terima kasih buat kalian semua..

Thursday, January 20, 2011

Teksi oh teksi...makin lama makin sakit hati...


Sebagai seorang pekerja swasta yang bergantung kepada pengangkutan awam sebagai pengangkutan harian, saya sering menggunakan perkhidmatan teksi, bas, LRT dan KTM untuk ke tempat kerja setiap hari. Namun, saya telah dikejutkan dengan suatu insiden yang saya alami sendiri. Saya sendiri kurang faham mengapa perkara ini boleh terjadi.

Baru-baru ini, pihak majikan telah memberi saya tugasan luar pejabat untuk diselesaikan. Setelah selesai, saya mahu pulang ke pejabat dengan segera. Saya berniat untuk mengambil teksi sahaja. Destinasinya tidak jauh, dari Subang Jaya ke Taman Desa, Jalan Klang Lama. Tambang kalau mengikut meter mungkin sebanyak RM10 hingga RM15, atau mungkin kurang.

Tetapi apa yang mengejutkan saya, pemandu teksi di sana meminta saya membayar RM40 hanya untuk ke Taman Desa. Itu pun tanpa mengikut meter. Alasannya, trafik sesak dan mahu mengambil anak pulang dari sekolah dan mahu pulang segera.

Saya faham, bukan saya seorang telah mengalami masalah ini, malah berjuta rakyat Malaysia mungkin mengalami pengalaman yang sama. Tetapi kalau tiada siapa yang berani tampil ke hadapan dan membuat aduan, maka sia-sia sahaja pihak kerajaan menurunkan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan jika begini sikap pemandu teksi.

Jika mahu pulang awal, ambil anak dari sekolah, jalan sesak dan sebagainya, tak usah bekerja sebagai pemandu teksi. Bekerja sahaja di pejabat atau bekerja sendiri. Bertugas sebagai pemandu teksi bukan sahaja membawa penumpang dari satu destinasi ke destinasi lain, tetapi memberi perkhidmatan dan kadar bayaran yang ditetapkan.

Kepada pihak berkenaan, tolonglah buat sedikit pemantauan. Jangan biarkan pemandu-pemandu sebegini bermaharajalela di luar sana.

AZURA ASHIKIN AZMAN

Jalan Klang Lama

1 comment:

  1. Teksi kat KL ni macam celako yang bawak nye pak lebai...dah lah slow macam nak mampus cas pelanggan jadik bangkrap rezeki tak halal kasik makan anak bini

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...