terima kasih buat kalian semua..

Friday, February 11, 2011

Syor pesakit jantung pakai tanda khas


PADA 7 Februari lalu, kira-kira jam 2.30 petang saya terserempak seorang lelaki yang terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan ke pejabat saya. Lalu saya berhenti melihat apa yang berlaku.

Saya melihat seorang lelaki lain dan seorang wanita cuba mengejutkan lelaki berkenaan. Kami tidak tahu punca lelaki itu pengsan. Tetapi kami berusaha memberikan pertolongan cemas. Saya pun terus menelefon 999 untuk dapatkan ambulans.
Kemudian, isteri lelaki terbabit datang dan memaklumkan suaminya ada masalah jantung. Si isteri meminta saya membawa suaminya segera ke hospital.
Saya ingin mencadangkan mereka yang mempunyai masalah kesihatan kritikal seperti masalah jantung memakai pengenalan diri khas seperti rantai atau gelang. Jika mereka pengsan orang yang ingin menolong lebih mudah mengetahui puncanya dan bantuan yang sesuai.

YEOP PERAK,
Ipoh

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...