terima kasih buat kalian semua..

Sunday, January 23, 2011

Kecewa gagal ke sekolah asrama penuh: Yang 8a tak dapat..7A pulak yg dapat..


KEPUTUSAN kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sudah diumumkan dan kepada yang berjaya, Alhamdulillah serta tahniah diucapkan kerana impian untuk melangkah ke sekolah yang diidamkan sudah tercapai.

Bagaimanapun, anak saya yang mendapat keputusan 8A tidak mendapat tempat ke sekolah berasrama penuh. Walaupun reda itu bukan rezeki anak kami tetapi timbul juga rasa kecewa apabila mendapat tahu rakannya yang mendapat 7A berjaya mendapat tempat di SBP di Johor

Justeru, timbul persoalan bagaimana kriteria pemilihan ditentukan kerana pelajar mendapat keputusan cemerlang tidak mendapat tempat di SBP tetapi yang mendapat 7A dan 1B untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, berjaya

Ketidakadilan seperti ini sebenarnya menyebabkan rasa kecewa yang akhirnya menimbulkan prasangka terhadap cara pemilihan pelajar ke SBP khususnya di kalangan pelajar yang bertungkus lumus berusaha mencapai keputusan cemerlang.

Saya berharap Kementerian Pelajaran dapat memberi penjelasan berhubung perkara ini kerana bagi yang gagal, pastinya melihat situasi ini sebagai sesuatu yang tidak adil kepada mereka.

EMAK KECEWA,
Johor Bahru

8 comments:

  1. Pada pendapat saya melalui seseorang yang saya kenal dulu. kriteria untuk pengambilan anak ke sekolah berasrama penuh bukan hanya kerana dapat 8A.

    Kerana melalui sejarahnya, sekolah berasrama penuh dibuat untuk anak-anak pintar yang jauh dikampung, jauh dari kemudahan pembelajaran dan juga kekurangan kemampuan keluarga, dikumpulkan disatu tempat untuk diberikan pendidikan.

    Jadi walaupon mereka hanya mendapat 7A, kemungkinan kriteria seperti anak yatim, pendapatan keluarga dan taraf hidup akan diambil kira.

    Tapai.

    ReplyDelete
  2. Jangan kecewa......SBP bukanlah satu yang patut dimegahkan..tak dapat pun tak apa..ia bukan pengukur kejayaan..yang penting..banyak lagi cabaran harus dihadapi...pelajar cemerlang, bukan hanya lahir dari SBP saja...dari sekolah biasa lagi ramai....banyak kelemahan hasil produk SBP....fikir2kan lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya, lepasan sbp/mrsm adalah sesuatu yg patut dibanggakan...kerana berjaya memasuki sekolah ternama dan terpilih.dah la kat sekolah bersaing dengan budak2 bijak pandai tambahlagi ada bantuan kewangan biasiswa pulak tambah lak dengan cikgu yang pembuat kertas soalan spm mengajor di sbp/mrsm..peluang utk mendapat keputusan cemerlang lebih baik di sekolah sbp/mrsm dan yang penting semua orang dapat masuk universiti tapi bukan semua dapat merasa sekolah berasrama penuh dan tentunya nama sekolah tu akan tercatat dalam biodata hidup dan akedemik backgroud sepanjang masa

      Delete
  3. keadaan ini selalu ada dan saya juga mempunyai pengalaman yang memritkan sehingga menjadi penagih simpati untuk melepaskan anak masuk ke asrama. Di dalam hal ini kita kena berlembut dan bersabar. Baik budi bicara akan melemah kekuatan mereka

    ReplyDelete
  4. rezeki masing2..mungkin ade peluang yang lebih baik dri nie..sape yg tahu....

    ReplyDelete
  5. nur siti alia bt mohd azmiJanuary 29, 2013 at 11:31 PM

    saya seorang murid upsr.saya dapat keputusan 5a.dulu saya seorang penolong pengawas,naib pengerusi bagi semua kelab.tapi keputusan sangat mengecawakan.asrama tak dapat sab pun tak dapat .saya sangat sedihhh.saya aktif dalam kokurikulum..saya sangat sedihh.ini tak adilll

    ReplyDelete
  6. 5A atau 8A bukan tiket utk ke sbp... yg saya dimaklumkan sek luar bandar diberi keutamaan. Pencapaian akademik yg cemerlang perlu selaras dengan kokurikulum. Ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang tetapi kokurikulum tiada. So seimbangkan akademik dan kokurikulum. Mungkun sekolah adik kategori sek bandar... dimana kuotanya adalah berapa peratus sahaja. Sabar... x semestinya sek harian tidak bagus...cuma kita mesti mendisplinkan diri....

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...