terima kasih buat kalian semua..

Thursday, February 10, 2011

Dakwaan guru hanya kerja 8 jam seminggu !!: Guru Tua sanggah Mokhtar Sabah


SAYA ingin memberi reaksi berdasarkan tulisan Mokhtar Sabah. Saya ingin memberi pendapat berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan. Saya rasa ramai guru yang terkejut dengan tulisannya. Di sini ingin saya menyangkal beberapa pandangannya.

Siapa guru yang diberi tanggungjawab mengajar enam waktu seminggu? Hanya Guru Besar yang diwajibkan mengajar enam waktu seminggu kerana beban tanggungjawab yang digalas. Guru mana yang purata mengajar 16 waktu seminggu? Rata-rata guru biasa di sekolah saya mengajar 32 waktu seminggu dengan beban tugas lain. Itu belum ganti guru bersalin yang tiada pengganti.

Contohnya Cikgu A.

- Masa mengajar 32 waktu x 30 minit seminggu.

- Guru Kelas

- Guru Data SDM

- Guru Disiplin

- Pengerusi Teknik Zon

- Guru Bertugas Mingguan

- Setiausaha Kelab Guru

- Penolong Ketua Rumah Sukan

(Banyak lagi tugas yang perlu diselesaikan seperti mengisi Data Sistem Maklumat Murid (SMM) yang berubah-ubah setiap tahun, majlis persaraan, Hari Kantin, Hari Sukan dan lain-lain.)

Kami tersinggung dengan kenyataan Cikgu Mokhtar yang menyatakan guru mengajar lapan jam seminggu bersamaan dengan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.

Wahai, Mokhtar Sabah, keluarlah dari bawah tempurung. Tugas guru bukan hanya mengajar di dalam kelas, tetapi mendidik murid dari lepas subuh sampai sebelum maghrib. Malahan ada guru yang ikhlas menabur bakti hingga 10 malam. Di padang waktu petang, kalau bukan guru, siapa agaknya?

Mokhtar Sabah menyatakan seorang guru diberi satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Lihatlah contoh Cikgu A di atas. Hanya guru bermasalah yang memegang jawatan minimum. Kalau cikgu tersebut seorang yang bagus, maka makin banyak beban kerja terletak di bahunya.

Kami tidak pernah mengeluh tentang tugas hakiki menanda buku kerja pelajar, kertas ujian dan menyediakan soalan. Kami tahu tanggungjawab kami. Cuma yang kami bincangkan kerja-kerja lain yang membebankan seperti mengisi data yang sepatutnya bukan kerja kami.

Agaknya Mokhtar Sabah tidak pernah bertugas seminggu selepas cuti dan seminggu sebelum naik sekolah semasa cuti sekolah hujung tahun. Cuti kami diambil, tapi kami akur dengan arahan tersebut.

Wahai Mokhtar Sabah, kalau murid sekolah cikgu tak ramai, bolehlah cakap besar. Cubalah mengajar di sekolah yang muridnya lebih 2,000 orang. Agaknya Cikgu Mokhtar datang sekolah bila jam berbunyi 7.20 pagi dan balik 12.50 tengah hari. Cikgu Mokhtar tak bertugas untuk mengawal disiplin murid awal pagi, waktu rehat dan waktu balik? Ingat ya, tugas guru bukan mengajar di kelas sahaja!

Hanya guru yang memahami masalah yang dihadapi oleh guru. Mokhtar Sabah, marilah datang ke Semenanjung, tukar angin untuk merasai apa yang kami rasa. Jangan dijolok sarang tebuan! Walaupun kami terbeban dengan tugas yang banyak, kami laksanakan dengan jayanya. Kami berjaya mengawal emosi dan tak perlu jumpa doktor sakit jiwa!

GURU TUA

Johor Bahru, Johor

7 comments:

  1. mana ada kerja yang senang didunia ni tak kiralah kerja apapun

    ReplyDelete
  2. Banyak guru yang pelik-pelik.. berhenti sajalah dari menjadi guru daripada menjatuhkan martabat guru. Cari kerja lain yang kerjanya tidak ada kerja yang nak dibuat...

    ReplyDelete
  3. Mokhtar tu sebenarnya bukan guru..cuma berlagak dgn meneropong kononnya itu ler kerja cikgu. dari pandangan beliau dah tau dia dengki dengan kerja guru..macam dia tu dulu hidup2 aje dah pandai tanpa belajar dengan cikgu...kalau taknak berterima kaseh, tapi jangan menghina. tolong ya...

    ReplyDelete
  4. gue pun guru....kat sabah juga..mengajar sekolah yg ada asrama...setiap selasa balik pukul 8 malam selepas selesai buat kuliah maghrib utk pelajar...rasanya si mohktar tu jenis keje ikut time...6.50 masuk 12.30 balik..urusan2 lain tak peduli kecuali P&P...kalo begitu bagus jgn jd cikgu..bagus ko jd security sekolah...bikin malu cikgu kat sabah aja..palui....

    ReplyDelete
  5. ermmmm... jom kita pegi lawat sekolah dia yang masa mengajar cuma 16 waktu jak... ramai2 kita pegi.. bawak sekali jadual waktu tampal kat dahi dia..

    ReplyDelete
  6. memg tugas guru di sbh n srwk x seberat tugas guru di semenanjung... sy ada pengalaman mengajar di srwk... tugas guru tersgt la senang, stp drjh cuma ada 1 kelas, bil murid pun x ramai... sbb tu la dia blh ckp mcm tu... cuba kita bg dia mengajar di semenanjung.. dgn bil murid yg mencecah hingga 40 org dlm 1 kelas... kita tgk blh x dia handle perangai murid2 tu... bru dia tau tertekan or x...

    ReplyDelete
  7. moktar bukan guru dan memang seorang yang sewel dan membuat analisa sebarangan.

    Prof. Madya Husani

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...