terima kasih buat kalian semua..

Saturday, February 5, 2011

MANGSA EJEN KAD PERUBATAN !!


RAMAI ejen syarikat insurans dan takaful kini berlumba-lumba mempromosikan kehebatan kad perubatan mereka, kononnya ia adalah yang terbaik dan terpantas dalam pasaran.

Antara ayat-ayat yang boleh mencairkan pengguna ialah kad mereka mudah untuk membuat tuntutan dan senang digunakan apabila kita ke hospital swasta.

Salah satu cara digunakan oleh ejen untuk menjadikan kad perubatan mereka mudah dipasarkan adalah kononnya akan ada pulangan apabila tempoh matang.

Sepanjang pengetahuan penulis belum ada lagi kad perubatan di Malaysia yang berbentuk ‘simpanan’ kecuali ia adalah manipulasi ejen untuk melariskan sesuatu kad perubatan yang mereka jual.

Oleh itu, penulis berharap semua pengguna tidak terlalu percaya kepada kata-kata ejen yang kadangkala meletakkan kepentingan komisen jualan di hadapan mereka tanpa rasa tanggungjawab menyampaikan maklumat yang telus dan jujur.

Jika kita masih berjimat untuk keperluan keluarga, adalah lebih baik kita membeli kad perubatan keluarga daripada mengambil kad perubatan individu yang terlalu mahal harganya.

Perlu diketahui, ramai pengguna kad perubatan akhirnya terpaksa dirujuk ke hospital kerajaan disebabkan kekurangan kepakaran dan kemudahan di hospital swasta.

LUKMAN MOIDIN

Kaunselor SMK Kuala Nerang, Kedah

2 comments:

  1. betul tu.... dia orang aksen... kononnya malaikat maut segan kat kad mereka.Malaikat maut boleh pilih orang miskin dulu

    ReplyDelete
  2. Merujuk Panglima Said

    Ajal maut di tangan Tuhan. Yang hidup pasti akan merasai mati. Mungkin Tuan silap andaian yang ada medical card takkan merasai mati. Medical card atau kad perubatan adalah sebagai aset untuk kita di hospital. Mencegah lebih baik dari mengubati. Kita hanya berikhtiar dan berusaha kerana Allah s.w.t menyayangi hamba-hambanya yang berusaha dan bertawakal.

    Bagi tuan admin;
    Untuk memilih produk yang terbaik, tuan mestilah selidik segala produk yang ditawarkan. Sama juga kita hendak membeli handphone, kita perlu tahu spec h/p yang menuruti kemahuan. Bukan membeli hanya mengikut org lain.

    sekian.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...