terima kasih buat kalian semua..

Friday, February 25, 2011

Berkualitikah ustaz lulusan Mesir???


UNIVERSITI-UNIVERSITI di Mesir banyak melahirkan tokoh-tokoh agama di Malaysia suatu ketika dahulu.

Tidak dinafikan Mesir merupakan salah satu destinasi pilihan dalam pengajian agama di kalangan pelajar Malaysia.

Namun sejak kebelakangan ini, semakin banyak kedengaran suara-suara yang tidak enak didengari mengenai pelajar-pelajar kita di Mesir.

Kualiti pelajar keluaran Mesir terutama dari bidang agama semakin diragui. Umum mengetahui sistem jadual dan pengajaran di Mesir agak longgar dan agak tidak menitikberatkan soal kedatangan. Keadaan ini sebenarnya memerlukan disiplin yang tinggi di kalangan pelajar untuk menimba sebanyak ilmu yang mungkin.

Akan tetapi, bagi pelajar-pelajar yang kurang rajin (malas), keadaan sebegini semestinya membuatkan mereka tidak menghadiri kuliah-kuliah di universiti.

Akhirnya, graduan-graduan yang dilahirkan kurang berilmu apabila pulang ke Malaysia kelak. Padahal, majoriti masyarakat awam Malaysia masih memandang tinggi graduan-graduan yang dilahirkan dari Mesir.

Secara tidak langsung, fenomena ini dapat menimbulkan fitnah kepada 'orang-orang agama' lebih-lebih lagi apabila mereka memegang jawatan-jawatan utama dalam institusi agama di Malaysia.

Sebagai perbandingan secara kasar, sebanyak 1,000 graduan dari Mesir menamatkan pengajian mereka setiap tahun.

Tetapi terlalu sedikit yang kita lihat mereka menjadi suara-suara di barisan hadapan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah. Ke mana perginya graduan-graduan Mesir yang lain?

Apakah mereka tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup untuk memperjuangkan dakwah dengan menerangkan asas-asas Islam yang sahih kepada masyarakat? Persoalan ini bukan untuk merendahkan graduan-graduan Mesir, sebaliknya ambillah sebagai kata semangat dan perangsang untuk mengembangkan pemahaman agama Islam yang tulen di kalangan masyarakat. Percayalah, masyarakat amat memerlukan input- input agama dari anda semua.

Kepada pihak kerajaan, saya berpendapat bahawa sudah tiba masanya kita menghantar pelajar-pelajar ke Arab Saudi. Dengan keadaan negara Mesir yang masih bergolak, inilah masa yang sesuai untuk kita menghantar lebih banyak ke Arab Saudi. Mereka juga kebelakangan ini mempunyai banyak unverisiti yang berprestij seperti Ummul Qura' dan Universiti Islam Madinah.

Kepada ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak ke Timur Tengah, didiklah mereka agar ikhlas dan berdisiplin dalam menuntut ilmu. Janganlah apabila pulang ke tanah air nanti, minda mereka kosong. Percayalah apabila seseorang graduan dari Timur Tengah meletakkan kopiah di kepala, masyarakat akan terus mengangkat mereka sebagai 'ustaz' biarpun pengetahuan agama tidak seberapa.

Kepada graduan-graduan Timur Tengah, ikhlaslah dalam menuntut ilmu dan bawalah pulang permata-permata yang berguna untuk masyarakat di Malaysia.

BEKAS PELAJAR Hosp Sultan Ismail

1 comment:

  1. Saya ada beberapa orang kawan yg belajar di Mesir. Tp yg sorang ni kawan baik saya. untuk pegetahuan semua kawan saya tu gay. kami kawan baik sejak sekolah menengah lagi. saya tau kebanyakan aktiviti songsang dia tu.
    tp dia seorang pelajar cemerlang. bagi saya layak lah dia sambung ke sana. saya ingat dia akan berubah bila balik nanti.
    ternyata telahan saya meleset. dia pulang dgn pakwe baru yg cute. saya kecewa dgn keadaan ini. terkejut juga bila diceritakan keadaan dia disana. sering bertukar2 pasangan. saya pernah bertanyakan dia. apa dia buat kat sana? tp dia dgn selamba mengatakan yg dia menjadi rebutan diantara lelaki bernafsu songsang. saya dah mati akal. tak terkata mendengar ceritanya itu.
    sekarang dia menjadi salah seorang DJ radio berasaskan Islam. dia juga pernah menjadi pengacara tv rancangan Islamik. Tah la apa nak jadi pelajar2 dr Mesir. lain diharap, lain pula yg jadi. mungkin ini cuma kes terpencil. seingat saya dulu ketika disekolah berasrama, agak ramai pelajar lelaki yg horny. tak kira siapa, asal dpt melepaskan nafsu. fenomena ini berlaku di sekolah agama. bila dikenang kembali, ia agak pelik. mungkin perkara ini tak diketahui umum. saya pernah menjadi mangsa. tp saya tak pernah bagitahu cikgu atau warden. sbbnya mungkin malu, kurang pendedahan tentang "sexual abuse", keliru...dll. saya pernah lihat junior mangsa "sexual abuse" abang senior. mula2 kelakuan dia tu macam tak suka. lama2 nampak macam belangkas. penuh badan adik junior tu dgn love bite. spt kata pepatah, "Alah bisa, tegal biasa".
    tp nasib saya lebih baik dari adik junior tu kot. saya tak la begitu sekali kena abuse. saya tak tau nak cerita dgn siapa.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...