terima kasih buat kalian semua..

Saturday, February 19, 2011

ADUHAI GURU TERBEBAN: Mokhtar Sabah jawab kembali !!


SAYA ingin mengucapkan terima kasih kepada Guru Tua, Norhisyam dan Othman yang mengulas tulisan saya pada 8 Februari lalu. Untuk makluman, saya pernah bertugas selama lima tahun di Kedah, empat tahun di Johor, enam tahun di Selangor dan selebihnya di Sabah, berkhidmat di sekolah rendah dan menengah, dari guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) sehinggalah ke Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS), selain pernah menyandang guru warden asrama desa dan jurulatih sukan kepada Darat (Sukda).

Justeru, saranan Guru Tua dan Norhisyam agar saya keluar dari tempurung telah lama saya laksanakan sejak dulu lagi. Guru Tua ada menyebut tentang masih wujud Guru A di Johor. Kenapa ia berlaku? Jawapannya (rujuk kenyataan Guru Tua) iaitu “Hanya guru bermasalah yang memegang jawatan minimum”. Persoalannya, kenapa guru bermasalah tidak diambil tindakan? Guru sebeginilah yang menjadikan guru-guru yang bagus dan ikhlas terpaksa memikul bebanan tugas tambahan.

Saya menafikan kenyataan Norhisyam berhubung guru sukan. Tulisan saya menyentuh tentang guru-guru bersukan, bukannya guru sukan. Aduhai rakan guru, pelanggan kita adalah pelajar, ibu bapa pelajar, masyarakat komuniti dan pemegang dasar. Tugas perkeranian yang dinyatakan adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kita dan ia adalah tugas kita.

Kepada Othman, memang ada guru diperuntukkan mengajar minimum enam waktu seminggu, selain Guru Besar atau Pengetua. Antaranya Guru Data, Guru Pusat Sumber, Setiausaha Peperiksaan dan Guru Bestari. Jangan lupa, ada sekolah berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM). Kepada warga pendidik, sifarkan rungutan dan ikhlas bekerja kerana semua itu kerja kita dan ia adalah ibadah. Fikir-fikirkanlah.

MOKHTAR SABAH

6 comments:

  1. sesungguhnya cikgu memamng x ada pengalaman sebagai guru. saya pernah menjadi Guru media mengajar 27 masa seminggu dan saya juga menjadi guru data, selama hampir 16 tahun saya mengajar dan menjadi guru media selama 10 tahun x pernah dapat kurang dr 25 masa inikan pula nak dapat 6 masa... ish ish, cikgu ni mmg pandai mengelak tugas kalau benarla seorang cikgu.

    ReplyDelete
  2. JAWAB BALIK APE YG KO CKP RITUUU.. MAKLUM SALAH!

    ReplyDelete
  3. Cikgu mokthar ni ambil contoh guru besar ke? Memanglab GB diperuntukkan 6 masa saja tp bersebab..Kenapa tidak ambil contoh guru2 yg mengajar kelas yg akan mengambil exam. Jgn buat kenyataan yang menyebabkan kejatuhan maruah org lain cikgu. Apatah lagi profesion guru.
    Klu kira 28 waktuX30minit=840minit bahagi 60 minit memang lah dpt 14jam.Tapidalam masa 14 jam ini guru tidak dibenarkan untuk menanda buku, key in markah, buat rancangan mengajar. Melatih murid utk kegiatan ko-kum atau apa2 saja. Guru hanya mengajar. Segala kerja selain mengajar dibuat pada waktu lain... Fikir la..guru2 yg mengajar kelas tambahan.. berapa lama dia sedekahkan masa utk anak2 bila setiap hari sabtu mengajar kelas tambahan percuma.. sedangkan penjawat awam yg lain boleh berseronok dgn keluarga. Duit minyak siapa yg bayar?

    ReplyDelete
  4. tahniah cikgu mokhtar.. kamu ada ciri2 guru yang kuat membodek dan bcita2 utk naik pangkat dgn cepat!tapi kerja kamu confirm tiada kualiti.

    ReplyDelete
  5. kaki bodek dan kuat tipu rakyat. itulah sikap seorang yang biadap dan tidak hormati bidang perguruan.

    ReplyDelete
  6. sedih baca dia kata kita tak anggap kerja guru ni ibadah ........ kita merungut bkn bererti kita x anggap kerja itu ibadah.... kalau nak ikut byk ibadah guru2 buat buku murid hilang cikgu hulur duit , duit murid hilang tak mkn cikgu hulur duit , murid x bawa pencil semingggu ....cikgu belikan pencil ...semua tu x minta duit ...tu anggap sedekah ..ibadah tu ... bab kerja lebih yg ciktu moktar tulis 8 jam tu dgn kerja x bersilang satu jawatan satu je ...tu bohong ...jgn la jthkan rungutan kami sbg tak bersyukur dgn kerja ....rasanya cikgu ni ...tak pernah kot dpt tugas bersilang ... ank emas tiap gb atau mmg cikgu ni jenis tolak semua kerja so gb bg satu je kerja senang .....

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...