terima kasih buat kalian semua..

Friday, January 21, 2011

LPF diminta tak 'tutup mata' drama tahyul Indonesia berleluasa..


SAYA ingin mengemukakan pandangan isu pembatalan Sakti Delima di Slot Lagenda TV3 yang didakwa berunsur syirik dan boleh memesongkan akidah.

Saya bersetuju dengan tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) itu, tetapi berasakan mereka juga perlu menyekat lambakan drama Indonesia. Stesen televisyen kita berlumba-lumba menyiarkan drama Indonesia yang juga ada unsur syirik, ganas dan seram keterlaluan sedangkan mereka sedikit pun tidak memandang produk kita, malah ada memperlekehkannya.

Kebanyakan drama Indonesia berunsur lewah dan keterlaluan seperti orang mati boleh hidup semula. Bukankah itu tahyul kerana dalam Islam, setiap yang mati tetap akan mati

Sudahlah ratusan episod, sekejap bergaduh sekejap baik, sangat membosankan. Sebagai ibu bapa, kita perlu menerangkan kepada anak, apa yang mereka tonton itu lakonan semata-mata, tetapi sampai bila mereka faham kerana disogokkan genre seperti itu setiap hari. Ada kala kita berasakan berada di negara mereka.

Sudah sampai masanya pihak berwajib tegas menapis penyiaran drama di kaca televisyen.

Seperti kita ketahui, sejumlah besar penonton televisyen ialah kanak-kanak yang sedang berkembang mindanya. Mereka mempelajari apa yang ditonton.

Jika kita membatalkan drama tempatan yang kononnya berunsur syirik tetapi masih membenarkan drama Indonesia bermaharajalela, saya rasa pihak berwajib perlu buka mata besar-besar.
Harapan ambil tindakan lebih telus bagi membantu pembangunan negara dan minda masyarakat.

ANTIDRAMA SEBERANG,
Kedah

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...