terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, January 5, 2011

LCCT: ‘‘Kami dimaki...’’


PADA pukul 5 pagi Rabu 29 Disember, saya sekeluarga bertolak ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Alor Setar dijadual pukul 7 pagi dan kami beratur dalam barisan yang panjang di kaunter empat.

Apabila sampai giliran saya, pada pukul 6.45 pagi, seorang kakitangan wanita memberitahu, kaunter ditutup dan menyuruh kami ke kaunter 16.

Kami sangat kecewa apabila sampai di kaunter 16, dua kakitangan lelaki tidak membenarkan kami masuk atas alasan telah lewat dan kaunter hendak ditutup.

Mereka berdua juga telah menggunakan bahasa yang kasar kepada saya dan kakak saya.

Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Saya kemukakan laporan itu kerana rasa tidak puas hati dan masih ramai yang teraniaya dengan syarikat penerbangan tambang murah itu.

Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan supaya tiada lagi penganiayaan seperti itu berlaku kepada orang lain terutama sekali pelancong luar.

ATAN

Jasin

1 comment:

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...