terima kasih buat kalian semua..

Sunday, February 20, 2011

Kupasan pembaca tentang isu Guru Terbeban Kerja dan Mokhtar Sabah

Isu asal disini.


Guru memang musuh nombor satu negara. Jika ada isu guru, seolah-olah ramai kelompok luar (bukan guru) akan mengiyakan bahwa guru memang tidak baik, negatif dan sebagainya (contoh tukang kebun, anonymous dsb).

1. Ikhlas. Ikhlas sebenar urusan tuhan. Kecewa, fedup tak memang dikatakan boleh memansuhkan ikhlas. Tapi itu urusan Tuhan dengan yang empunya diri. Setiap pekerjaan dan tugas memang perlu keikhlasan hatta mengkomen di dalam pos ini pun.
Jika ada guru mengaku ikhlas, maka ikhlaslah ia di kaca mata dia. Jika ada guru ragu-ragu keikhlasan dirinya maka kurang ikhlaslah ia di kaca mata dirinya. Orang lain tak akan dapat melihat secara benar ikhlas manusia. Ikhlasnya polis, ikhlasnya doktor, ikhlasnya ustaz, ikhlasnya pengkomen, ikhlasnya penulis dan ikhlasnya mana-mana orang.

2. Pandangan Mokhtar Sabah masih bias, bersandarkan pengalaman peribadi yang juga TIDAK ADA DATA EMPIRIKAL. Pandangan balas dari pihak menyanggah juga bias kepada pengalaman peribadi, juga tidak berdasarkan DATA EMPIRIKAL. Nah, siapa yang betul di sini?

3. Guru banyak kelebihan dan dimanja oleh kerajaan. Semua kakitangan kerajaan layak diberi pinjaman. Semua kakitangan awam persekutuan dan kerajaan negeri yang berpendapatan tinggi, RM2000 ke atas akan dihambat oleh bank untuk menjadi pelanggan kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya. Juga semua kakitangan awam layak mendapatkan pinjaman tak kira di posisi mana ia bekerja. Prejudisnya penulis di atas, menilai juga berlandaskan pengalaman peribadi sendiri juga, tanpa mengetahui cerita di sebalik tabir.
Guru kenampakan seperti banyak kemudahan kerana ramai melihat hanya JAM DAN WAKTU. Jam mula kerja dan jam tamat kerja rasmi. Kemudian menyamakan guru sekolah rendah dua sidang dengan sekolah menengah dua sidang, menyamakan juga guru sekolah rendah satu sidang dan guru sekolah menengah satu sidang. Realitinya 4 jenis waktu bekerja wujud di dalam sistem pendidikan Malaysia. Pengalaman bergaul dengan rakan bukan guru, baik kakitangan kerajaan sendiri mahupun rakan dari sektor swasta yang kebetulan pelbagai peringkat jawatan menggambarkan bahawa yang diperkatakan adalah 'keselesaan luaran' guru pulang awal kerja/pergi lewat kerja, cuti panjang serentak cuti sekolah, serta mudah dapat sumber kewangan lebih (tuisyen contohnya). Jika hanya RM yang dinilai dan waktu bekerja yang diintai/dicemburui, maka maaflah itu bukan salah guru, ia memang sistem pendidikan begitu. Apa yang dikesalkan, pandangan sebegitu sememangya berat sebelah. Majoriti guru sekarang ialah guru siswazah. Dalam sektor manapun, guru sebegini adalah jawatan pengurusan dan profesional yang layak mendapat cuti tahunan. Di peringkat swasta, ada cuti tahunan 25-35 hari. CUti sekolah itu adalah ganti cuti tahunan tetapi tidak boleh dikumpul untuk dijadikan cuti panjang. Mengikut panduan pekeliling ikhtisas, kakitangan pendidikan yang bekerja di sekolah tidak layak mendapat cuti tahunan tetapi digantikan dengan cuti sekolah. Kakitangan pendidikan yg bertugas di sekolah boleh dipanggil bertugas bila-bila masa dalam cuti sekolah tetapi tidak melebihi 2/3 daripada cuti sekolah keseluruhan. Lumrah ibu bapa, hendakkah cuti tahunan diguna di hujung tahun supaya dapat melancong dengan keluarga, maka begitu juga guru yang telah berkeluarga. Yang bujang, tumpang senang kerana sistem persekolahan begitu yang juga dimahupun oleh ibu bapa. Sejak tahun 2004 (kalau tak silap), guru kini layak mendapat 7 hari cuti tahunan dan syarat-syaratnya sama seperti juga kakitangan awam lain.

4. Ada kaitan dengan perkara 3. Guru mempunyai KLIEN WAJIB setiap hari bekerja. Sesiapa yang bekerja di kaunter LHDN, Pendaftaran Negara, JPJ, dan lain-lain mengetahui bahawa walaupun ramai klien, kadar kebarangkalian yang datang setiap minggu berturut-turut sepanjang tahun adalah hampir 0%. Majoriti juga mempunyai KLIEN DEWASA atau matang. Klien guru pula, mempunyai klien sama setiap minggu dan dijamin 99% sama sepanjang tahun. Juga klien guru menuntut layanan menyeluruh - dalam kelas, luar kelas, keselamatan, sahsiah, ilmu, perkembagnan bakat dan sebagainya. Kakitangan yang ada di sekolah ialah kelompok guru yang akan menjalankan tugas sebaik boleh dalam kapasiti ilmu, keupayaan, kemahiran dan ruang lingkup arahan yang dibenarkan. Semua guru yang memasuki IPG dan IPTA dan tamat pengajian dan kini bertugas di sekolah sememangnya TELAH mengetahui hal ini. Kembali kepada perkara 1, soal ikhlas urusan si dia dengan Tuhannya. Tetapi soal dedikasi soal guru itu dengan pentadbir dan rakan sekerjanya.

5. Klien anak-anak dan remaja - Itu adalah tanggungjawab yang termaktub. Tak perlu orang luar yang tidak dilatih sebagai guru mempertikaikannya. Guru-guru yang keluar dari IPTA dan IPG sememangnya telah dilatih mengendalikan kelas yang kondusif dan ideal. Dengan prasarana yang lengkap anda akan melihat keseronokan klien dan guru belajar dan mengajar di dalam kelas. Ideal kelas adalah dalam julat 25-30 orang. Realitinya, ibarat jauh panggang dari api. Hanya sekolah-sekolah khas yang mempunyai kemudahan tinggi. Jangan hairan ada sekolah yang tidak mempunyai LCD di dalam kelas. Sehebat manapun guru dalam ICT, gerenti tak dapat digunakan semasa mengajar kecualilah guru tadi membeli LCD sendiri dan dibawa ke sekolah (memang ada guru yang beli sendiri LCD utk mengajar - soal ikhlas tanya guru itu dan TUhannya). Akan ada klien yang beranggapan pembelajaran membosankan. Memang pun bosan jika guru kurang mahir mencari alternatif. Tapi tunggu dulu. Bukankah guru seperti kita juga, tak semua punya kemahiran yang sama. Tak semua doktor perubatan boleh menjadi pakar, tak semua ahli bomba akan cekap memadamkan api tanpa alat pemadam api yang sofitikated. Begitu juga guru. Ada pelajar cemerlang yang jadi guru dengan jiwa kental dan berkeyakinan tinggi kerana ia yakin dengan peralatan modem masa kini seperti diuar-uarkan. KEnyataannya hanya sekolah berasrama penuh, sekolah berprestasi Tinggi, MRSM dan beberapa lagi sekolah 'emas' akan ada peralatan itu. Selebihnya sekolah-sekolah dibekalkan infrastruktur asas untuk keperluan masyarakat. Seumpama balai polis yang kurang serba serbi tetapi perlu ada.

6. Individu Guru - ramai guru dilantik dari kalangan wanita. Ramai juga guru baru dilantik dari kalangan lelaki. Malangnya ada juga lelaki yang dilantik adalah lelaki lembut.

7. Guru rajin vs guru tak rajin (pegawai perkhidmatan pendidikan Rajin vs pegawai perkhidmatan pendidikan Tak rajin - Saya lihat ada persamaan dengan pekerja peringkata pengurusan di sektor swasta dan awam yang lain. Ada yang cekap ada yang kurang cekap. JIka difikirkan kerja berpasukan, maka sudah tentulah yang cekap akan menyelesaikan kerja pasukan dengan lebih banyak. COntoh mudah, jika di suruh memasukkan data murid. Guru celik ICT akan dapat menyiapkan ENtri data (>50 textbox) SMM untuk pelajar 30 orang dalam tempoh 2 jam, tetapi yang senior, jangan hairanlah 2 jam tu masih lagi dalam lingkungan 20 rekod murid. Tetapi seperti juga dalam sektor lain, politik pejabat akan wujud. Yang terlalu perlahan sama ada akan memuji dan meminta bantuan dari secepat tadi, ATAU akan bengang dan marah kerana seolah-oleh diperkecilkan. Justeru jangan hairan keharmonian kerja boleh tergugat. Dan tak semua PPPS rajin tadi MASIH BUTA! Perlahan-lahan akan menyedari yang mereka akan dipergunakan. SOal ikhlas, sekali lagi itu urusan sidia dengan Tuhannya. Sebagai manusia perasaan tetap akan terguris.

8. Guru strategik dan kenaikan pangkat - Guru yang suka berpindah untuk mendapat peluang penambahan pengalaman dan mencerahkan kenaikan pangkat. Ketahuilah, antara rahsia guru yang mudah naik pangkat ialah guru tersebut tidak akan lama di sesebuah sekolah. LEpas tiga tahun akan berpindah. Tak semestinya perpindah ke sekolah jauh. Guru sebegini boleh mendapat perpindahan di sekolah berdekatan dalam lingkungan 25 KM radius dari tempat tinggal. APa yang penting ialah Rekod kerja menunjukkan beliau telah bertugas di pelbagai sekolah yang bermakna pelbagai pengurusan. Sekaligus pada masa yang sama, meminimumkan rekod-rekod masalah disiplin kerja atau yang lainnya. Setiap kali perpindahan akan membawa hanya perkara positif, dan tanpa disedari ia amat membantu dalam mencipta rekod positif kerjaya. Nota : hanya guru-guru dari subjek tertentu yang boleh berbuat demikian. Ada subjek yang gerenti kekal lama dalam sekolah berkenaan.

9. Core Business guru - Sememangnya sumpah setia guru adalah mengajar. CUma lagi definisi mengajar dan mendidik ini luas dan sempit. Ia bergantung kepada siapa guru itu dan siapa kepala jabatan beliau. MEndidik termasuklah sahsiah, disiplin, dan kemenjadian murid. Inilah pegangan ramai guru lama (seniors), tetapi ada had ruang lingkup bernafas yang akan mencecik guru BARU (freshies/juniors) Contoh arahan-arahan pekeliling yang menegah dan mengarahkan had tindakan tegas guru biasa (pengecualian pengetua dan ketua guru disiplin - sebagai contoh). Golongan baru yang serba tak kena ini akan terkpaksa beralih arah. Kebanyakan guru baru sekarang (mungkin guru yang sedang bertugas 15 tahun ke bawah) berpegang kepada definisi, takrifan mahupun MAZHAB baru yang bunyinya hampir-hampir seperti ini : 'CORE BUSINESS GURU ADALAH SEMATA-MATA MENGAJAR PELAJAR DI DALAM KELAS MENGIKUT SUBJEK YANG DIAJAR' Apa yang berlaku di luar sekolah adalah luar tugas guru. Pembentukan disiplin di luar sekolah adalah tanggungjawab ibu bapa masing-masing dan masyarakat luar. JIka ada berlaku insiden salah laku di dalam sekolah, tugas pengetua, Penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM) dan Ketua Guru Disiplin (ada kuasa lantikan) sahaja yang boleh membetulkan pelajar-pelajar terbabit sesuai dengan Akta Pendidikan 1961 pindaan 2005, dan kuasa-kuasa yang diperturunkan oleh Pengetua.

10. Benarkah tugas guru membebankan? - Jika dinilai secara luaran, kerja guru tidak membebankan kerana ramai guru suka dengan gaya kerja yang sedia ada. Ramai guru suka bekerja bersama remaja. Memenuhi keperluan remaja (pelajar) aktif dan berbakat bukan masalah bagi guru terlatih. Beban semakin ketara apabila takrifan itu turut mengambil kira 'ERGONOMIC' dan faktor-faktor kesihatan dan keselamatan pekerja. Guru adalah kakitangan pengurusan dan profesional, tetapi berbanding tahap sama di sektor swasta dan awam lain, mereka tidak ada orang bawahan atau team kerja. Guru juga adalah titik utama penerima arahan. Bezanya arahan boleh datang LANGSUNG kepada individu guru dari pengetua, PK1, PKHEM, PKKokum, PPD, KB, KP, PIBG, dan beberapa lagi TITIK DAN GARIS ARAHAN yang tidak semestinya datang mengikut garis (LINE) vertikal (hierarki jawatan di jabatan contohnya). Berbanding kerja di sektor swasta, seperti perbankan, pegawai/eksekutif mempunyai kelompok kakitangan bawahan dan garis arahan langsung mengikut hierarki jelas dari atas ke bawah (vertical line). Tetapi itu adalah SUNNAH/SIFAT/REKA BENTUK kerjaya guru. Tidak perlu dipertikaikan ke arah negatif, tetapi jangan hairan, tidak semua guru mempunyai tahap 'ketahanan mental tinggi' untuk berhadapan kegagalan secara serentak.

Ada banyak lagi yang boleh ditulis tetapi cukuplah untuk beri perspektif lain tentang perbincangan dalam POST ini.
Diharapkan mana-mana penulis komen turut melihat setiap sudut. Jika ada yang membenci guru, mungkin sebab semasa di zaman persekolahannya pernah ada kisah hitam.

Turut Serta

11 comments:

  1. kupasan yang cerdik.saya suka ;)

    ReplyDelete
  2. Ramai tidak terkejut dengan sikap pengetua atau pihak pentadbir yang lebih mengutamakan pekerja pejabat daripada guru-guru. Guru bekerja seperti kuli, apa sahaja yang disuruh akan dibuat tanpa bantahan. Paling pelik, apabila bonus atau kenaikan gaji, guru diminta memberi wang atau hadiah kepada kerani sekolah sedangkan itulah kerja kerani. Semasa membayar yuran kepada kerani/pembantu kerani, guru tingkatan dikehendaki mengisi semua maklumat/perincian yuran pelajar yang sepatutnya diisi oleh pembantu tersebut. Guru malas nak bersuara. Selain itu, walaupun ada pembantu yang berkaitan dengan cuti guru tetapi akhirnya guru yang akan memperincikan semula cutinya dan mengisi borang berkaitan. Walaupun wujud pembantu guru, itu tidak menyelesaikan masalah beban kerja guru tetapi makin membebankan guru- membazir lantik orang yang tidak tahu/ tidak mahu buat kerja cuma mahu gaji sahaja. - guru lama

    ReplyDelete
  3. cikgu mmg manja.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kata guru dimanjakan..Kalau dapat bonus, guru aje ke yang dapat? Semua kakitangan awam yang lain pun dapat jugak.. Lain kali nak buat statement biarlah rasional..

      Delete
  4. Hairan saya, kepada semua yang menghentam guru ni... kalau tiada guru siapalah kamu semua ni?????

    ReplyDelete
  5. tepuk dada..tanya selera..semua penjawat awam & pekerja swasta sudah diberi keistimewaan masing2..tak perlu dipertikaikan kenapa ini begini,kenapa ini begitu..kalau profesion GURU ini dijadikan isu,letakkan diri sendiri ke dalam situasi tersebut..jangan hanya memandang di sebelah pihak sahaja..

    ReplyDelete
  6. KENAPA LA ADA SAJA ORG YANG X PUAS HATI DGN GURU...CUBA LA CEBURI BIDANG PERGURUAN INI DAHULU.BARU DIA TAU MCM NER....

    ReplyDelete
  7. kerja perguruan(pendidik) bukan satu kerja yg membebankan cuma para guru kini di bebankan dengan tugas lain seperti penyalaras bidang bukan perguruan contoh persatuan bulan sabit,pengakap,sukan.kalau bidang bukan pendidikan/perguruan ini di isi oleh orang bukan dari guru,lebih sesuai ,ini ada sekolah cuma da 2-3 kerani dengan guru lebih dari 10 orang maka banyak kerja guru kena ambil takkan 3 orang kerani itu kena ambil tugas sebagai ketua rumah sukan,penyalaras bulan sabit merah,pengakap dan bawa murid pi buat lawatan .Lebih baik pihak guru2 minta pada kementerian tambah kakitangan sekolah yg akan buat kerja tersebut.jadikan kerrja ketua sukan,penyalaras persatuan sebagai jawatan di sekolah supaya orang boleh memohon jawatan tersebut

    ReplyDelete
  8. cikgu moktar ini guru OKUlah.

    ReplyDelete
  9. Kerja guru ni memang memenatkan pada masa sekarang. Harap semua guru dapat menanganinya dengan sebaik mungkin. Kita semua adalah insan yang terpilih..

    ReplyDelete
  10. Kerja guru ni memang memenatkan pada masa sekarang. Harap semua guru dapat menanganinya dengan sebaik mungkin. Kita semua adalah insan yang terpilih..

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...