terima kasih buat kalian semua..

Friday, February 25, 2011

PPD Pasir Gudang sila jawab !!


SAYA mendapat 4A1B dalam UPSR 2010 dan mendapat tawaran ke Tingkatan 1 kelas KRK tetapi ditolak kerana bapa saya bukan warganegara. Tetapi saya warganegara dan pemegang Mykad.

Yang hendak belajar adalah saya bukan bapa saya tetapi apabila berusia 18 tahun saya diwajibkan menjalani PLKN dan berusia 21 tahun dibenarkan mengundi.

Apakah motif sebenarnya PPD Pasir Gudang. Apakah maksud rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dan di manakah arah masa depan pelajar-pelajar cemerlang seperti saya yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin satu hari nanti tetapi dinafikan hak saya sebagai warganegara semata- mata bapa saya bukan warganegara.

Diharap Menteri Pelajaran buat penilaian yang telus sedangkan ibu saya merupakan AJK UMNO cawangan yang aktif berpolitik.

MURID MYKAD

Pasir Gudang

8 comments:

  1. Kelas KRK hanya untuk pelajar yang Bapanya warganegara sahaja. Walaupun awak ni warganegara Malaysia, tapi bapa awak tak bayar cukai pendapatan dan tak boleh mengundi. Bagaimana pula dengan anak yang bapanya warganegara Malaysia yang menyumbang kepada negara? Keperluan mereka adalah lebih penting dari awak. Minta maaflah kerana peluang awak ditolak tetapi ini adalah realiti kehidupan. Saya ucapkan tahniah kepada awak atas kejayaan UPSR dan jangan berputus asa. Awak masih muda dan banyak lagi peluang yang akan datang pada awak.

    ReplyDelete
  2. kepada adik, tahniah kerana result yang cemerlang. Jadikan ianya sebagai penyuntik semangat untuk lebih berjaya. kalau sekolah biasa pun , boleh cemerlang,boleh masuk menara gading, boleh gi belajar sampailuar negeri.....dan boleh jdi doktor, mcm kawan akak.

    jangan putus asa.

    Kak za

    ReplyDelete
  3. salam dik...

    betul apa yg awak cakap...kdg2 hidup ini tidak adil utk kita...

    tp percayalah dik...jadikan ini semua satu hikmah buat kita...

    berusahalah dgn lebih gigih lagi di mana2 sekolah pun adik blaja...dan buktikan bahawa mereka silap...

    al-juhri

    ReplyDelete
  4. salam dik,abg brharap adik tidak berputut asa. Bukan masalah bapa awak tidak bayar cukai,akan tetapi abg percaya ada kesilapan di situ. Tidak ada undang-undang yg mengatakan kelas KRK UNTUK ORG2 yang tertentu sahaja. Jika tidak salah semua murid layak memasukinya mengikut keputusan. Termasuklah yg warga asing. Warga asing pon bukan FREE sek kat sini. Mereka kena bayar. Sbb Ibu bapa abg pemegang kewarganegaraan ( penduduk tetap ),tetapi adik beradik kami 2 org CIKGU. Semua layak ke IPT. sekiranya nak beri comment......fikir dulu....semua org yg dok kat malaysia ni byr cukai...x kira warganegara atau pon tidak.....( adakah yang memberi comment pada Mar 21, 2011 11:31 PM )ni ada menyumbang apa2 pada negara. Tgk diri dulu klu nk beri commet yang blh menyakitkan ati orng lain...

    ReplyDelete
  5. slm...pendapat saya,kalau tak dapat masuk kelas krk pun tak pe...yg tak dapat masuk kelas krk pun rmai yang lagi pandai dari krk...itu kenyataannya.yg penting adik tetap
    cemerlang dlm pelajaran walau kat mana adik sekali pun..cuma mungkin adik rasa gah kalau dpt masuk aliran krk,,,tp sebenarnya sama saja...
    cikgu m...

    ReplyDelete
  6. PIBG SEK,KEB,PERMAS JAYA 1.Beralamat Dijalan permas jaya 1/9. Acount dpd bendahari ms.,..... tak daily

    ReplyDelete
  7. salam...pada sy. itu adalah hak pelajar. klu dye layak knp kita tidak berikn saja kelas KRK. Klu itu trjadi kpd anak cikgu m...cikgu pun akan mmpertikaiknnya... dr cikgu a

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...