terima kasih buat kalian semua..

Sunday, February 13, 2011

TERKILAN DOKTOR KLINIK TRIANG: Nak tolong ke tak nak !!!


SAYA adalah seorang ibu kepada bayi berusia 22 hari dan pada 8 Februari 2011, saya pergi ke Klinik Kesihatan Triang Maju kerana bayi saya diserang selesema.

Saya kesal dengan layanan doktor yang bertanyakan soalan, “Awak nak saya buat apa? Saya dan ibu saya terkejut dengan soalan itu dan tanpa menjelaskan masalah anak saya, doktor itu mencadangkan saya melayari Internet di rumah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan masalah kesihatan anak saya. Apa saya jawab tidak ada masa untuk melayari Internet di rumah, doktor itu menyindir dengan berkata, “ bayi tidur 16 jam sehari”.

Tidak cukup dengan itu, apabila saya meminta ubat ruam, doktor tersebut bertanya pula, ”Kenapa anak saya perlu ubat itu, sedangkan isteri saya (isteri doktor) yang baru melahirkan anak, tidak memerlukan ubat ruam.”

Saya pulang ke rumah dengan rasa keliru dan tertanya-tanya, kenapa kami mendapat layanan seperti itu? Kami tidak akan ke klinik jika kami sihat. Tidakkah doktor tahu bahawa dengan memberikan nasihat dan kata-kata semangat, itu sudah mampu menenangkan pesakit?

NURULHUDA SUHAIME

Triang, Pahang

1 comment:

  1. Latuk Liyau Burung Tiong Lai Lai...

    jgn ingat semua doktor tu benar benar terlatih dan bersikap professional semasa mengendalikan kes..
    1. ada yg ingat dia (doktor) berada di zaman 50an - 60an...semua pesakit bodoh bodoh belaka., dia sorang yg pandai, pesakit tanya, di jawab dgn sombong dan maki hamun.
    2. ada yg kerja sambil bercinta....merawat pesakit sambil lewa...tengok pesakit 5-10 minit je..lepas tu duduk di bilik, berbual mesra dgn nurse yg cantik molek, bergelak ketawa..membiarkan pesakit menanggung sakit diluar berjam jam lamanya sebelum di tegur oleh nurse yg dah tua...."doktor...ada ramai lagi pesakit kat luar tu...."
    tapi ramai juga yg berkhidmat secara professional, berbudi bahasa dgn pesakit...

    (pengalaman aku di klinik kerajaan)

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...