terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, February 9, 2011

Kenapa wanita cukup Takut bermadu???


KISAH minggu lalu tentang bermadu dan berkongsi menarik perhatian Mimizarina untuk berkongsi pengalaman pahit yang dilaluinya. Hingga kini dia masih tidak faham mengapa ramai kaum wanita takut bermadu.

''Sudah bertahun-tahun saya mengikuti ruangan ini rasanya sekali dua saya terbaca kisah wanita yang izinkan suaminya berpoligami, yang lainnya semua akan bertindak sebaliknya, ada juga jadi lebih ganas bila dengar cerita suami ada kekasih haru apa lagi kalau suami melahirkan hasrat hendak kahwin lagi. Mengapa jadi begini?'' Itu pertanyaan Mimizarina dalam emelnya.

''Saya berkahwin ketika ber usia 35 tahun. Suami saya sudah pastilah suami orang. Saya kira tentu pembaca dapat menelah masalah yang saya hadapi dengan madu saya di samping memahami masalah suami saya sendiri. Pelbagai ragam dan syarat ditetapkan sebelum hasrat saya berkahwin dengan suaminya dapat diterima. Iaitu izin bersyarat.

''Macam-macam syarat dan masalah diletakkan ke bahu suaminya supaya hasrat kami hendak berkahwin tidak terlaksana. Masalah pertama tentulah soal kewangan, dia bimbang suaminya tak mampu menanggung dua keluarga sedangkan dia sudah ada tiga orang anak.

Kasih-sayang

''Kepada suami saya mahupun saya sendiri itu bukan masalahnya, sebab saya bekerja dan sudah memegang jawatan yang agak tinggi. Jadi masalah berebut duit tak timbul langsung, sebab saya boleh tanggung diri sendiri.

''Lebih daripada itu saya juga memiliki rumah dan kereta sendiri. Jadi di sini jelas unsur-unsur 'nak mengaut harta' suaminya tidak timbul sama sekali. Sebab kalau selama ini saya boleh bayar ansuruan kondo dan kereta mewah yang saya miliki, takkan saya tak boleh teruskan selepas berkahwin. Apa yang saya harapkan cuma kasih-sayang dan perlindungan dari seorang suami. Saya ingin menumpang kasih sayang suaminya. Tetapi itu pun tidak diizinkan oleh isterinya, dia seolah-olah takut bahawa saya akan kawal harta dan duit ringgit suaminya, dan merampas kasih sayang suami dan anak-anaknya.

''Oleh kerana suami saya ketika itu masih berkeras hendak memperisterikan saya, dan masih berkeras mahu berpoligami, maka terjadikan pergaduhan antara mereka suami isteri yang berakhir dengan berpisah. Sebab isterinya tak rela bermadu sebab dia takut keselesaan, kesenangan serta kasih sayang suaminya saya rampas.

''Apabila terjadi perceraian maka sudah tentulah saya dipersalahkan dan dipertanggung jawabkan 200 peratus menjadi punca dan penyebab perceraian mereka. Sedangkan isterinya tidak menyalahkan dirinya bahawa dia sendiri yang meminta diceraikan sebab dia tidak mahu berpoligami. Rugikah dia kalau dia dipoligamikan?

''Sebagai manusia, yang dilahirkan dengan unsur-unsur kasih sayang, saya tidak faham mengapa kita tidak merelakan kasih dan sayang suami kita dikongsi bersama orang lain. Sekiranya bimbang suami tidak berlaku adil, bukankah setiap masalah boleh di selesaikan dengan baik kalau dibawa berbincang dan bermuzakarah?

''Lebih teruk lagi bila saya berkahwin dengan suami orang, mestilah ada yang gatal-gatal mulut bertanya "dah tak ada lagi ke orang bujang dalam dunia ini nak dibuat suami?" Masalahnya, bukan tak ada! Tetapi masalah saya setiap kali bercinta dan berkasih dengan orang bujang bagai nak rak dan saya memberi seluruh jiwa raga dan cinta saya kepadanya. Akhirnya saya ditinggalkannya juga dengan pelbagai alasan.

''Ada jugak lelaki bujang yang menolak cinta saya katanya "awak tak layak untuk saya!" sebabnya hanya kerana jawatan dan pendapatan saya lebih besar daripada dia.

''Pada pandangan saya juga, bercinta dan berkasih dengan suami orang tu bukanlah satu kesalahan, bukan juga satu dosa, selagi kita masih lagi menjaga adab dalam perhubungan kita di sisi Allah, kerana saya orang Islam. Dan saya amat berpegang kepada ajaran keluarga saya, berkawan boleh tetapi jangan sampai terlanjur.

''Kini saya masih ada beberapa orang rakan perempuan yang masih belum berumahtangga dan masing-masing takut untuk terlibat dengan lelaki yang berstatus suami. Sebab mereka tidak mahu dituduh perampas. Jauh sekali dituduh hendak merampas harta benda lelaki tersebut. Sedangkan mereka memegang jawatan tinggi.

''Di sini saya ingin bertanya kepada pembaca khususnya kaum wanita sekelian, kalau sudah tak ada orang bujang atau duda yang sudi hendak memperisterikan mereka, salahkah kalau lelaki yang berstatus suami memperisterikan mereka? Tolong jawab!

''Kenapa para isteri menjadi 'kedekut' dengan beranggapan suami itu adalah hak mutlak mereka seorang sahaja? Tidak boleh dikongsi dengan wanita lain. Bab inilah yang saya tidak faham sangat. Saya sendiri merelakan mereka untuk bermadu dengan saya, mereka pulak yang tak mahu bermadu dengan saya?

''Namun pada pandangan saya keengganan mengizinkan suami berpoligami disebabkan dua perkara asas; Pertama kerana lemahnya pegangan agama, si isteri tadi, walaupun mereka beragama Islam.

''Kedua, kurangnya kesedaran tentang kasih-sayang yang dikurniakan Allah kepada setiap insan, yang seharusnya dikembang dan disebarkan kepada semua umat-Nya. Sedarkah anda bahawa kasih sayang adalah milik setiap insan. Bukan milik peribadi anda.

''Saya juga nak tanya apakah para isteri semua lebih rela ramai gadis tak kahwin atau jadi andartu daripada berpoligami? Saya faham kalau suami tak mampu memang mereka tak layak berpoligami.'' Demikian cerita Mimizarina.

13 comments:

  1. Tuan,

    Saya rasa poligami sudah tidak lagi relevan sekarang. Penduduk dunia dari hampir semua negara menunjukkan bilangan lelaki telah pun melebihi wanita.
    Bermakna jika semua lelaki berkahwin seorang pun, masih ramai lagi lelaki yg tidak akan mendapat jodoh apatah lagi jika ramai yg berpoligami.

    adnan M

    ReplyDelete
  2. perkahwinan adalah suatu ikatan akur janji mentaati allah,mentaati suami,menyayangi istri serta menghormati semua ahli keluarga kita.terkadang kala berlaku juga lidah tergigit,kesakitan yang melanda melempiaskan prasana kehadhiran orang ketiga,maka wujudlah istilah bermadu.tidak semesti berlaku sebegini dengan kerana lidah tergigit sahaja, masa keadaan dan keupayaan seseorang itu membolehkan seseorang itu berjenama sedemikian.renongkan kembali apa yang disampaikan dalam alquran,jikalau berkemampuan dua tiga kalau tidak memadailah dengan yang satu.wallahuallam.

    ReplyDelete
  3. berkahwin kerana Allah. kerana cinta kepada Allah yg Maha Agung kekal selama2nya. cinta kpd manusia hanya sementara. cukuplah berkasih sayang sesama manusia semata2 memenuhi fitrah sbgai seorang manusia. Jikalau si lelaki mampu berlaku adil,sila lah berpoligami. jikalau lelaki ingin memberi perlindungan kpd wanita, silalah berpoligami. tetapi bukan berkahwin kerana nafsu semata2,bukan kerana harta benda & bukan kerana utk membalas dendam.... bagi wanita,terimalah hakikat poligami seadanya~ kerana, apabila anda cinta pada Allah.sudah pasti poligami itu bkn MASALAH BESAR..

    ReplyDelete
  4. sebenarnya poligami ini memerlukan kefahaman..saya cuba nak bertanya..boleh tak dalam masa yang terdekat pihak penulis mencari seorang lagi pendamping suami puan yang boleh dilindungi..cukupkan kuota suami puan..kerana puan adalah seorang yang berjawatan tinggi..mungkin tidak sedikit pun kurang dari pendapatan puan..
    tidak kira siapa pun kite..apa pun yang kita ada..tetapi dalam perkahwinan banyak dugaan dan ujian..bile kite berkahwin..bukan perlindungan suami yang kita perlukan..tapi adalah Rahmat dan Anugerah Tuhan..mungkin bekas isteri suami puan itu kurang diberi bimbingan oleh suami puan dalam menilai tanggungjawab hamba dan khalifah..
    Saya menggalakkan poligami..tapi dengan cara kita tidak memberi dosa pada suami dan pada diri kita sendiri..setiap kali kita merasa tidak ada keadilan dan merungut dengan perkahwinan kita amat berdosa...

    ReplyDelete
  5. Allah tidak menghalang bagi kaum laki2 untuk berpoligami namun ada syarat2 yang perlu diikuti, insyaAllah sefahaman akan tercapai..justeru,adalah wajar jika seorang lelaki yang hendak berpoligami merenung kemampuan dan tujuan untuk meneruskan poligami..kerana dikhuatiri jika poligami niatnya untuk memuaskan nasfu, takut2 anda jadi lesu..poligami tidak relevan? bagaimana boleh kita katakan hukum hakam yg dianjurkan oleh maha pencipta tidak relevan..sesungguhnya Allah mengetahui apa yg kita tidak ketahui.. "eh...tapi, poligami ni banyak menyusahkan dan mendatangkan masalah berbanding kebaikan"...ya, mungkin anda pernah mendengar luahan seperti ini..dangkal nya kita...kalau kita kira manfaat atau kebaikan, kita berbalik pula kepada kejadian manusia...manusia lah yang membunuh dan menjatuhkan sesama sendiri.manusia jugaklah yang merosakan alam sekitar dan manusialah yang bertelagah bila tidak sependapat..maka ternyata manusia ni tidak relevan untuk dicipta?...oh tidak..Allah maha mengetahui dari apa yang kita ketahui..yakin dan percayalah...

    ReplyDelete
  6. salam ummu adalah salah seorang yang menghalalkan poligami.ummu carikan untuk suami tapi masih tak ada jodoh.Untuk wanita yang membenci poligami ingin ummu ingatkan bahawa semua yang kita ada adalah pinjaman untuk kita nikmati semasa hidup di dunia ini. Allah boleh ambil bila-bila masa yang Allah inginkan. Kita juga disuruh oleh Allah untuk berkongsi pasal tulah Allah mewajibkan zakat kepada semua umat islam.Jadi kalau suami anda seorang yang sholeh maka kongsilah dengan wanita lain. InsyaAllah anda akan mendapat pahala yang besar . amin

    ReplyDelete
  7. penulis tidak wajar menyatakan yang dia boleh menerima poligami tapi kenapa si isteri tidak boleh? hakikatnya penulis sendiri sudah lama sedar yang dia berkawan dengan suami orang dan sudah semestinya hati, perasaan dan akalnya sudah cukup bersedia untuk menerima hakikat yang dia akan dan bakal bersuamikan suami orang..Jadi sudah tentu dia tidak ada masalah perasaan apabila selamat dinikahkan nanti..Sedangkan isteri pertama tadi,mungkin sejak bergelar isteri, suaminya hanya menjanjikan hanya dialah kekasihnya, isterinya seorang, bersumpah kan setia dll...Bertahun-tahun sang isteri mendengar sumpah setia sang suami sejak mula menjadi isteri hingga beranak pinak...Jadi apabila dia tau yang suaminya bakal memusnahkan janji dan ingin berkahwin lagi, sudah tentulah ia menjadi satu kejutan besar bagi sang isteri pertama..Terkejut, sedih dll...Rasanya, jika penulis berada di tempat isteri pertama sudah tentu si penulis seperti sang isteri itu juga..Tak mungkin penulis boleh tenang menerima perkhabaran seperti itu..Belajarlah menempatkan diri ditempat isteri pertama..Situasi si penulis dan isteri tadi tidak sama...Janji-janji yang ditabur suami masing-masing juga tidak sama..Kadang-kadang bukan tak boleh terima langsung, tapi masih terkejut,'meroyan'..Perlu bagi masa untuk isteri pertama belajar menerima hakikat itu secara perlahan-lahan..

    ReplyDelete
  8. kalau allah menghalalkan sesuatu, maknanya is releven untuk hambanya sampai bila2.

    ReplyDelete
  9. Amboi cik kiah...sedap aje nk curi laki org. Itu nama nya pencuri. Makan nasi buleh share share cik kiah oii..."anu" mana boleh?? Apa rasa laki kita org lain peluk cium..amboi cik kiah kau hati plastik ke? Mak awak ajar kalau nak benda org pakai ambik aje ke?? Kau nk laki org lindung kau? Org punya lah! TAK DAK BLAJAR KA?

    ReplyDelete
  10. Bodoh punya ummu! Pinjaman ?? Hello! Kalu dh pinjaman kita pompuan pun nk gak ! Amboi tang pinjaman sedap lelaki dpt enjoy ya? Jgn jadi bodoh lah. Org mcm kau lah buat org mcm aku dan org2 lain murtad! Sbb org mcm kau buat islam org tertawa kan, buat perempuan tak boleh drive di saudi, buat taliban bunuh anak gadis yg bersekolah bodoh ! Bodoh! Bodoh!

    ReplyDelete
  11. kalau sayang suami tu, layan lah baik2..jangan bila suami dah cari orang lain baru nak terpekik pekik..


    (makcik sokong poligami)

    ReplyDelete
  12. Lelaki kat dunia ni memeang ramai dari perempuan, so tak kan timbul soal andartu or perempuan tak akan kawin, tapi pernahkah kita fikir, seramai lelaki kat dunia ni, berapa orang je yang akan menjadi suami yang betul2 dikatakan suami???? Tentu bagi semua pembaca tahu keadaan dunia sekarang ni, terutamanya malaysia... Kalau semua lelaki boleh menjadi "suami", tak kan timbul masalah poligami....

    Muhasabah diri sendiri. Masaalah selalunye timbul dari dalam diri kita sendiri.. Tak akan wujud masalah dari pihak ke - 3.. Pihak ke - 3 akan muncul bila kita dah ada masalah.. So, pikir - pikirkan lah... Jangan menuduh orang membabi buta.. Allah swt menjajikan setiap masalah ade jalan penyelesaiyan... Jangan mengata orang lebih2.. tapi pandanglah diri sendiri dulu sebelum berkata - kata....

    Pologami bukan senang, tapi semua yang hidup di dunia ni hanya pinjaman dari Allah. Hanya dia sahaja yang berhak ke atas umat - umat n kehidupan di dunia ini.. Janga terlalu memikirkan kehidupan yang hanya pinjaman.. Cuba kita pikirkan, kalau kita dah di tentukan hidup berpoligami??? Kehidupan yang ditentukan.. Kita tak boleh untuk menolak ketentuan.. Cuba renungkan bersama..

    ReplyDelete
  13. cuba anda bagi pendapat...sy bercinta dgn suami org...cinta ikhlas bukan kerna rupa atau harta...memang cinta ikhlas...sy jg ada ramai peminat di luar sana, juga ada seorg lelaki yg benar2 mencintai sy dan ingin mengawini sy. tp masalahnya sy hanya mencintai dia (suami org). tp dlm masa yg sama sy tak mahu berkahwin dgn dia biarpun dia ada hati utk itu. kami sudah berjanji setia bersama tapi tidak akan berkahwin. diringkaskan cerita...skandal (tapi skandal yg utuh cintanya)...sy sering kali ingin menjauhkan diri drp dia, tp dia tak dpt berbuat demikian. lelaki ni bukan lah kaya sgt. kalau dibandingkan dgn property yg sy miliki sy lagi berkecukupan drp dia. dan kalau sy bandingkan dia dgn lelaki2 yg meminati sy di luar sana mereka jauh lebih baik. single dan driving sport car...tp walau macam mana pun hati sy tetap utk dia. tahap perasaan sy hanya utk mencintai dan dicintai tp sy tak mahu berkahwin dgn dia. apa yg perlu sy lakukan? persoalan sy BAGAIMANA UTK MENGHILANGKAN PERASAAN INI?

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...