terima kasih buat kalian semua..

Thursday, February 17, 2011

Kesal kerana dimaki-hamun di Empire Shopping Gallery


BARU-BARU ini, saya berpeluang untuk mengunjungi pasar raya Empire Shopping Gallery di Subang Jaya untuk membeli-belah dan mengunjungi pusat kecerdasan di bangunan tersebut.

Saya telah meletakkan kenderaan dalam pukul 9.30 malam. Saya membayar tiket konsesi tersebut berharga RM2 pada pukul 10 malam. Saya terlewat keluar dari meletak kenderaan melepasi 15 minit masa yang disyaratkan walaupun peraturan tersebut tidak begitu jelas dinyatakan di tempat bayar mahupun di tiket.

Di pintu keluar, kenderaan saya tidak dapat diakses untuk keluar. Saya telah membunyikan hon bagi mencari dan memanggil pengawal bertugas untuk membantu saya kerana kereta telah beratur panjang dibelakang.

Akhirnya dengan tekanan hon kenderaan belakang, masa yang terus berjalan sehingga lepas pukul 10:45 malam, akhirnya tiga orang petugas konsesi tempat letak kereta datang dengan lagak seorang adi wira.

Mereka datang dengan memaki hamun dengan kata-kata berbaur provokasi yang boleh menaikkan angin, perkauman serta menghina kaum lain dan anutannya. Maruah saya tercabar dengan sikap sinisnya dan provokasi melampau.

Salah seorang daripada mereka yang bertindak dengan membuka pintu sebelah penumpang hadapan kereta saya untuk mengajak beradu wira.

Akhirnya, berang dengan perbuatan mereka, saya menghubungi 999 untuk membantu saya. Polis tiba selepas 15 minit panggilan dibuat.

Akhirnya dengan campur tangan polis, kereta saya melepasi penghadang pada pukul 11:15 malam.

Tetapi menjadi trauma dan panas hati saya adalah perbuatan provokasi penjaga konsesi tersebut yang memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata provokasi melampau ke atas saya serta sanggup membuka pintu kerata saya untuk beradu kekuatan.

Apakah memang dalam mengendalikan kes-kes berkaitan penjagaan tempat letak kereta, pengurusan Empire harus melantik seorang yang tangkas jagoan untuk beradu kekuatan sebagai terma utama?

PENGGUNA SENTIASA BENAR

PJ, Selangor

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...