terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, February 1, 2011

Operasi Hentian Puduraya ditangguh lagi?


Hentian Puduraya yang sebelum ini dijadualkan dibuka semula pada Rabu ini berdepan dengan kemungkinan terpaksa ditangguh lagi.

Ini berikutan masih ada kerja-kerja menaik taraf dan pengubahsuaian yang dilakukan sejak April tahun lalu masih belum siap sepenuhnya.

Sumber memberitahu, Hentian Puduraya dijangka hanya boleh dirasmikan pada awal Mac depan.

Katanya, selain kerja pengubahsuaian yang masih belum siap sepenuhnya, Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS- BTS) yang dikatakan 'belum bersedia' juga menjadi punca perasmian kedua-dua hentian itu ditangguhkan.

Penangguhan itu bukanlah yang pertama kali berlaku. Sebelum ini, pembukaan Puduraya yang dijadualkan sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu terpaksa ditangguhkan setelah kontraktor tersalah anggar.

Dalam penangguhan pertama, pihak kontraktor didapati telah silap menjangkakan waktu siap dengan tepat terhadap binaan pada tingkat bawah hentian bas itu.

Pihak kontraktor hanya menyedari kesilapan tersebut apabila memulakan projek tersebut dan mendapati beberapa pengubahsuaian perlu dilakukan di tingkat itu.

Ia termasuklah untuk memasang lif dan beberapa kemudahan lain demi keselesaan para pengguna kelak.

"Walaupun kontraktor giat menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian dan berjanji akan disiapkan mengikut jadual, masih ada beberapa perkara yang belum sempurna dan memerlukan penelitian.

"Memandangkan masalah di TBS-BTS juga masih belum selesai, perasmian kedua-dua terminal itu wajar ditangguhkan demi kebaikan kepada semua pihak," kata sumber itu.

Sementara itu, pengurus Hentian Puduraya, Uda Holdings Berhad ketika dihubungi enggan memberi sebarang kenyataan dan katanya, satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...