terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, February 16, 2011

Banteras pengguna, peniaga cermin gelap kereta !!


UMUM mengetahui bahawa kerajaan melalui agensi penguatkuasaannya iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah lama mengharamkan pemasangan cermin gelap pada

kenderaan awam, kecuali kepada golongan tertentu sahaja seperti Raja-raja Melayu. Juga pemimpin tertinggi kerajaan dan tentera, menteri-menteri dan juga kepada golongan seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan cermin gelap. Tetapi ironinya, perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah sebaliknya. Semakin ramai pengguna kenderaan bertindak berani dengan terang-terangan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan, seolah-olah larangan tersebut tidak lebih daripada secebis tulisan di atas kertas sahaja.

Golongan ini langsung tidak berasa takut terhadap undang-undang kerana bagi mereka, pihak JPJ tidak akan mengambil tindakan kerana banyak lagi kenderaan bercermin gelap seperti mereka. Malah, tatkala luahan rasa tidak puas hati ini ditulis, jiran saya sendiri dengan bangganya baru sahaja memasang cermin gelap pada kenderaannya. Alasannya sama iaitu ramai orang telah memasangnya dan tiada apa-apa tindakan diambil oleh JPJ.

Bagi pengguna 'lurus' seperti saya yang mengikut undang-undang, sudah tentu berasa tidak adil dengan keadaan yang berlaku. Jika pihak JPJ benar-benar serius untuk melarang penggunaan cermin gelap, maka mereka harus menguatkuasakan undang-undang. Ambil tindakan paling agresif secara terus menerus dan bukan sahaja pada masa-masa tertentu terhadap pengguna yang degil, seperti mana yang tertera di dalam laman web JPJ yang berbunyi:

n Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda tidak melebihi RM 500 atau penjara tidak melebihi dua minggu untuk kesalahan pertama.

n Denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70 peratus. Cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50 peratus.

Bahkan bukan setakat tindakan terhadap pemandu sahaja. Golongan peniaga yang menjual cermin gelap juga harus dikenakan tindakan undang-undang yang sama atau lebih berat lagi kerana tidak akan ada permintaan tanpa bekalan.

PEMANDU KECEWA Shah Alam, Selangor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...