terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, January 18, 2011

Ibu kesal wad kecemasan HSB lembap: 3 jam menunggu untuk dirawat !!


SAYA amat kesal dengan layanan yang diterima di Bahagian Kecemasan HSB, Alor Setar. Saya seorang penjawat awam, sudah tentulah saya mengutamakan hospital kerajaan untuk merawat anak saya.

Anak saya mengalami cirit-birit dan muntah yang teruk pada 2 Januari lalu. Saya merujuk kes anak saya sebagai kes kecemasan kerana anak saya telah cirit-birit dan muntah sebanyak 20 kali sejak dari pukul 9 pagi hari tersebut.

Saya daftar anak saya di bahagian kecemasan pada pukul 11 pagi, sehingga pukul 2 petang, anak saya masih belum dirawat atau pun diperiksa oleh pihak bahagian tersebut.

Anak saya semakin lemah dan pucat, lalu saya memberitahu keadaan anak saya kepada bahagian kecemasan sebanyak dua kali dan meminta pihak bahagian kecemasan memeriksa anak saya kerana saya bimbang perkara buruk akan terjadi kepada anak saya. Namun pelbagai alasan diberi sedangkan staf di situ banyak yang berbual sesama mereka sahaja.

Saya pun tidak faham kenapa begitu lambat sekali bahagian kecemasan merawat pesakit-pesakit. Pergerakan nombor panggilan pesakit amat perlahan sedangkan bilik pemeriksaan doktor ada 5.

Akhir sekali, saya mengambil keputusan membawa anak saya ke hospital swasta. Anak saya disahkan diserang jangkitan Retrovirus iaitu virus yang agak bahaya untuk kanak-kanak dan dirawat di hospital swasta selama lima hari.

Tidak dapat dibayangkan jika kes seperti anak saya ini berlaku di kalangan orang susah, mungkin pesakit itu akan menemui ajal tanpa dirawat segera.

Saya harap pihak atasan di Kementerian Kesihatan dapat menyiasat perkara ini.

HALINA HASSAN

Kuala Nerang

2 comments:

  1. dulu aku terkena dekat klinik besar pendang, kedah. waktu tu isteri sakit nak bersalin. Dia suruh kami balik dulu. Gila betul, aku terus hantar pergi GH Alor Setar. Beranak juga dia lepas tu. Aku terus tulis surat sampai kementerian kesihatan negeri kedah.. Padan muka mereka

    ReplyDelete
  2. Kalau menteri amno yg kena....x kan macam ni...

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...