terima kasih buat kalian semua..

Sunday, January 9, 2011

Perihal Al Mahdi...


SIAPAKAH Imam Mahdi? Bagaimanakah kehadirannya boleh diketahui umum? Adakah al-Quran ada menjelaskan? Mohon agar ustaz dapat memberi tunjuk ajar?

AHMAD,
Kuala Lumpur.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 63 (yang bermaksud): “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai kedatangan as-Saa’ah (Hari Kiamat), katakanlah, ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.’
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi masa datangnya (hari kiamat) tidak lama lagi.”

Begitulah antara ayat-ayat al-Quran yang membicarakan mengenai hari kiamat. Sesungguhnya ia adalah perkara ghaib yang hanya Allah SWT saja yang mengetahui.

Dalam sebuah hadis, yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Pada akhir umatku, akan keluar al-Mahdi. Allah SWT menurunkan hujan kepadanya, bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya, harta akan dibahagikan sama rata, binatang ternak melimpah dan umat menjadi mulia, dia akan hidup selama tujuh atau lapan (iaitu musim haji).

Begitu juga hadis daripada Abu Sa’id r.a, yang berkata: “Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Aku berikan khabar gembira kepada sekalian kamu dengan al-Mahdi, yang diutus pada saat manusia berselisih dan banyaknya kegoncangan.
Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagai mana sudah dipenuhi dengan kezaliman dan kezaliman sebelumnya.

Penduduk langit dan penduduk bumi meredainya, ia akan membahagikan harta dengan cara shihaah (merata di antara manusia).”

Baginda SAW bersabda lagi: “Dan Allah SWT memenuhi hati umat Muhammad SAW dengan kekayaan (iaitu rasa puas), meliputi mereka dengan keadilannya, sehingga dia memerintah seorang penyeru, maka penyeru itu berkata, “Siapakah yang memerlukan harta?

Lalu tidak seorang pun berdiri kecuali seorang. Dia (iaitu al- Mahdi) berkata, “Temuilah penjaga (gudang harta) dan katakan kepadanya, “Sesungguhnya al-Mahdi memerintahkanmu untuk memberikan harta kepadaku.’ Kemudian dia (penjaga gudang) berka ta kepadanya,‘Ambillah sedikit!’

Sehingga ketika ia sudah menyimpan di pangkuannya dan menampakkan, ia menyesal dan berkata, “Aku adalah umat Muhammad yang paling rakus atau aku tidak mampu mencapai apa yang mereka capai?”

Baginda berkata (lagi): “Lalu ia mengembalikannya dan harta itu tidak diterima. Maka para penjaga gudang harta berkata padanya: ‘Sesungguhnya kami tidak menerima apa-apa yang telah kami berikan.’

Demikianlah yang akan terus terjadi selama tujuh tahun atau lapan tahun atau sembilan tahun. Kemudian tidak ada lagi kehidupan yang baik setelah itu.” Atau Baginda berkata: “Kemudian tidak ada lagi hidup yang baik selepasnya.”

Demikianlah beberapa hadis yang saya kemukakan mengenai Imam Mahdi. Ia adalah antara tanda Kiamat yang besar. Hadis ini juga menunjukkan bahawa selepas kematian al-Mahdi, akan berlaku keburukan dan pelbagai fitnah yang besar.

Untuk mengetahui siapakah sebenarnya Imam Mahdi, ada beberapa hadis menyebut mengenainya.

Antaranya, hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ali r.a, beliau berkata: “Rasulullah SAWbersabda (yang bermaksud): al-Mahdi daripada keturunan kami, Ahlul Bait. Allah akan memperbaikinya dalam satu malam.”

Ibnu Kathir berkata: “Maknanya adalah memberikan taubat, memberikan taufik kepadanya, menjadikannya ilham dan membimbingnya padahal sebelumnya tidak demikian.”

Begitu juga dalam hadis yang lain iaitu daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Al-Mahdi daripada keturunanku, dahinya lebar, hidungnya mancung. Dia memenuhi bumi dengan keadilan, sebagai mana bumi sudah dipenuhi dengan kezaliman dan kezaliman sebelumnya.

Dia berkuasa selama tujuh tahun.”

Manakala hadis daripada Jabir r.a, beliau berkata (yang bermaksud): “Isa bin Maryam turun, lalu pemimpin mereka iaitu al-Mahdi berkata, “Solatlah mengimami kami!” Ia berkata: “Tidak, sesungguhnya sebahagian daripada kamu adalah pemimpin bagi sebahagian yang lainnya sebagai suatu kemuliaan yang Allah berikan kepada umat ini.”

Kedatangan Imam Mahdi adalah suatu akidah yang perlu kita yakini.

Saya mencadangkan agar kita mengambil langkah terbaik untuk diri kita dan keluarga, dengan menyediakan perpustakaan kecil buat keluarga agar mutiara-mutiara ilmu bersinar dalam keluarga.

Untuk mengetahui keseluruhan kisah Imam Mahdi dan Hari Kiamat saya cadangkan untuk membaca buku Asyraathus Saa’ah yang kini telah diterjemahkan dengan tajuk Hari Kiamat Sudah Dekat yang dikarang oleh Yusuf bin ‘Abdillah bin Yusuf al-Wabil yang ada di kedai-kedai buku. Wallahua’lam - BHarian

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...