terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, January 18, 2011

Saman Parking: Penguatkuasa Jangan sengaja cari salah pemandu !!


SIKAP pemeriksa kupon letak kenderaan di bandar Mersing yang sengaja mencari peluang untuk mengeluarkan saman amat dikesali.

Pekerja berkenaan seolah-olah sengaja mencari kesalahan pemandu yang meletakkan kereta untuk dikeluarkan saman.

Banyak rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan gelagat pemeriksa kupon parking berkenaan kerana mereka kadangkala sengaja memerhatikan kereta dengan duduk di celah deretan kedai untuk menunggu mangsa.

Pernah beberapa kali saya kehabisan kupon, sebaik sahaja meletakan kereta untuk membeli kupon di kedai berhampiran, pekerja berkenaan telah pun mengeluarkan saman tanpa mahu mendengar sebarang alasan walaupun mereka nampak pemandu sedang membeli kupon di kedai.

Pernah juga saya melihat mereka meronda dengan motosikal semasa saya hendak meletakkan kenderaan hanya untuk menghantar sekeping surat ke sebuah pejabat.

Pekerja berkenaan berlalu, namun sebaik sahaja kembali ke kereta, saman telah pun dikeluarkan walaupun tidak sampai tiga minit kenderaan ditinggalkan di lorong belakang bangunan di situ.

Sedangkan mereka nampak pemandu kenderaan hanya menghantar sekeping surat, langsung berpatah balik untuk bergegas mengeluarkan saman.

Apa yang dikesalkan adalah sikap mereka yang sengaja mengintai kesalahan pemandu dan seolah-olah meletakkan sasaran jumlah saman yang ingin dikeluarkan.

Adakah mereka mendapat komisen bagi setiap saman yang dikeluarkan?

Bukan semua pemandu sengaja tidak meletakkan kupon, berilah mereka peluang, sekiranya didapati kereta berkenaan tidak diletakkan kupon, mereka harus memeriksa kali kedua, mungkin 10 minit kemudian.

Jika masih tiada barulah dikeluarkan saman. Ini tidak, pemandu sedang membeli kupon pun mereka saman sedangkan kawasan letak kereta di bandar Mersing bukanlah banyak dan dengan pusingan 10 minit sahaja habis semua tempat parking dironda dengan motosikal.

Kami pengguna parking di bandar Mersing berharap mereka lebih profesional dalam menjalankan tugas bukan semata-mata untuk mencari peluang mengeluarkan saman.

PARKING TAK CUKUP

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...