terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, January 19, 2011

Inflasi Malaysia naik lebih pantas..


KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.

Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).

Menurut beliau, dalam aspek polisi monetari, kadar faedah semasa dianggap munasabah kerana kenaikan inflasi disebabkan oleh permintaan, tetapi bukan sekiranya ia membabitkan kejutan bekalan sementara.

‘‘Dengan kadar 2.75 peratus, tahap Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah menyokong mencatat pertumbuhan teguh dan menangani tekanan inflasi semasa,’’ kata beliau dalam nota penyelidikannya.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan OPR akan kekal sekiranya kadar inflasi meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran kenaikan harga komoditi dan makanan serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi.

‘‘OPR boleh meningkat sehingga 3.25 peratus dan dijangka kenaikan untuk kali ketiga sebanyak 25 mata asas lagi sekiranya diperlukan.

‘‘Namun, ia bergantung kepada penurunan inflasi menjelang separuh kedua 2011,’’ ujar beliau.

Sementara itu, Manokaran meramalkan kadar inflasi pada Disember lalu naik kepada 2.2 peratus, 19 bulan tertinggi, sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010.

Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun lalu.

‘‘Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi,’’ tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus

1 comment:

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...