terima kasih buat kalian semua..

Saturday, January 22, 2011

Pembantu rumah selesa kerja jika majikan bertolak ansur


MASALAH pengambilan pembantu rumah dari Indonesia masih tiada jalan penyelesaian. Bagi saya syarat yang dikemukakan pihak Indonesia itu agak keterlaluan.

Saya seorang daripada majikan yang menggaji seorang pembantu rumah dari Indonesia dan tidak bersetuju dengan pemberian cuti mingguan, membenarkan pembantu memegang pasport sendiri. Bagi saya semua itu boleh mengundang permasalahan lain.
Bagi mengatasi masalah pembantu rumah, apa yang saya lakukan ialah pada hari bekerja memang mengurus anak dan mengemas rumah dilakukan oleh pembantu rumah.
Tetapi pada Sabtu dan Ahad anak-anak saya yang uruskan. Kerja rumah yang saya boleh bantu, saya buat untuk meringan kerja pembantu rumah.

Saya berpendapat pembantu rumah pun mahu berehat juga sekurang-kurangnya kita sebagai majikan dapat bertolak ansur. Kita tidak boleh membuat pembantu rumah seolah-olah mereka hamba abdi. Dengan membantu mereka pada hujung minggu ini juga akan membuatkan mereka tidak berasa tertekan.

Majikan di Malaysia pun diharap dapat bertolak ansur serta bekerjasama supaya hubungan majikan dan pembantu rumah sentiasa kekal baik dan pembantu rumah turut berasa selesa bekerja dengan majikan yang sebegini.

Sekiranya saya balik kampung atau ke pasar raya, saya membawa sekali pembantu rumah supaya dia tidak berasa tertekan duduk di rumah saja.
Mengenai pasport pula, pada saya biarlah majikan saja yang menyimpannya jika pembantu rumah yang memegangnya saya bimbang mereka mungkin melarikan diri dan pihak majikan juga yang susah.

MAMABOYS,
Puchong, Selangor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...