terima kasih buat kalian semua..

Sunday, February 13, 2011

MPSP, MPPP perlu adil kalau nak banteras peniaga haram !!


BARU-BARU ini Pulau Pinang terutama di bahagian Seberang Perai dikejutkan dengan tindakan penguat kuasa dan polis bantuan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang bertindak ganas terhadap peniaga Melayu ketika menyita gerai mereka.

Peniaga bukan saja tidak diberi peluang untuk mengalihkan perniagaan mereka tetapi notis pengosongan masih berbaki beberapa hari lagi.

Saya sememangnya berasas amat kecewa dengan MPSP dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang sentiasa menekan peniaga Melayu yang berjaja secara kecil-kecilan melalui perniagaan secara gerai di tepi jalan. Peniaga itu berniaga tanpa mengganggu keharmonian dan trafik di kawasan itu tetapi mereka ini sering dijadikan sasaran pihak berkuasa tempatan.
Saya mengakui tindakan mereka berniaga tanpa prosedur adalah salah di sisi undang-undang tetapi realitinya di Pulau Pinang mengapa ada beratus-ratus gerai milik bukan Melayu bebas menjalankan perniagaan di mana-mana saja tanpa sebarang permit walaupun di atas jalan sehingga mengganggu trafik dan keselamatan pengguna jalan raya, selain menimbulkan masalah kebersihan.

Saya mencadangkan MPSP dan MPPP turut membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang berniaga sesuka hati di kawasan Raja Uda, Weld Quay, Jalan Pasar di Butterworth dan sekitar Georgetown.

Tindakan peniaga seperti ini sebenarnya mendatangkan pelbagai masalah di kawasan berkenaan. Bertindaklah dengan berani dan adil demi keharmonian Pulau Pinang bukan hanya menekan peniaga Melayu.

PEMBELA PENIAGA,
Bagan Jermal, Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...