menafikan bahawa kerajaan, khususnya melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat banyak berusaha menjadikan hidup OKU bertambah baik dari semasa ke semasa. Pelbagai usaha program dilaksanakan untuk kesejahteraan OKU di negara ini. Dalam bajet setiap tahun, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini. Ada saja galakan, imbuhan dan elaun disediakan untuk kita. Saya juga berpandangan, usaha kerajaan, terutama dalam menyediakan persekitaran mesra OKU dapat dilaksanakan tanpa kesedaran orang ramai, penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan dan garis panduan piawai dalam pembinaan infrastruktur untuk golongan ini. Kurangnya kesedaran awam menyebabkan infrastruktur yang dibina untuk OKU disalah gunakan orang ramai. Undang-undang yang baik pula tanpa penguatkuasaan sewajarnya tidak dapat mewujudkan persekitaran mesra OKU. Kurangnya kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan menjadikan hampir mustahil untuk mewujudkan persekitaran mesra OKU kerana pihak berkuasa tempatan mempunyai bidang kuasa sendiri, hak untuk membuat undang-undang dan merancang bajet mereka. Kini tidak ada dasar selaras dan jelas mengenai piawaian yang diperlukan dalam pembinaan infrastruktur yang mesra OKU. Hal ini menyukarkan pemilik bangunan menyediakan kemudahan sesuai bagi golongan itu. Contohnya, Jabatan Kerja Raya mempunyai spesifikasi sendiri bagi kaki lima dan kawasan pejalan kaki yang berbeza daripada piawaian Malaysia.

sumber: bharian

Woit Astro !!!! Awat Iklan banyak sangat!!!


SAYA ingin membuat aduan terhadap stesen televisyen berbayar Astro yang terlalu banyak menyiarkan iklan komersial ketika bersiaran. Tujuan utama saya melanggan Astro adalah untuk menonton rancangan TV tanpa gangguan iklan. Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila Astro kerap menyiarkan iklan dan promosi saluran lain. Ini tidak termasuk masalah rancangan yang diulang dan tidak dapat menonton apabila hujan. Sejak akhir-akhir ini, saya tidak nampak perbezaan antara menonton rancangan di Astro dan siaran lain.

Kalau siaran di TV sedia ada penuh iklan berbayar saya boleh faham dan terima sebab periuk nasi mereka bergantung kepada iklan dan saya tidak perlu bayar untuk menonton. Namun, saya tidak boleh terima apabila Astro dengan galaknya menyiarkan iklan di siaran yang dibayar oleh pelanggannya.

Adakah tidak cukup duit langganan diperoleh Astro yang memonopoli siaran berbayar? Memang benar sebagai pengguna jika kita tidak suka kepada perkhidmatan disediakan, kita cuma perlu menghentikan langganan. Namun di Malaysia tiada perkhidmatan alternatif disediakan bagi pengguna untuk memilih. Pengguna tiada pilihan dan terpaksa melanggan Astro. Saya rasa isu perkhidmatan yang teruk ini tidak akan timbul sekiranya Astro mempunyai saingan daripada pembekal satelit lain. Saya pasti Astro tidak akan sewenang-wenangnya menyiarkan iklan, kerap mengulang rancangan yang sudah disiarkan dan menaikkan kadar langganan apabila terpaksa berdepan pesaing lain. Saya amat berharap pihak kementerian berkaitan, Suruhanjaya Multimedia mengambil serius masalah ini. NOORAZIAH YAAKUB, Shah Alam, Selangor

Saman bukan langkah berkesan didik pemandu

SAYA amat tertarik dengan cadangan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengenakan kompaun minimum RM300 bagi pesalah liat membayar denda baru-baru ini. Dalam kenyataan itu juga dinyatakan kira-kira 16.9 juta saman tertunggak antara 2000 hingga 2008 dengan nilai kompaun dianggarkan berjumlah RM2.5 bilion.

Antara cadangan lain bakal dikemukakan JPJ ialah memansuhkan pemberian diskaun, menetapkan kompaun baru (untuk diguna pakai bersama dengan pihak polis dan pihak berkuasa tempatan) bagi setiap kesalahan trafik dan membezakan nilai kompaun bergantung kepada kesalahan berkaitan tingkah laku negatif pemandu, tingkah laku pasif, teknikal dan lain-lain kesalahan.

Kesimpulan yang mungkin diperoleh daripada kenyataan pihak JPJ ialah ramai rakyat Malaysia tidak memandu secara berhemah dan kerap melakukan kesalahan jalan raya. Mereka juga pesalah tegar atau kerap mengulangi kesalahan sama, tetapi pada masa sama, enggan bertanggungjawab di atas kesalahan dilakukan.

Mungkin cadangan itu ada logiknya. Jika dianalisis daripada statistik kemalangan jalan raya, Malaysia merekodkan hampir 1,000 kemalangan dan 17 kehilangan nyawa sehari. Dari segi nilai wang, kita kehilangan lebih RM9 bilion setahun akibat kemalangan. Kebanyakan kemalangan itu berpunca atau berkait rapat dengan faktor manusia.

Ringkasnya, ketidakpatuhan kepada undang-undang dan kecuaian pemandu kita di jalan raya mengundang pelbagai implikasi buruk kepada negara.
Persoalan yang mungkin bermain di fikiran kita ialah mengapa ini berlaku? Mungkinkah rakyat kita ini secara semula jadinya cuai dan tidak bertanggungjawab?

Fahamkah mereka kepada undang-undang atau mungkin juga mereka sengaja enggan mematuhinya? Kenapa pula undang-undang sedia ada, gagal mengawal fenomena ini daripada terus berleluasa? Salah siapa sebenarnya? Pemandu, undang-undang atau penguatkuasaan?
Tentunya ramai daripada kita tidak bersetuju dengan cadangan JPJ itu. Menaikkan nilai kompaun atau menetapkan lebih banyak bentuk hukuman rasanya tidak akan berupaya menyelesaikan masalah sedia ada. Hukuman sedemikian walaupun sudah sekian lama dikuatkuasakan, ia ternyata tidak begitu berkesan dan mungkin boleh agak lapuk ditelan zaman.

Idealnya, kita memerlukan paradigma baru dalam memperbaiki keadaan. Sebagai permulaan, mungkin kita boleh menilai semula sejauh mana keberkesanan modul pendidikan untuk latihan memandu dan sistem pemberian lesen yang diguna pakai pihak berkuasa di negara ini. Adakah ia cukup mantap dan efektif?

Perlukah ia dirombak atau ditambah baik atau mungkin juga boleh dimasukkan elemen lain yang lebih kontemporari dan relevan dengan senario masa kini? Rasanya sistem sedia ada, gagal melahirkan pemandu berdisiplin, patuh kepada undang-undang dan kompeten dalam mengendalikan kenderaan dalam situasi yang semakin mencabar.

Hak menggunakan jalan raya bukan boleh dipandang remeh dan tentunya tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya. Mungkin kriteria penganugerahan lesen yang wujud masa kini tidak cukup komprehensif dan terlalu simplistik.

Dalam erti kata lain, kemahiran psikososial serta kecerdasan emosi juga memainkan peranan penting dalam menentukan kesesuaian dan kelayakan seseorang individu untuk memiliki lesen memandu.

Langkah seterusnya ialah memastikan proses penguatkuasaan dan hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan turut diperbaiki. Penekanan terhadap unsur menghukum dan bukannya mendidik, perlu difikirkan semula.

Teori psikologi mengenai pembelajaran jelas membuktikan menghukum kerap kalinya gagal menghasilkan kesan berterusan atau mencapai objektif disasarkan. Tambahan pula apabila hukuman diberikan tidak setimpal atau tidak boleh menghasilkan impak diingini, maka ia tidak akan memberi sebarang manfaat kepada individu terbabit.

Kalau prinsip ini mahu diteruskan, pengubahsuaian perlu dilakukan. Hukuman harus disesuaikan dengan kesalahan yang boleh memberi keinsafan dan kesedaran kepada pesalah.

Alternatifnya, kita mungkin boleh beralih kepada konsep peneguhan (reinforcement). Kaedah ini dipercayai lebih efektif dalam memberi didikan dan pengajaran terutama untuk mengubah sesuatu tingkah laku manusia.

Secara mudahnya, jika seseorang itu melakukan kesalahan, sesuatu keistimewaan dimiliki mereka akan ditarik balik atau sekiranya mereka melakukan kebaikan, ia akan dikembalikan atau mungkin diberi penghargaan dalam bentuk lain.

Majoriti pakar psikologi berpendapat bahawa pembelajaran melalui konsep ini jauh lebih berkesan bagi membentuk atau memperbaiki sesuatu tingkah laku secara konsisten dan berpanjangan.

Syarikat insurans di negara ini sebenarnya sudah lama mengaplikasikannya dalam perniagaan mereka. Individu yang tidak membuat sebarang tuntutan insurans pada satu-satu tempoh tertentu akan diberi ganjaran dalam bentuk wang atau diskaun, manakala mereka yang ada membuat tuntutan, akan kehilangan ganjaran itu.

Oleh demikian, pemandu secara amnya sudah dididik secara tidak langsung untuk memandu secara berhemah (dan tidak terbabit dengan kemalangan) untuk memperoleh ganjaran pada akhir tempoh ditetapkan.

Elemen ‘personal touch’ atau sentuhan peribadi juga perlu dikembalikan. Memberi saman melalui sistem automatik atau saman ekor bukanlah satu idea yang baik. Walaupun ia boleh menjimatkan masa dan tenaga kerja atau memberi pulangan lumayan, aura sentuhan serta unsur nasihat yang ingin disampaikan kepada mereka yang melakukan kesalahan tidak lagi wujud.

Namun seperti kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hendak seribu daya dan jika tidak mahu, seribu dalih boleh diberikan. Sekarang adalah masa sesuai untuk berubah dan ia mesti dibuat segera demi kepentingan bersama.


Oleh Dr Wan Mohd Rushidi


Penulis ialah Pakar Perunding Psikiatri & Psikologi, Unit Perubatan Neuro-Behavior, Pusat Perubatan Kedah

Friday, May 28, 2010

Asal usul Bani Israel


BANI Israel berasal daripada keturunan Nabi Yaakub. Mereka telah menerima Taurat daripada Nabi Musa. Kesan daripada penerimaan kitab Taurat telah menyebabkan mereka menganggap agama yang dipusakai daripada nenek moyang mereka itu diturunkan untuk mereka semata-mata. Di antara dua belas suku Bani Israel, yang terbesar sekali adalah keturunan suku yang kedua iaitu Yahuda. Daripada Yahuda, lama-kelamaan menjadi kebiasaan bagi mereka menyebut diri mereka sebagai Yahudi dan agama mereka iaitu agama Yahudi.

Selain menyampaikan dakwah kepada orang Arab, Qahthan dan Adnan, para nabi pada zaman itu diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan dakwah kepada Bani Israel. Ini kerana mereka mempunyai satu suku yang terbesar di Madinah iaitu terdiri daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa, Bani Quraizah dan lain-lain suku yang kecil.

Pada zaman itu, kaum Bani Israel merupakan satu bangsa di dunia yang paling banyak menerima rahmat dan nikmat serta tuntutan-tuntutan daripada Allah. Bukan hanya nikmat yang merupakan hasil bumi dan binatang-binatang serta kekayaan-kekayaan alam sahaja, yang dianugerahkan Allah kepada mereka tetapi juga kekuasaan, kepintaran dan sebagainya.

Allah juga memberi rahmat kepada mereka dengan melepaskan mereka daripada beberapa seksaan ketika mereka berada di Mesir di bawah jajahan Firaun. Mereka dilepaskan dan dimerdekakan daripada kehinaan dan ketakutan di bawah pimpinan Nabi Musa dan Harun. Mereka disesatkan oleh Samiri, kemudian ditunjukkan yang benar oleh Allah dan diampuni dosa mereka.

Begitu juga sewaktu mereka dikepung oleh tentera Firaun sehingga ke tepi laut. Maka dibentangkan Allah jalan di lautan itu, lalu Allah menghancurkan Firaun serta tenteranya di hadapan mata kepala mereka sendiri, agar mereka dapat hidup aman di atas bumi ini. Kepada mereka diturunkan oleh Allah makanan dari langit ketika mereka sedang berada di tengah-tengah padang pasir yang mana tidak ada makanan dan minuman ketika itu. Jika tidak demikian, mereka akan mati kelaparan di tengah-tengah padang pasir yang terik itu.

Lebih besar dan hebat rahmat dan nikmat Allah kepada Bani Israel kerana orang-orang bangsa Bani Israellah yang diangkat oleh Allah menjadi orang-orang mulia, menjadi nabi-nabi dan rasul-rasul yang besar, untuk memimpin mereka, mengeluarkan mereka daripada lembah kebodohan, kesesatan, kesengsaraan selain menjadi bangsa yang maju dan bangsa yang memimpin. Berulang kali nikmat dan rahmat itu silih berganti diturunkan oleh Allah kepada mereka. Tetapi berulang-kali pula mereka silih berganti sesat dan menderhakai ajaran Allah. Sungguhpun begitu, Allah masih memberikan keampunan kepada mereka, berkat doa daripada nabi dan rasul mereka.

Untuk menyempurnakan rahmat dan nikmat Allah terhadap mereka, Allah telah menyediakan sebuah negeri yang dinamakan negeri suci iaitu Suria. Di situlah mereka akan hidup aman dan tenteram serta bahagia, berkuasa dan tidak dikuasai bangsa lain. Maka mereka diperintahkan oleh Allah supaya berada di bawah pimpinan para utusan Allah. Ini adalah suatu perintah Allah yang wajib ditaati bersama-sama dengan Nabi Musa dan Harun.

Ganjaran besar kumandang azan, solat jemaah saf pertama

AL-BUKHARI dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika manusia mengetahui betapa besarnya pahala mengumandangkan azan dan duduk di saf pertama, pasti mereka tidak akan mampu mendapatkannya melainkan dengan cara mengundi, tentu mereka akan melakukan undian. Sekiranya mereka mengetahui betapa besarnya pahala orang yang datang lebih awal untuk mengerjakan solat berjemaah, pasti mereka akan berlumba-lumba untuk menunaikannya. Jika mereka tahu betapa besarnya pahala solat Isyak berjemaah, pasti mereka akan melaksanakannya, walaupun sambil merangkak.”

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika dikumandangkan azan, syaitan akan melarikan diri mereka sambil terkentut-kentut sehingga tidak mendengar lagi suara azan. Ketika azan selesai dikumandangkan, dia datang lagi hingga iqamat dikumandangkan. Ketika iqamat dikumandangkan, dia melarikan diri lagi. Ketika iqamat selesai, dia datang lagi untuk menggoda seseorang hendak mengerjakan solat dengan membisik ke dalam hatinya: Ingatlah ini dan itu, iaitu sesuatu yang tidak diingat sebelum solat, sehingga orang itu tidak ingat lagi sudah berapa rakaat dikerjakannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: Buku Ringkasan Riyadhus Solihin

Thursday, May 27, 2010

Giler!!! Penduduk Malaysia makan 1.2 bilion paket mi segera setahun


SETIAP kali perkataan mi segera disebut, mungkin ramai di antara kita terbayangkan pelbagai slogan iklan produk makanan itu yang sering dipaparkan di kaca televisyen. Ramai berpendapat walaupun wujud banyak hidangan enak pelbagai bangsa, mi segera tetap menjadi pilihan ramai walaupun dimakan hanya sekali dalam sebulan.

Apakah sebenarnya rahsia perencah makanan berasal dari negara matahari terbit ini sehingga menyebabkan rakyat di negara ini terus menyukai makanan ringkas ini?
Menurut Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan Makanan Nestle Products Sdn Bhd, Izham Mohamed, pada tahun lalu saja sebanyak 1.2 bilion paket hidangan mi segera dinikmati rakyat Malaysia.

Puratanya 38 paket seorang bagi penduduk di Semenanjung dan 44 paket seorang bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.

Untuk mengekalkan prestasi mi segera sebagai antara makanan paling digemari bukanlah satu perkara mudah memandangkan mi segera mempunyai banyak saingan.

Izham berkata, satu daripada perkara yang perlu dititikberatkan dalam memastikan keunggulan mi segera sebagai hidangan kegemaran ramai ialah daya usaha pengeluar mi segera dalam inovasi produk mereka.

“Pengubahsuaian dan inovasi ialah amat penting untuk mengekalkan pertumbuhan industri mi segera pada jangka masa panjang. Sebagai pembuat mi segera, kita perlu sentiasa inovatif. Contohnya, mencipta perisa baru, meningkatkan khasiat mi segera atau memberikan produk berkualiti tinggi kepada pengguna,” katanya pada Persidangan Persatuan Mi Segera Dunia (WINA) yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kecekapan pengusaha amat penting dalam memastikan peningkatan kos tambahan tidak ditanggung oleh pengguna yang sekali gus boleh menaikkan harga mi segera.

“Kerana faktor harga murah menjadi tarikan utama menjadikan mi segera mampu dinikmati segenap lapisan masyarakat,” kata Izham.

Izham berkata, mi segera kini semakin digemari di seluruh dunia dan menuju ke arah di mana WINA mahu menjadikan mi segera sebagai makanan global seperti nasi dan roti pada masa akan datang. Ini disokong oleh Pengerusi WINA, Koki Ando, yang menyatakan industri mi segera dunia kini dianggarkan bernilai AS$25 bilion.

“Penggunaan mi segera dunia juga dijangka meningkat kepada 100 bilion sajian dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi berbanding 92 bilion sajian tahun lalu,” katanya pada persidangan yang sama.

Menurut Ando, mi segera kini boleh dikategorikan sebagai makanan dunia disebabkan ia selamat dari segi tempoh lupusnya yang panjang dan boleh dibawa ke mana saja dengan mudah.

Ando adalah Ketua Pegawai Eksekutif Nissin Foods Holdings Co Ltd dari Jepun dan anak kepada pencipta mi segera, Momofuku Ando.

Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif WINA, Norio Sakurai menjelaskan dengan hidangan 93.6 bilion seluruh dunia pada 2008 saja, WINA merasakan wujudnya asas kukuh mi segera boleh menjadi makanan ruji global.

“Penggunaan mi segera dijangka mencecah 100 bilion hidangan dalam tempoh dua hingga tiga tahun, ditambah pula dengan kemunculan pasaran baru seperti Ukraine, Nigeria dan Russia,” katanya.

Walaupun dilihat industri mempunyai masa depan cerah, industri mi segera juga tidak terlepas daripada cabaran yang perlu dihadapi pengusaha. Antara cabaran itu ialah penggunaan bahan perisa seperti sodium (garam) yang sering menjadi punca terhadap pelbagai dakwaan yang mengatakan mi segera tidak mempunyai zat secukupnya untuk menjadi makanan berkhasiat.

“Pengurangan sodium di dalam mi segera adalah cabaran terbaru industri ini... kita tidak boleh mengurangkannya secara drastik, tetapi boleh melakukannya secara berperingkat,” kata Ando.

Bagi pengusaha mi segera utama di Malaysia pula iaitu Nestle, Izham berkata, pihaknya sendiri berusaha mengurangkan penggunaan sodium sebanyak 15 peratus dalam kandungan perisa mi segeranya sejak lima tahun lalu.

Namun katanya, selepas menerima maklum balas pengguna yang merungut akibat rasa mi segera yang kurang sedap menyebabkan Nestle mengurangkan kandungan sodium sebanyak lima peratus saja dalam perisa mi setiap tahun.

Dalam pada itu WINA yang diadakan julung-julung kali di Kuala Lumpur pada 21-22 April lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), menghimpunkan lebih 120 delegasi. Pada persidangan dua hari itu, pakar-pakar ini membincangkan semua aspek ekonomi, diet, persekitaran, teknikal dan impak sosial mi segera.

Antara negara yang turut serta ialah Russia, Brazil, Vietnam, Filipina, Indonesia, Jepun, Korea, Thailand, Taiwan, China, India dan tuan rumah Malaysia.

Ando dalam membicarakan mengenai impak sosial mi segera berkata, sejak 2004, Tabung Bencana WINA mengagihkan sebanyak 1.8 juta sajian mi segera kepada mangsa bencana alam. – Bernama

BAYANGKAN INI ANAK ANDA...


Inilah hakikat yang terpaksa dihadapi sebahagian pelajar Sekolah Kebangsaan Gentisan, Sepanggar, dekat Kota Kinabalu yang terpaksa meniti kayu kecil untuk berulang-alik ke sekolah setiap hari.

Namun pelajar yang kebanyakannya berasal dari Kampung Numbak itu tiada pilihan melainkan terpaksa meniti kayu sepanjang 15 meter ekoran laluan jambatan kayu berkenaan reput dan patah sejak tiga minggu lalu.

Seorang pelajar yang dikenali sebagai Siti berkata, meskipun takut terjatuh dia terpaksa juga meniti kayu berkenaan setiap hari.

“Saya memang pernah hampir terjatuh kerana agak sukar meniti apatah lagi dengan membawa beg sekolah yang berat tetapi terpaksa juga kerana tiada jalan lain dari jeti untuk ke sekolah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gentisan, Awang Pasih Abdul Kahar berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Jainab Ahmad untuk tindakan lanjut.

“Beliau telah berjanji akan memberi perhatian dengan membeli peralatan untuk membuat titi baru yang akan dibuat melalui gotong royong oleh penduduk kampung,” ujarnya.

Wednesday, May 26, 2010

Kisah Menarik Bagaimana Nabi Muhammad Bertemu Allah di Sidratul Muntaha Pada Jarak Hanya "Dua Busur Panah"


NABI Adam a.s gembira apabila menoleh kepalanya ke kanan kerana menyaksikan kalangan zuriatnya, iaitu umat manusia melakukan amalan baik dan akhirnya melayakkan mereka masuk syurga.

Namun apabila baginda menoleh ke kiri, di dapati ada juga kalangan umat manusia yang diseksa dalam neraka akibat balasan amalan-amalan jahat yang mereka lakukan, Ini menyebabkan Nabi Adam sedih dan kecewa.

Demikianlah di sebalik makna perlakuan yang ditunjukkan oleh lelaki bertubuh sasa dan tinggi yang pertama ditemui oleh Nabi Muhammad sejurus memasuki langit pertama dalam perjalanan Mikraj untuk menemui Allah di singgahsana Sidratul Muntaha.

Baginda begitu gembira dapat bertemu dan mengenali manusia pertama ciptaan Allah itu yang kemudiannya menjadi bapa kepada seluruh manusia di muka bumi ini.

Selepas memberi salam kepada Nabi Adam, Nabi Muhammad kemudiannya dibawa naik ke langit kedua dan di situ baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa. Diikuti langit ketiga, baginda bertemu Nabi Yusuf, langit kelima, Nabi Harun dan Musa di langit keenam.

Nabi Muhammad akan memberi salam dan mengakui kenabian kepada setiap nabi yang baginda temui.

Apabila tiba di langit ketujuh, Nabi Muhammad berpeluang menyaksikan Baitul Makmur, iaitu rumah ibadat, binaan sama seperti Kaabah bagi penghuni langit terutamanya para malaikat beribadah dan melakukan tawaf.

Sesetengah mengatakan terdapat hampir 70,000 malaikat yang melakukan tawaf di Baitul Makmur itu.

Ia dikatakan mempunyai kedudukan yang bertepatan dengan kedudukan Kaabah di bumi.

Di situ juga baginda melihat ada seorang lelaki yang wajahnya dikatakan hampir menyerupai Rasulullah sendiri.

Lalu baginda bertanya kepada Jibrail siapa lelaki berkenaan. Jibrail berkata: "Dialah nenek moyang kamu, Nabi Ibrahim."

Baginda sungguh gembira dengan pertemuan ini kerana dapat mengenali Nabi Ibrahim yang mempunyai sejarah kenabian sangat hebat terutama mampu mengalahkan Raja Namrud, berhijrah ke Palestin dan terpaksa meninggalkan isterinya Siti Hajar dan si anak Nabi Ismail. Dari situ ia menjadi titik permulaan pembukaan Kota Mekah dan mendirikan Kaabah seperti yang diperintahkan oleh Allah.

Sejurus pertemuan yang sungguh bermakna itu, baginda berjalan sehingga ke penghujung langit ketujuh.

Berubah bentuk

Di situ baginda melihat bagaimana malaikat Jibrail yang menyerupai manusia berubah kepada bentuk asalnya. Bentuk yang sama seperti yang baginda pernah temui buat pertama kali semasa berjalan ke pulang ke rumah dari Gua Hira'.

Kebenaran perkara ini tidak dapat disangkal. Ia benar-benar terjadi sebagaimana yang disebut dalam al-Quran, iaitu ayat 13 hingga 18 surah an-Najm yang bermaksud: Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibrail itu dalam rupanya yang asli iaitu berdekatan dengan Sidratul Muntaha, yang juga berdekatan dengan syurga al Makwa, (Muhammad melihat Jibrail) ketika di Sidratul Muntaha dilitupi oleh sesuatu yang melitupinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhan-Nya yang paling besar.

Selain bagi mengesahkan pertemuan Nabi Muhammad dengan malaikat Jibrail pada rupanya yang asal, ayat ini juga sebagai mengesahkan mengenai pertemuan agung antara Nabi SAW dengan Allah Rabbul Jalil secara bersemuka.

Inilah keistimewaan Nabi Muhammad dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan jaga dan bersemuka walaupun pertemuan tersebut tidak turut dihadiri oleh malaikat Jibrail.

Sebelum itu Jibrail telah meminta Nabi Muhammad mara ke hadapan iaitu memasuki Sidratul Muntaha, tempat sangat luar biasa yang tidak akan mampu terfikir oleh manusia biasa.

Apabila Nabi Muhammad turut mengajak malaikat Jibrail untuk bersama-sama dengan baginda, Jibrail berkata: "Kalau aku selangkah mara ke hadapan, maka aku akan hangus terbakar."

Lalu di hadapan Allah itu yang dikatakan jaraknya hanyalah 'dua busur panah' atau lebih dekat lagi dari itu, Nabi Muhammad diperintahkan sembahyang 50 waktu sehari semalam.

Iaitu ibadat menyembah-Nya untuk dilakukan oleh Nabi Muhammad dan seluruh umat baginda setiap hari.

Berbanding ibadat lain yang difardukan melalui turunnya wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibrail namun ibadat solat adalah perintah secara langsung daripada Allah.

Sebab itu di hari kiamat perkara pertama yang ditanyakan oleh Allah terhadap setiap individu umat Islam ialah mengenai perihal solatnya.

Segala amalan kebaikan dan kebajikan yang lain seolah-olah tidak bermakna jika seseorang itu mengabai dan meninggalkan solat secara sengaja.

Selepas pertemuan itu, Nabi Muhammad pun turun ke langit ke enam dan bertemu semula dengan Nabi Musa yang bertanyakan mengenai hasil pertemuan baginda dengan Allah.

"Apa yang Allah perintahkan untuk umat kamu wahai Muhammad," tanya Nabi Musa.

"Allah memerintahkan aku dan umatku supaya mendirikan solat 50 fardu waktu sehari semalam," jawab Nabi Muhammad.

Musa pun berkata lagi: "Kaum Israel pernah diperintahkan kurang daripada itu tetapi itupun mereka tidak mampu laksanakan. Kamu naiklah lagi dan minta Allah ringankan (kurang jumlah fardu) solat itu."

Sesetengah riwayat menceritakan baginda terpaksa berulang kali menemui Allah semula bagi tujuan untuk meringankan jumlah fardu solat itu. Sehinggalah akhirnya ditetapkan ibadat solat itu difardukan lima kali sehari tanpa boleh dikurangkan lagi.

Itupun Nabi Musa tetap menggesa Nabi Muhammad dikurangkan lagi lima waktu itu.

Lalu baginda pun berkata: "Aku rasa malu dengan tuhanku, namun aku reda dan aku menyerah diri."

Sepanjang mikraj itu juga Nabi Muhammad diperlihatkan dengan pelbagai kehidupan di alam akhirat, iaitu alam yang kekal bakal didiami oleh seluruh umat manusia.

Turut diperlihatkan ialah pelbagai gambaran bentuk pembalasan terhadap apa juga amalan yang dilakukan oleh manusia semasa hidup mereka di dunia.

Namun yang paling berkesan pada baginda yang diceritakan kepada para pengikutnya ialah mengenai gambaran syurga dan neraka.

Apa pun gambaran mengenai syurga dan neraka tersebut, namun yang jelas kedua-duanya wujud di akhirat sebagaimana yang disebut berkali-kali dalam al-Quran.

Namun itu pun masih tidak dapat dipercayai oleh sesetengah pihak.

Jadi apabila Nabi Muhammad telah melihatnya sendiri dengan mata kepala baginda, adakah kita masih tidak mempercayainya lagi?

SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...