terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, February 1, 2011

"Kahwin dengan pasangan yang sama tahap dengan anda ataupun bijak sedikit daripada anda.."


SESUATU hubungan terutama perkahwinan perlu terus dirangsang untuk memastikan ia kekal. Sikap ambil mudah dan tidak peka untuk memberikan rangsangan antara satu sama lain akan menjadikan hubungan itu hambar.

Di sini diturun lima petua untuk merangsang perhubungan anda.

*Kahwin dengan pasangan yang sama tahap dengan anda ataupun bijak sedikit daripada anda

Satu kajian yang dijalankan di Seattle, Amerika Syarikat, ke atas 169 pasangan bermula dari tahun 1956 hingga 1984 mendapati, pasangan yang mampu pertahankan rumah tangga adalah dari kalangan mereka yang mempunyai kebijaksanaan yang lebih kurang sama, lebih fleksibel dari aspek perangai, mempunyai tanggungjawab sosial yang sama dan taraf pendidikan yang sama.

Penyelidik juga mendapati selepas 14 tahun bersama, individu yang pandai memahami pasangan masing-masing akan berjaya mengangkat pasangan yang kurang sedikit ke tahap yang sama dengan mereka.

* Peganglah tangan pasangan anda tanpa mempedulikan pandangan orang luar

Pegang tangan adalah satu cara untuk membangkitkan perasaan hangat dan keintiman. Malah menurut kajian, ia juga mampu mengurangkan rasa tekanan.

Dalam satu kajian saintifik yang menggunakan imbasan otak ke atas wanita berkahwin yang diberitahu akan menerima renjatan elektrik, dengan hanya memegang tangan suami boleh meminimumkan tindak balas otak terhadap ancaman tersebut. Isteri yang mempunyai hubungan rapat dengan suaminya dilaporkan mengalami amat kurang tekanan berkaitan aktiviti otak mereka.

* Beri ciuman sekurang-kurang sekali sehari

Sentuhan berupa ciuman mampu menghasilkan hormon oksitoksin dan mengurangkan hormon stres di kortisol otak. Tapi bukan itu sahaja khasiat ciuman. Penyelidik mendapati apabila kita bercium, kita merangsang sekurang-kurangnya separuh daripada saraf kranial yang melibatkan fungsi selebral otak. Sentuhan yang didapati daripada ciuman itu, merasai kelembutan bibir merangsang neuron di otak sekali gus mewujudkan hubungan yang segar.

* Letak gambar pasangan atas meja di pejabat.

Imbasan otak menunjukkan apabila anda melihat gambar pasangan yang anda cintai secara kerap terutamanya pada awal perkahwinan mengaktifkan aktiviti di bahagian otak yang berkaitan dengan keseronokan. Ia sekali gus memberi kesan positif untuk anda memberi perhatian dan motivasi kepada pasangan anda.

Rangsangan tersebut adalah seumpama ketagihan seseorang pada minuman yang mengandungi kafein.

Bayangkanlah apabila seseorang yang amat suka meminum kopi akan rasa lega apabila mendapat secawan kopi.

Begitulah juga perasaannya apabila mereka melihat gambar pasangan dengan kerap. Ia umpama penyuntik semangat dan rasa cinta dalam hubungan tersebut.

* Selalu peruntukan masa untuk berdua-duaan

Satu kajian yang dijalankan menunjukkan tekanan darah tinggi seseorang akan menurun apabila mereka menghabiskan masa dengan pasangan masing-masing.

Penurunan tekanan itu juga menunjukkan perbezaan apabila seseorang itu menghabiskan masa berseorangan atau dengan orang lain selain pasangan mereka.

Berdua-duaan itu penting walaupun tanpa suara. Cukuplah berada dalam satu bilik dengan aktiviti menonton, membaca, melayari laman web mahupun membuat teka silang kata bersama sudah cukup memberikan rangsangan kepada perhubungan anda.

1 comment:

  1. @ Berdua-duaan itu penting … mahupun membuat teka silang kata…
    -
    Silang Kata Kelopak by Ai-Zat-i-Zat (Rumi + Jawi)
    -
    http://typophile.com/node/51401
    http://powerwordpuzzles.com/sunbursts/
    http://typophile.com/files/Krosslang.pdf
    http://typophile.com/files/Key-Whls.pdf
    http://typophile.com/files/16-petals.pdf
    http://typophile.com/files/K-flower.pdf
    -
    Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...