terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, February 2, 2011

Seks bebas rosakkan remaja Melayu..2,500 bayi dibuang sebulan..83 bayi sehari !!!



SAYA terbaca laporan akhbar mengenai kelahiran anak luar nikah di kalangan wanita Islam di Terengganu, baru-baru ini yang mencapai tahap membimbangkan.

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu, tahun lalu saja, 623 bayi dilahirkan di luar ikatan perkahwinan di negeri itu.
Daripada angka itu, 132 bayi dilahirkan antara Mei hingga September akibat aktiviti seks bebas sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan sambutan Tahun Baru. Jika angka ini dicatat di Terengganu saja, bagaimana agaknya di negeri lain?

Agak menghairankan kerana yang paling ramai terjebak dalam masalah pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah adalah Melayu yang beragama Islam terutama mereka yang masih remaja dan bersekolah.

Sungguh menyedihkan kerana di sebalik aktiviti penguatkuasaan yang kerap dijalankan oleh jabatan agama dan pelbagai pihak, namun masalah ini terus menjadi barah.

Saya mencadangkan agar kerajaan menyekat akses pengguna kepada laman web porno seperti dilakukan negara lain.
Penyebaran buku atau majalah yang memaparkan kisah seks kononnya untuk memberi keinsafan kepada pembaca perlu disekat.

Saya juga menyarankan sambutan mengira detik jam 12 malam untuk sambutan Hari Kemerdekaan dan Tahun Baru dihapuskan kerana ia lebih banyak mendatangkan mudarat daripada manfaat.

Selain itu, usaha hendaklah dipertingkatkan bagi mendidik remaja kita, tidak kira lelaki mahu pun perempuan, supaya menjauhi gejala negatif ini. Mungkin ibu bapa dan pihak sekolah boleh berganding bahu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Masyarakat juga perlu mengambil berat mengenai apa yang berlaku di sekeliling mereka. Jangan pula negara kita ditimpa bencana disebabkan maksiat berleluasa.

M FAISAL,
Kuala Lumpur

1 comment:

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...