terima kasih buat kalian semua..

Saturday, February 5, 2011

GARIS PANDUAN BERPAKAIAN ARTIS


KEBELAKANGAN ini kerap diperkatakan tentang ketidaksopanan artis-artis wanita berpakaian di khalayak ramai dan pentas. Sepatutnya, kementerian berkaitan menetapkan garis panduan kepada golongan artis wanita dalam berpakaian di khalayak ramai.

Jika tidak ada garis panduan, maka mereka merasa kebal daripada tindakan undang-undang sehingga tidak malu untuk berpakaian menjolok mata termasuk dalam majalah atau media elektronik.

Saya sarankan agar mereka ini digam atau dilarang daripada muncul dalam rancangan hiburan sekiranya masih tidak berubah.

Ketegasan kementerian terbabit akan membantu mengekang gejala sosial yang tidak sihat di kalangan masyarakat.

KAMALIS MASYHUR

Melaka

1 comment:

  1. setuju... perlu ada garis panduan supaya minda rakyat tidak dirosakkan

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...