terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, February 15, 2011

Biadap !!! Motosikal besar berlumba di lebuhraya !!


SAYA adalah salah seorang daripada puluhan ribu pengguna jalan raya yang melalui Lebuh Raya Pantai Timur, bermula dari Tol Gombak sehingga Tol Kuantan.

Saya ingin membuat aduan mengenai sikap biadab dan kurang rasa hormat di kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang melalui sepanjang lebuh raya berkenaan. Mereka menggunakan jalan ini sebagai tempat untuk berlumba sesama mereka. Mereka menunggang secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain, terutama pemandu kereta.

Saya telah melalui pengalaman hampir dilanggar oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi ini sebanyak tiga kali. Ini kerana setiap kali mereka berada di belakang kenderaan lain, mereka akan mencelah di antara kenderaan, terutama kereta. Sikap ini menyebabkan pemandu kereta akan terkejut dan boleh mengundang kemalangan.

Boleh dikatakan pada setiap minggu berlaku kemalangan melibatkan penunggang motosikal ini. Apa yang membimbangkan sikap mereka yang begitu angkuh semasa menunggang dan menggunakan laluan kanan sepanjang masa boleh mengundang padah kepada pengguna lain.

Penunggang motosikal ini hanya melakukan kegiatan ini pada hujung minggu sahaja. Kegiatan mereka boleh dikesan pada hari Sabtu dan Ahad. Mereka akan berlumba untuk cepat sampai dan kadangkala berulang alik dari satu tempat ke satu tempat dalam tempoh masa yang singkat sahaja. Rasa puas di dalam diri mereka sekiranya dapat mengatasi rakan-rakan lain.

Sekiranya masalah ini tidak ditangani oleh pihak berkuasa dengan sewajarnya, mereka ini akan terus bermaharajalela dan menganggap undang-undang sebagai satu perkara yang boleh dianggap remeh. Diharap pihak berkuasa bertindak.

PEMANDU KERETA

Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

## gambar hiasan

4 comments:

  1. tak semua mereka berlumba..

    ReplyDelete
  2. nape x g litar je...ble tnjk sape lbh trerr..

    ReplyDelete
  3. Kelakar lah baca. Yang tulis tu maybe pondan or budak sekolah

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...