terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, January 19, 2011

Gaji amah indon dah lebih mencukupi..kenapa nak bayar sampai RM 800 sebulan????



Saya terpanggil untuk sama-sama menyumbang pandangan mengenai isu pembantu rumah. Pertama, kerajaan seharusnya menimbang sewajarnya sebelum menyetujui tangga gaji RM600-RM800 yang dicadangan oleh Indonesia. Cadangan berkenaan nyata hanya menguntungkan satu pihak sahaja. Yang menanggung rugi pastinya majikan warganegara Malaysia.

Cubalah kita tanya kepada majikan-majikan, saya rasa hampir 70 peratus sakit jiwa dan memendam rasa dengan perangai pembantu rumah masing-masing. Tidak semua yang datang cekap bekerja. Kebanyakannya walaupun berusia masih tidak pandai membuat kerja-kerja asas seperti mengemas dan menjaga anak- anak. Atau mungkin berpura-pura tidak pandai kerana malas.

Itu belum dikira yang lari mengikut 'buah hati' sambil membawa lari sama barang-barang majikan. Cuba dibanci tahap kepuasan hati majikan terhadap pembantu rumah masing- masing, yang menikmati segala kemudahan percuma, termasuk urusan pulang ke kampung bercuti. Sesetengah pembantu rumah pula lebih kuat makannya daripada majikan.

Kebanyakan majikan mengambil pembantu rumah untuk memudahkan kehidupan. Tetapi tanyalah samada mereka ini benar-benar memudahkan atau hanya menambah beban keluarga.

Bayangkan purata mereka bekerja sekitar tiga jam setiap hari membasuh, mengemas dan sebagainya. Bagi anak-anak yang sudah bersekolah mereka hanya sekadar 'tengok' tanpa mendidik.

Setengahnya hanya membiarkan mereka mengurus diri sendiri. Selebihnya hanya tidur, makan dan menonton televisyen sahaja. Layakkah mereka mendapat gaji sebanyak itu sedangkan pekerja tempatan yang punya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun masih memegang gaji RM500 sebulan bekerja tanpa henti sehingga ke malam.

Untuk gaji RM600 seharusnya pembantu rumah yang diberi Indonesia cukup terlatih dan cekap bekerja tanpa menunggu arahan lagi, mampu mengajar anak-anak, paling kurang mengaji al-Quran. juga mengurus rumah sehingga tiada cacat celanya. Namun apa yang berlaku sekarang diberi pembantu rumah gred 'D' yang lembab. Sudahlah lembab, ada yang 'panjang tangan' pula.

Malaysia patut sedar majikan terpaksa menanggung kos mencecah RM6,000 hingga RM8,000 untuk mendapat seorang pembantu rumah tanpa mengetahui latar belakang dan pengalaman kerjanya. Setiap tahun majikan pula terpaksa menanggung kos untuk memperbaharui permit dan FOMEMA ( hingga tahun ketiga) yang kosnya hampir seribu ringgit. Sepatutnya kos berkenaan dikongsi bersama pembantu rumah.

Seharusnya kekalkan gaji mereka sekitar RM450 hingga RM500. Itu pun sudah cukup lumayan dengan tahap pekerjaan yang mereka lakukan. Di Indonesia mereka hanya mendapat sekitar RM250 jika bekerja sebagai pembantu rumah. Sebagai majikan, kami sebenarnya tidak pernah berkira wang ringgit sekiranya pembantu rumah yang ada cukup rajin, amanah dan pandai melayan anak-anak.

MAJIKAN GERAM

Bandar Sri Damansara

Kuala Lumpur

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

    • Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
    http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

    • Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    http://www.docstoc.com/docs/56809171/Tok-Ayah-Zid-Kedai-Lalat

    • Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
    http://www.docstoc.com/docs/56808524/Ahlul-Bait-Yang-Dicerca

    • 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
    http://www.docstoc.com/docs/56808286/40-Mutiara-Hikmat-Serambi-Mekah

    • Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    http://www.docstoc.com/docs/56809354/Jaringan-Wahabbi-Sdn-Bhd

    • Jom Kenali Dr Maza & Co
    http://www.docstoc.com/docs/56808885/Jom-Kenali-Dr-Maza-_-Co

    • Ahlul Bait Yang Dicerca
    http://www.docstoc.com/docs/56808524/Ahlul-Bait-Yang-Dicerca

    • Rasulullah Budak Kampung
    http://www.4shared.com/video/LKrvHrKs/Rasulullah_Budak_Kampung.html?

    • Maulid Tandingi Krismas
    http://www.4shared.com/video/-X8gpNaU/Maulid_Tandingi_Krismas.html?

    • Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
    http://www.4shared.com/video/xxv1LDSt/Sifat_20_Tidak_Wajib__Nik_Aziz.html?

    • Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
    http://www.4shared.com/video/g7Mzgr1l/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

    • Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
    http://www.4shared.com/video/pBkZDPRr/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

    • Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
    http://www.4shared.com/video/pBkZDPRr/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

    • Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
    http://www.4shared.com/video/GPYkBAbH/Isu_Sifat_20_-_Mohd_Asri_al-Wa.html?

    • Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
    http://www.4shared.com/video/Q-5Xol7T/Isu_Sifat_20_-_Rasul_Dhari_al-.html?

    • Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi
    http://www.4shared.com/video/oVyEtogF/Isu_Sifat_20_-_Fathul_Bari_al-.html?

    • Aqidah Muhyiddin Yasin
    http://www.box.net/shared/nd4xc31lyy

    • Ahlul Bait Baka Pengkhianat (Nik Aziz)
    http://www.box.net/shared/i98cl1svgi

    • Bapa Kaum Muda Kelantan (Nik Aziz)
    http://www.box.net/shared/px1f0idux8

    • Melayu Jahiliyah (Nik Aziz)
    http://www.box.net/shared/zzphcptlde

    • Nik Aziz VS Guru Pondok
    http://www.box.net/shared/z79fqf9j45

    • Guru Pondok Yang Difitnah
    http://www.box.net/shared/si344vemq9

    • Risalah Hina Guru Pondok
    http://www.box.net/shared/hv5tgpvrja

    • Wahabiyyah Darul Naim
    http://www.box.net/shared/nd1iif2tz4

    • Daulah Indera Kayangan (Shahidan Kasim)
    http://www.box.net/shared/lbyk6boch7

    • Fitnah PAS Terhadap Habib Umar
    http://www.box.net/shared/03rq3s0ock

    • Gerakan Wahabbi PAS Melaka
    http://www.box.net/shared/65mycqlf8x

    • Sokong Membawa Rebah
    http://www.box.net/shared/zcpypl85a2

    • Bahaya Allah 4 All
    http://www.box.net/shared/l2xl7umn6v

    • Tajdid Wahabbiyah
    http://www.box.net/shared/j2yrzlfmcr


    Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...