terima kasih buat kalian semua..

Sunday, February 13, 2011

BETULKAH PROSEDUR INI???? ATAU SAYA DAH KENA KENCING !!


SUAMI saya telah dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya pada 28 Oktober 2010 kerana sakit kepala. Suami terpaksa masuk wad kerana dikatakan ada ‘meningitis’. Selepas tiga hari, suami dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.

Pada 9 November 2010, suami tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke ICU. Keesokan paginya, suami telah dibedah dan doktor mengatakan terdapat darah beku dalam otak. Selepas pembedahan, suami koma selama tiga hari tanpa menunjukkan sebarang tindakbalas dan Allah lebih menyayangi beliau dan menghembuskan nafas terakhir pada 12 November 2010, pukul 5.20 petang.

Kami reda tetapi sebulan selepas suami meninggal dunia, adik ipar saya selaku waris telah dihubungi pihak Hospital Pulau Pinang untuk mengambil tulang. Adik ipar saya yang mengambil tulang tersebut terkejut kerana tulang itu adalah tempurung kepala arwah suami saya. Apabila ditanya, pihak hospital mengatakan itu prosedur biasa iaitu selepas pembedahan dilakukan, barulah tempurung akan dimasukkan semula. Saya terkilan kenapa tempurung kepala tersebut tidak diserahkan semasa hari pengurusan jenazah suami supaya boleh dikebumikan sekali. Ini satu perkara yang sensitif bagi orang Islam.

Saya hairan kenapa tempurung kepala mesti dibuka dan tidak dimasukkan semua ke kepala suami dan mengapa mesti diletak semula selepas suami sedar. Bermacam-macam perkara yang bermain dalam kepala saya ketika ini. Saya harap ada pihak yang sudi menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut kepada saya, adakah kerana kecuaian atau memang betul itu prosedur yang perlu dilakukan.

MUNA

Seberang Jaya

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...