terima kasih buat kalian semua..

Saturday, January 22, 2011

Manfaatkan syiling satu sen..


PADA masa sekarang nilai syiling satu sen hanya digunakan bagi pembayaran secara di atas kertas, sebagai contoh bagi bayaran bil bil utiliti dan perbelanjaan di pasar raya. Ia tidak lagi digunakan secara praktikal.

Walaubagaimanapun tiada tindakan diambil untuk mengumpulkannya atau manfaatkan syiling satu sen yang terbiar. Saya yakin setiap rumah, kedai, laci di pejabat pejabat swasta atau kerajaan dan kaunter kaunter bayaran, tentu masih tersimpan sekurang kurangnya dua syiling satu sen. Ini tidak termasuk yang bertaburan di kaki lima atau dipersekitaran. Sekiranya dikutip dan dikumpul mungkin mencecah ratusan ribu ringgit.

Kerajaan telah mengeluarkan wang yang besar untuk mengeluarkan syiling satu sen. Oleh itu satu kempen mengumpul syiling satu sen perlu dibuat oleh instituasi kewangan, sekolah atau badan badan kebajikan. Hasil nilainya boleh diagihkan kepada pihak yang memerlukan.

Logam satu sen tersebut pula boleh dileburkan untuk lain-lain kegunaan. Memang nampak remeh tetapi jika tiada tindakan diambil, syling satu sen tersebut akan membazir.

Beberapa tahun lalu Majlis Kenser Nasional berjaya mengumpul syiling satu sen berjumlah lebih RM1 juta dan tentu telah pun digunakan. Di manakah syiling satu sen tersebut berada sekarang? Mungkin masih berada dipersekitaran kita. Kata bidalan, sebatang lidi memang tidak banyak dapat dimanfaatkan, tetapi kalau dikumpul boleh dijadikan penyapu.

HABA

Melaka

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...