terima kasih buat kalian semua..

Saturday, January 15, 2011

Ketahui umur persaraan 65 tahun di Britain.


Majikan di Britain tidak lagi boleh memaksa pekerja mereka bersara pada usia 65 tahun, melainkan ada alasan kukuh.

Kerajaan Britain memberitahu kelmarin dalam tawarannya untuk mengurangkan bayaran pencen kerana umur jangka hayat rakyat negara itu yang semakin meningkat.

Langkah itu disambut baik oleh organisasi bukan berasakan keuntungan yang berkempen menentang diskriminasi umur.
Bagaimanapun, pihak lain merungut kerana tindakan itu akan menyebabkan bebanan lebih tinggi terpaksa ditanggung majikan untuk meneruskan manfaat pekerja seperti insurans nyawa dan kesihatan kepada yang melebihi 65 tahun.

Menteri Hubungan Pekerjaan, Ed Davey menyifatkannya sebagai berita menarik untuk warga tua, perniagaan dan ekonomi.

Persaraan sepatutnya menjadi pilihan bukannya paksaan, katanya. Sebelum ini, majikan boleh memaksa pekerja bersara pada usia 65 tahun tanpa mengira prestasi.

Kebanyakan syarikat tidak melaksanakan umur persaraan wajib dan ada kira-kira 850,000 pekerja berusia lebih 65 tahun di United Kingdom. Tiada bukti produktiviti menurun selepas mencapai umur itu, kata Davey.
Kerajaan berkata, majikan boleh mengekalkan pekerja seperti pegawai polis dan pegawai pengawal trafik sehingga umur persaraan wajib itu dengan syarat ada bukti mereka boleh melaksanakan tugas.

Dasar baru ini mula berkuat kuasa pada 1 Oktober depan, kata Jabatan Kemahiran, Inovasi dan Perniagaan. Britain meningkatkan umur persaraan daripada 65 kepada 66 berkuat kuasa 2020.

Berita ini diumumkan beberapa hari selepas seorang penyampai berita memenangi kes terhadap BBC yang dituduh bersalah memberhentikannya atas sebab umur.

Industri penyiaran sukar memberi laluan kepada penyampai wanita muda berbanding pekerja lebih berumur.

Miriam OReilly, 53, membuat laporan kepada tribunal majikan bahawa beliau diberi amaran mengenai kedutan wajahnya dan diminta menyuntik Botox oleh majikannya.

OReilly berkata, dia tidak diberitahu sebab diberhentikan dan hanya diberitahu bahawa rancangan itu perlu lebih segar kerana ia bakal dimuatkan dalam slot utama.

BBC menerima keputusan tribunal itu dan melaksanakan peraturan baru bagi membolehkan pemilihan penyampai yang lebih adil. Kes itu sama seperti saman diskriminasi umur terhadap stesen televisyen Amerika Syarikat. AP

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...