terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, January 5, 2011

Kereta kabel Langkawi: Mana budi bahasa?


SAYA sekeluarga ke Pulau Langkawi pada 17 Disember lalu. Kereta kabel Langkawi menjadi agenda wajib yang harus dilawati.

Keadaan di Oriental Village (kaunter tiket kereta kabel) pada pagi 19 Disember sesak dengan pengunjung. Dengan semangat berkobar-kobar, saya berbaris dari pukul 11.15 pagi untuk mendapatkan tiket walaupun kaunter hanya buka pukul 12.30 tengah hari akibat kesesakan di dewan menunggu.

Tepat pukul 12.30, petugas maklumkan perkhidmatan dihentikan kerana angin kencang dan kami diminta untuk beredar.

Pukul 4.15 petang, kami datang semula ke kaunter dan mendapati kaunter masih tutup dan makluman di papan notis elektronik, ia akan dibuka semula 5.30 petang.

Malangnya, pukul 5.30 petang (paparan jam elektronik di luar kaunter), petugas kaunter masih belum kelihatan. Ini mungkin kerana mereka mengikut jam dalam kaunter yang menunjukkan waktu 5.20 petang (berbeza dengan paparan jam di luar).

Sebaik sahaja kaunter dibuka, seorang pengunjung bertanya, jam mana perlu diikut dan dengan angkuhnya, petugas wanita itu menjawab, “kami ikut jam kami”.

Dalam masa yang sama, seorang pelancong datang bertanya dengan memanggil petugas tersebut dengan panggilan “amoi” dan dengan biadabnya petugas wanita itu menengking “apa hoi hoi, saya ada nama tau, panggil orang hoi hoi bla bla bla...”

Kebanyakan yang berada di hadapan kaunter tersentak dengan insiden itu termasuk beberapa orang pelancong asing yang menggeleng-gelengkan kepala.

Sepanjang perjalanan menaiki kereta kabel, saya terfikir, sepatutnya mereka itu dilatih untuk berbudi bahasa dan bertata-susila.

SUKA MELANCUNG LUAR NEGARA

Melaka

2 comments:

  1. Hmm..kalau mcm ni la gayanya..terbantut nak pi sana..

    ReplyDelete
  2. sama la aku..terkena jugak bila g sana baru2 ni.dah la sombong,bodoh pulak tu.sampai ada yg tak tahu berbahasa inggeris.kesian kat pelancong2 dari luar negara.macamana la nak jadikan pulau langkawi ni pusat peranginan antara bangsa??ada satu kedai kat area kereta kabel jugak,nama kedai dia horse shoppe.juruwangnya sungguh tak tahu adab sopan bila bercakap dgn pelanggan.sungguh memalukan la kalau yg empunya kedai tu menggaji pekerja yg mcm ni!sedih betol....

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...