terima kasih buat kalian semua..

Sunday, February 27, 2011

MASALAH WARGA ASING MERIMASKAN !!


SEMAKIN hari semakin rimas dan risau dengan situasi di Malaysia. Aman tu memanglah aman tapi tidak seperti dulu. Berjuta rungutan telah disuarakan tentang keganasan, jenayah dan segala macam gejala yang tidak sihat melanda negara.

Kerajaan seolah-olah tidak nampak atau sengaja pejam mata dengan semua masalah yang sedang melanda Malaysia sekarang. Pada saya puncanya hanya satu. Kebanjiran warga asing yang sudah tidak dapat dibendung lagi! Kalau pun Malaysia perlukan tenaga kerja warga asing biarlah di dalam bidang-bidang yang dibolehkan saja. Ini tidak, semua bidang kerja ada saja warga asing. Dari kedai runcit hinggalah ke ladang semuanya warga asing. Semua majikan pula lebih suka memilih warga asing sebab murah, kononnya warga tempatan memilih tetapi hakikatnya majikan yang memilih. Kerajaan tidak terfikir ke kalau-kalau satu hari nanti bilangan rakyat Malaysia lebih kecil dari bilangan warga asing? Fikir-fikirkanlah Wahai pemimpin kerajaan Malaysia sekarang. Anda mungkin boleh berhijrah ke negara lain kalau apa-apa berlaku, tapi kami rakyat yang tidak berkemampuan ni bagaimana pula?

RAKYAT PRIHATIN

2 comments:

  1. demo tak ada masa nak fikir, keuntungan pada hari ini lebih mustahak untuk keluarga

    ReplyDelete
  2. AlFaris,
    Padan muka kita yg hendakkan BN memerintah. Ini lah padahnya. Cuba fikirkan 19 tahun akan datang..apa akan terjadi?

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...