terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, February 8, 2011

Haramkan DVD dalam kereta !!


MERUJUK kepada cadangan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengharamkan penggunaan DVD di dalam kenderaan, saya amat bersetuju agar ia dilaksanakan segera.

Saya telah menyaksikan sendiri bagaimana pemandu-pemandu yang meletakkan skrin DVD di bahagian hadapan sama ada di atas dashboard atau di pelindung silau (sun visor), menonton sambil memandu.

Mereka ini tidak menumpukan perhatian kepada pemanduan. Akhirnya ada yang memandu terlalu perlahan, ada yang tidak mengawal kenderaan dengan betul, ada yang memandu di lorong kanan sambil menonton sehinggakan tidak sedar kenderaannya menghalang kenderaan lain. Semuanya membahayakan pengguna lain.

Saya mencadangkan agar penggunaan skrin DVD ini hanya dibenarkan dipasang di bahagian belakang iaitu untuk penumpang sahaja. Pemasangan di bahagian hadapan sama ada di bahagian sebelah pemandu, di atas dashboard, di penghadang silau malah di tempat radio sekalipun hendaklah diharamkan.

Saya rasa prinsipnya mudah. Jika pemandu ingin menonton DVD, berhentikan kereta. Berehat dan menontonlah sepuas-puasnya di bahagian penumpang belakang atau duduklah di rumah, menonton dahulu barulah memandu. Ingat, sikap buruk anda mungkin penyebab kematian anak anda sendiri!

Kerajaan hendaklah tegas dan mendapatkan kerjasama daripada semua pengeluar serta pengimport kereta untuk memastikan tiada pemasangan skrin DVD di bahagian hadapan agar pengguna jalan raya yang tidak berdosa tidak menjadi mangsa. Jika cermin gelap boleh diharamkan ke atas semua kenderaan, kenapa tidak skrin DVD di bahagian hadapan?

Bin Warno

Shah Alam, Selangor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...