terima kasih buat kalian semua..

Saturday, January 15, 2011

TAK MAMPU MAKAN DI KEDAI MAMAK !!


SAYA rasa kecewa dengan harga makanan dan minuman di restoran dan kedai makan mamak di Malaysia ini. Begitu mahal, sampai kadangkala dua dan tiga kali ganda dari harga kedai makan biasa.

Ada kedai makan meletakkan harga RM2.20 untuk segelas milo ais dan kalau dicampur dengan harga nasi, ia boleh mencecah sampai RM7.00 sepinggan walaupun lauknya hanya ayam seketul dan sayur campur.

Sebagai seorang pelajar, memang saya tak mampu nak beli makanan di kedai mamak, setiap hari. Saya berpendapat, makanan tak patut dicaj lebih mahal daripada sepatutnya kerana segelintir penduduk tak mampu membeli.

AMMAR,

Cyberjaya

1 comment:

  1. Apakan daya, orang melayu kita tak pandai meniaga.. mamak lebih pandai, caj mahal2, kalau tak habis hari ini, tambahkan saja dengan yang baru dan masakkan semula...

    Memang diaorang cepat kaya,.. Kadang2 saya hanya minum di kedai mamak, kalau mahukan makanan biasanya saya ke kedai melayu.. Masakan pun lebih bagus..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...