terima kasih buat kalian semua..

Monday, January 31, 2011

Kaji punca tak bayar PTPTN..


BARU-BARU ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilaporkan menyenarai hitamkan lebih 100,000 bekas pelajar yang gagal membayar balik tunggakan pinjaman dan menghalang mereka ke luar negara.

Arahan terbaru itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen. Sekatan itu tidak pernah dilakukan mana-mana penaja sebelum ini seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Atas dasar simpati sesama rakyat Malaysia, saya berpendapat kerajaan harus mengkaji kemampuan lepasan universiti atau kolej ini, khususnya yang belum mendapat pekerjaan? Jika ada pekerjaan pun, apakah pendapatan mereka itu setimpal dengan kelayakan diperoleh?
Jika dilihat secara kasar, memang tiada rasionalnya sekatan itu dilakukan sehingga menafikan hak mereka ke luar negara? Mereka bukannya melakukan jenayah berat seperti merompak, membunuh mahu pun mengedar dadah.

BUKAN SIMPATI BIASA,
Seremban

2 comments:

  1. saya bersetuju, seperti kami rakyat limbang sarawak MALAYSIAN yang kedudukan geografinya terletak di tengah tengah negara brunei darussalam, adalah sangat tidak adil untuk menyenarai hitam passport kami. Mungkin tidak ramai yang tahun, untuk keluar dari limbang ke tanah malaysia yang lain, kami perlu memasuki negara brunei. tidak ada jalan raya lain!. selalunya kami hanya melintasi negara tersebut dan bukan nya pergi untuk melancong!, mungkin rakan2 di semenanjung tidak mengalami masalah seperti kami, tapi kami, jika passport itu tidak dapat digunakan, ia samalah seperti kami di buang daerah. Harga tiket kapal terbang dari limbang ke miri pergi balik dekat 2ratus lebih dan adakala nya mencecah rm300, Limbang bukanla daerah yang besar, peluang pekerjaan di sini sangat terhad. Jika bekerja di kedai gaji paling tinggi adalah rm 500, untuk mendapatkan pekerjaan lain, selalunya temuduga akan di buat di bandar Miri, macamanalah kami hendak ke miri jika passport di senarai hitam, sudahla pekerjaan pun tak ada, temuduga pun tidak dapat hadir. TIADA KERJA, TIADA DUIT, TIADA PEMBAYARAN....bunga ptptn dan tunggakkan semakin meningkat......Apakah kesudahannya?...rasa menyesal pula menyambung pelajaran....;(

    ReplyDelete
  2. lia-saper yg x bayar pptn x yah kawin,sebar risalah ini..kd kerajaan malaysia..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...