terima kasih buat kalian semua..

Monday, January 17, 2011

Jiran ‘malas’ hubungi 15999 galak kes dera kanak-kanak berleluasa...


“IBU kucing sangat sayang kepada anaknya, namun tidak semua ibu manusia menyayangi anaknya.” Inilah dialog Seniman Mustafa Noor (Allahyarham) yang memegang watak Amar dalam drama Opah yang kemudian menjadi siri popular di RTM1 pada awal 1980-an.

Bagaimanakah perasaan seorang ibu apabila mendengar kanak-kanak maut didera. Apakah sekadar kasihan lalu episod sama berulang saban masa?
Kes dera Allahyarham Safiah Humairah tahun lalu yang diharap menjadi kes terakhir di mahkamah nampaknya tidak pernah mengajar erti insaf selagi hukuman kepada pelaku tidak ditunjukkan kepada umum.
Terbaru, kes Nordiana Qistina Nurafizan di Johor Bharu. Sukar digambarkan penderitaan yang ditanggung kanak-kanak perempuan tiga tahun itu. Hampir seluruh tubuhnya dipenuhi 73 kesan lebam dan luka.

Di manakah naluri keibuan atau bapa sehingga mendera darah daging sendiri? Tidak bolehkah bersabar dengan kerenah dan nakal si anak? Besar sangatkah dosanya sehingga tubuh kerdil lebam angkara marah?

Masyarakat harus mengkaji bagaimana kes dera berlaku dan menyelesaikannya agar ia terus berlaku. Kita juga pelik mengapa masyarakat sekeliling tidak prihatin perkara yang berlaku di dalam rumah jiran.

Adakah jerit kanak-kanak itu tidak membawa makna Sebaiknya kes sebegini diadili secepat mungkin agar ia tidak menghantui keluarga terdekat malahan masyarakat keseluruhannya.
Jangan takut melaporkan kes dera di 15999 terutama membabitkan jiran kerana jika tidak, hanya penyesalan yang mampu dizahirkan.

AZIANA MOHAMAD ARIPIN,
Banting, Selangor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...