terima kasih buat kalian semua..

Friday, February 25, 2011

Mualaf mohon JPN perjelas kekeliruan..


MOHON penjelasan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai status MyKad seseorang yang memeluk Islam (mualaf). Saya tidak faham mengapa setiap kali berurusan dengan pihak bank, mahupun urusan lain, saya masih perlu mengemukakan surat akuan memeluk Islam.

Ketika membuat permohonan MyKad baru, saya pernah bertanya adakah perlu untuk menukar nama untuk semua dokumen seperti buku bank mengikut nama baru pada MyKad saya, jawapan yang diberikan adalah tidak perlu.
Pegawai JPN menjelaskan, nama lama (sebelum masuk Islam) sememangnya sudah direkodkan dalam MyKad saya yang dilengkapi mikrocip yang canggih dan boleh menyimpan segala maklumat pemegangnya

Baru-baru ini, borang permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) saya (untuk pegawai kerajaan yang memilih pencen) ditolak, kerana tidak membawa dokumen akuan memeluk Islam dan pegawai bertugas berkata, saya sepatutnya menukar nama pada akuan KWSP kepada nama Islam.

Sebelum ini, saya juga pernah membuka akaun bank baru, tetapi lain pula ceritanya, pihak bank mencatatkan nama bukan Islam saya pada buku akaun berkenaan walaupun MyKad saya tertera nama Islam saya.

Jadi nama saya yang mana satu yang diiktiraf sebenarnya? Persoalannya sekarang, mengapa masalah begini terjadi kepada seorang mualaf seperti saya?

Perkara ini sangat menyusahkan dan membuang masa apabila terpaksa berulang kali ke tempat berurusan, setelah datang dari jauh dan mengambil cuti kerana perlu menggunakan masa kerja untuk urusan pada waktu pejabat.
Bayangkan setelah datang dari jauh, kemudian menunggu giliran di kaunter, permohonan ditolak begitu saja.

MUALAF BARU,
Kuala Lumpur

3 comments:

  1. Haiyaaa...i pun mualaf jugak..n slalu ada problem mcmni...baru2 nih dha pegi bank buat pertukaran nama...kata dha selesai...tapi skali check acc tu still under nama lama...pastu bila nak apply kad atm pun x bleh pasal nama ic n nama dlm acc x sama...bodo betul la!!!

    ReplyDelete
  2. my husband pun mualaf.. sebelum dia tukar ic, dia buat satu copy of the old ic. so tak ada masalah.. kalau bank acct still nama yg lama, he just tunjukkan the copy of the old ic.. now he slowly change all the names in the banks/passport and other documents using current name.. so tak ada lah isu-isu seperti di atas tu..

    ReplyDelete
  3. Kalau dah masuk Islam, ic lama masih boleh di pegang ataupun kene surrender? atau pegang kad muallaf and ic lama dua-dua sekali?

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...